Friday, March 07, 2014

Ujian menjadikan kita lebih baik.


Assalamualaikum. 

Salam jumaat semua. Minggu ini Alhamdulillah selamat menanda kertas jawapan ujian 1. Selamat mendapat pelajar tingkatan 4 yang baru untuk panggilan kedua. Semua hebat belaka. Semua cukup serba serbi bilangan A. Malah ada juga terlebih yang kesembilan. Pandai arab rupanya....bagusnya kan. Mesti seronok mengaji Quran, sebab faham. Beruntung sangat-sangat. 

Minggu ini juga sibuk mengikuti gosip artis duta Aurawhite, HS. Semua rakyat malaysia kecoh dengan kelemahan sensitiviti dan kematangannya. Saya pun ikut sibukkan dia, padahal tak kenal dan tak tahu hal sebenar. Entah mengikuti hal mereka bertiga bertambah dosa ke apa ni. Saya cuma baca. Komen tidak sesekali.

Ya Allah,  ampunkan saya. 



Tapi baca sekadar mengingatkan diri. Harta dunia memang tak kemana. Semakin banyak dikejar, itulah semakin rasa makin berkurang. Semakin bertambah gaji kita, perbelanjaan harian juga bertambah. Susah nak didik hati bersyukur seadanya kan.

Kasih sayang manusia juga begitu, mereka yang kita sayangi dan yang sayangkan kita....sampai separuh mati sekali pun.  Kalau Allah sudah takdirkan kasih sayang ditarik balik. Kita tak boleh nak buat apa. Ujian Allah tanda kasih sayang Dia kepada kita. Kita kena kuat dan kita kena redha. 

Satu ayat yang membuatkan saya terkesan.

"Kesetiaan seorang wanita diuji ketika lelaki itu tidak punya apa-apa. Tapi kesetiaan seorang lelaki diuji ketika dia mempunyai segala-galanya....."


Ujian Allah adalah tanda kasih sayang-Nya. Allah tak membebankan umatnya dengan beban yang tak tertanggung oleh umatnya. Jadi ujian itu bersesuaian dengan kemampuan dan kekuatan kita masing-masing.  

Pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih baik.

Semoga diberkati Allah semua. 


3 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

ujian utk pelajar adalah soalan dr cikgunye..

Unknown said...

Kenapa delet komen ni...cubit kang...gatal tangan ek....

Boleh baca..ade dalam email dah...hikhik