Wednesday, October 24, 2012

Saya dan Kesihatan (Part 1) ^__^



Taaaraaaa....!!
*
*
*
*
*
*

Yup!! Saya sedang berusaha meningkatkan tahap kesihatan saya. Susah nak percaya kan...hihi ^^
Dah lama survey2 nak ambil makanan tambahan kepada diet2 saya yang sememangnya tak seimbang lansung dan selalunya susah nak konsisten.


1 * EPO dari Cosway
Sebelum ini ada juga mengamalkan ambil EPO dari produk Cosway. Kejap je Lama sebenarnya, dekat 3-4 bulan rasanya (sempat la jugak habis 3 botol) dan akhirnya tak konsisten. Bertambah-tambah terbaca tiada kajian spesific kebuktian EPO mengurangkan PMS dan penuaan. Dan juga, takda maklumat langsung boleh mengurangkan jerawat/resdung. Walaupun mengikut testimoni pengguna lain dengan gambar keberkesanannya. Jadi bila makan tu rasa tak confident langsung agaknya....tu yang tak berkesan...huhu (nanti saya tunjukkan post yang menyebabkan saya berhenti dari EPO)

Inilah EPO dari Cosway


2 * Coscinium Plus + Roselle
Lepas EPO beralih kepada HPA.  Tapi lebih khusus nak mengurangkan gatal2 dan mungkin resung (sebenarnya takda resdung pun). Alhamdulillah, sah memang takda resdung, sebab menurut kesan2 penggunaan, pengguna akan kerap mengeluarkan lendir (resdung) awal bangun subuh. Saya tak mengalami langsung. Merah2 yang ada pada muka pun ada la berkurang. Gatal-gatal pun kurang. Mungkin juga sebab saya banyak berjaga2 pengambilan makanan laut sepanjang menggunakan produk ini. Bagus juga produk ini, berasakan herba dan produk tempatan jangan kita remehkan tau.. :D

Inilah produk HPA.


3 * Virgin Coconut Oil (VCO)
Kemudian, saya beralih pula pada Virgin Coconut Oil (VCO) dari rangkaian Catalyst. Ini pun produk yang terbaik juga bagi saya. Banyak kelebihannya makan VCO ni. Selain baik untuk kulit sebab ia merupakan minyak seperti vitamin E, bagus untuk proses penghadaman. Selera makan pun bertambah. Bangun pagi senang. Cergas. Info banyak2 boleh la baca kat sini ek...lagi lengkap :D


VCO CATALYST
Inilah VCO dari Catalyst.


4 * Shaklee


Yang terbaru!! Saya mula ambil Shaklee. Lama juga 'bercinta' mencari info pasal Shaklee. Belek2 kat facebook, kat laman web dan testimoni2 dari group2 discussion. Set Shaklee ni sepatutnya ambil empat, tapi saya tak ambil GLA-Complex sebab saya takda masalah berat badan yang seriu pun. Cukup la 3 set ni yang saya tengok combination yang bagus untuk meningkatkan kesihatan saya. 
Kesan? Aha...saya suka betul pada Shaklee selain produknya, agentnya pun sangat la ramah-tamah, banyak berikan info-nasihat. Tatacara penggunaan untuk dapatkan hasil yang diinginkan. Kita perlu tahu apa yang kita makan, cara makan dan apa yang perlu dan elakkan sepanjang pengambilan makanan tambahan ini. Tak susah pun, hanyak perlu banyak2 minum air masak. Kurangkan makanan laut (ni dah lama saya elakkan makan)
Info tentang Shaklee boleh baca sendiri disini 


Baru sahaja ambil Shaklee 14 hari yang lepas. Alhamdulillah tiada kesan2 healin crisis yang teruk. Cuma pengambilan air masak tu yang aya kurang sangat konsisten. Tapi memang cepat betul rasa haus. Terasa sangat bila kita berpuasa. Tekak rasa perit. Tengah berfikir bagaimana nak kurangkan rasa haus ni apabila berpuasa. Sebab bila puasa, kita dah kekurangan banyak air. Lepas berbuka pun belum tentu dapat teguk air 1 jag tu. Mau kembung perut dibuatnya...hih ^^




Tata-Titu
Jumpa lagi

^___^




p/s : Semasa saya survey2 Shaklee ni, seseorang telah tetiba suggestkan Shaklee jugak..Kebetulan? Instinct? Intuition? We never know...~~




No comments:

Post a Comment

Terima kasih, may Allah bless you :)