L | O | M | O
Serius...saya memang dah ter..ter..
Ter...jatuh cinta kat Kamera LOMO ni..
Oho....sejak bila ek?
Tak pasti sudah bilakah cinta pandang pertama ni berlaku...
Yang pasti memang pandang pertama terus jatuh cinta..
Sebab??
Mesti ada sebab kenapa berlaku kan...
Sebabnya...
1 * Kamera ni sangat COMEL
Sangat sesuai untuk saya yang comel ni (ceh..ayat perasantan). Senang nak bawa jalan sebab bentuknya yang kecil dan molek je. Secara rambang saya tengok2 kat internet, rata-rata kamera ni comel la, ada juga yang kurang cute...tapi still cute pada saya..
2 * Gambar sangat AWESOME
Awesome tu bagi yang pandai teknik mengambil gambar la kut. Sebab tak semua orang boleh hasilkan gambar yang super-duper cantik. Pakai kamera mahal contoh DSLR ke..kalau tak belajar teknik-teknik ambil gambar dan sudut-sudut ambil gamba memang tak kemana DSLR tu..betul kan?
Kelebihan lomo ni, kita tak perlu adobe photoshop nak hasilkan gambar yang super-duper cantik atau yang awesome. Sebab, setiap gambar mempunyai kelebihan tersendiri. Mungkin bagi setengah sesetangah orang gambar lomo ni tak cantik, tapi bagi mereka yang cintakan seni..mungkin disebaliknya...
Seni kan SUBJEKTIF.
Memandangkan saya dah kehilangan software adobe photoshope ni. Kesenian/kekreatifan saya nak mengedit gambar menjadi keterbatasan yang amat-amat sekarang ni....
Lomo ni buat saya jadik lebih teruja..bestnyer...hihi ^^
3 * Murah
Yup!! Ini paling tepat untuk orang yang sangat buget nak keluarkan duit macam saya..hihi (ops! bukan kedekut ek)
Dengan harga serendah RM 100 sampai ada keribuan ringgit Malaysia. Semua harga kamera lomo ini bergantung kepada spesifikasi kamera lomo itu sendiri. Sebab nak hasilkan gambar yang cantik selain bergantung pada teknik sepertimana saya bagi tahu di atas tadi, juga bergantung pada penggunaan lens.
Maka, kalau nak gambar cantik, seharusnya pakai/tukar lens yang mahal sikit la.
Selain itu, yang penting juga buat saya. Murah sangat nak cuci gambar lomo ni. Ada pernah terbaca, serendah RM 5 je. Dan ada juga kedai yang menyediakan perkhidmatan meng'scan' gambar masuk ke dapat CD. SO? Kita boleh la edit. Takda masalah pun.
Jadik kamera lomo ni sangat berbaloi untuk saya...!! ^^
Ok.
Cukup 3 sebab.
Rasa cukup kuat juga nak beli ni.
Tapi tunggu la lagi, mana tahu ada pameran kamera lomo kat JB ni.
Tunggu dapat 'best price'
dan...
dan......
*
*
*
*
*
Tunggu orang bagi <<<<< ni tak betul, saja nak berangan..kah kah :P
*
*
Kena survey betul-betul.
Kamera lama pun dah usang dah.
Masalah bateri. Lens yang dah biol.
Kat bawah ni adalah beberapa post tentang kamera lomo.
************
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, may Allah bless you :)