Wednesday, February 24, 2016

Belum cukup lucu.


Fenomena kucing gemuk bernama jep. Kebetulan minggu lepas ada pertandingan suka-suka. Sengaja suka-suka juga sambil menyusu mengedit gambar untuk diberi dialog yang melucukan. 

 Rupanya belum cukup lucu saya eh...hehe
Itu sahaja hendak dikongsikan. Sebelum nak melenyapkan gambar ini dari simpanan. Simpanan dalam tab dah penuh. Penuh gambar budak 'sado' 😄😄😄

Friday, February 19, 2016

Pentingnya faham...


Pagi jumaat ini sempat menonton tv. Kebetulan pula ada drama melayu. Susah sekarang nak mencari masa menonton rancangan tv. Kalau ada masa, tapi rancangan dan drama tak berapa ilmiah. Banyak cerita yang tak logik dan mengarut.

Saluran Oasis Astro memaparkan drama bertajuk 'Ayah'. Agak berat juga mesej yang hendak disampaikan. Saya kongsikan sedikit sinopsis yang sempat ditonton. Maklumlah, bukan sepanjang 2 jam depan tv, sambil buat kerja rumah juga.

Ayah ada 3 orang anak. Anak sulong lelaki, kedua perempuan dan yang bongsu lelaki. Abang long duduk rumah mewah dan menjalankan perniagaan sendiri. Anak kedua juga bekerja membantu ekonomi rumah tangganya dan menetap di rumah pangsa. Adik yang bongsu pula baru mula bekerja dan sekadar mampu menyewa bilik.

Isunya apabila, abang long mula merungut menjaga ayahnya yang agak uzur. Manakala kak ngah pula kesempitan rumah, masa dan duit hendak menjaga ayahnya. Namun terpaksa juga sehingga ayahnya masuk hospital sebab dah lama tak makan ubatnya. Akhirnya mereka berdua bersepakat hendak meletakkan ayahnya dengan adik bongsu. Dengan alasan, memang permintaan ayahnya dan mahu mendidik adiknya belajar bertanggungjawab.

Memang ada silap didikan ayahnya. Semasa kecil selalu melebihkan abang long berbanding angah dan adik. Sebabnya along lelaki, sekolah tinggi nanti dapat kerja dah senang boleh tolong adik-adik. Tapi disebaliknya, bukan sahaja tak menjaga kebajikan ayah dan adik-adik, tapi semakin kedekut apabila semakin kaya.

.........

Rumusan saya.

Ibu bapa yang mendidik anak. Jangan membezakan anak-anak. Jangan lebihkan yang itu dan mengurangkan yang ini dengan alasan berbeza jantina. Anak lelaki atau anak perempuan sama haknya. Jangan disekat haknya selagi tidak melampaui batas.

Ibu bapa juga janganlah berharap anak akan menjaga kita seperti mana kita menjaga anak semasa kecil. Jangan berharap. Sebab mendidik dan menjaga anak itu adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Bukan sebab anak membalas jasa kita. Itu seperti anak terpaksa menjaga kita sebab hendak membalas budi.

Jadi siapa yang hendak jaga kita apabila tua?

Anak-anak perlu menjaga ibu bapanya. Bukan sebab kita terlebih mewah, bukan sebab kita tidak bekerja, bukan sebab kita belum berkahwin, bukan sebab anak lelaki/perempuan atau hukan sebab anak yang tua/bongsu. Semua itu bukan kayu ukur untuk menjaga ibu bapa. 

Anak-anak menjaga ibu bapa sebab tanggungjawab terhadap ibu bapa. Bukan kerana membalas jasa. Tapi kerana tanggungjawab.

Semoga saya tidak lupa.

Semoga Allah redha.

Salam jumaat.


Plan backup atau Backup plan?


"Aku dh ada someone. Baru-baru ini, aku jjumpa lain. Lagi baik, lagi bagus, dan lagi solehah. Nak buat camne eh? The thing is, dua2 ni okay. Bukannya yg skrg ni tu tak okay. Well. Takpe ke kalu aku consider as backup plan? Bukanlah mcm perempuan tu brg, but u do now what I mean. Thx."

- Kopiah, Lelaki -

------

Terima kasih atas soalan, encik Kopiah.

Pertama sekali, tahniah saya ucapkan atas kejayaan kerana telah jumpa seseorang yang baik untuk encik Kopiah. Walaupun saya tak kenal siapa si dia, saya doakan dia ialah orang yang baik. :)

Okay. Menjawab soalan.

Sebelum itu, izinkan saya tanya satu soalan. Kenapa orang buat back up plan? Kenapa wujudnya plan B selepas plan A?

Jawapannya ada pelbagai, namun tujuan utama nya ialah, literally as BACK UP. Atau mudah kata, kita sedang prepare sekiranya plan asal tak menjadi. Dekat sini, saya nak ingatkan kepada encik Kopiah, bahawa JANGAN sesekali jadikan seseorang itu sebagai backup.

Sebab, ianya seolah-olah kita nak cakap yang orang asal itu boleh jadi, tak jadi. Saya faham yang ujian pertunangan ini berat, dan syaitan akan buat macam-macam untuk gagalkan rancangan itu. Namun saya sedih betul kalau wujudnya rancangan untuk jadikan seseorang yang lain sebagai backup.

Seolah-olah, kita nak terima kemungkinan kegagalan hubungan itu ke rumah tangga. Bagi saya, give it all. Work and live as if our original plan will definitely work. Be firm and be confident. Never flinch even for a second. And keep du'a in your relationship.

Saya boleh setuju sekiranya PELAN back up, tetapi bukannya CALON back up. (Pelan backup contohnya pelan lepas kahwin nak duduk Selangor, tapi tak dapat sebab isteri pratikum cikgu di Perak, so kena ada backup plan) Sorry, I agree to disagree about this. Perhubungan ke arah perkahwinan ini terlalu mahal untuk dianggap sebegitu rupa.

Kedua pula, sebenarnya encik Kopiah tak perlu terlalu terkejut bila jumpa orang kedua yang lebih baik. Itu lah namanya ujian dalam fasa pertunangan. Percayalah, ketika fasa ini, kita akan nampak raaaaamai lagi perempuan/lelaki lain yang jaaaauh lebih baik, soleh/solehah, alim, rajin etc, daripada calon kita.

Itu normal.

Ingat. Apabila kita bertunang dengan istisyarah atau istikharah, kemudian kita diuji dengan wanita/lelaki lain yang dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kita yang asal itu, ialah yang terbaik.

Bersabarlah ya? Allah itu pemilik hati kita semua dan Dia la yang membolak-balikkan hati kita. Maka doakan lah semoga Allah beri ketetapan hati kepada kedua-dua encik Kopiah dan pasangan. Allah bless.

:)

------
Saya menyalin semua cerita diatas melaui perkongsian facebook. Saya setuju dengan pandangan jawapan yang diberikan. Allah pemilik hati kita dan Dia yang membolak balikkan hati kita. Maka pohonlah dengan Allah untuk tetapkan hati kita. Pohon juga Allah kuatkan hati kita agar redha dengan ketentuanNya.

Saya pernah kecewa. Pernah rancangan untuk berkahwin gagal. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Memang bukan jodohnya, dan Allah merancangkan yang terbaik buat saya. 

Saya tak pernah menyesal. Sebabnya saya ada banyak plan yang saya rancangkan jika saya belum ketemu jodoh ketika itu. Tapi pilihan saya hanya dua. Sama ada sambung belajar ataupun memilikki aset peribadi. 

Jelasnya saya memang tak berminat hendak menyambung ketika itu. Komitmen kerja yang semakin tinggi, ditambah pula masih belum berkahwin. Walaupun begitu, saya seronok dengan tugas di sekolah. 

Benarlah rancangan Allah juga yang terbaik. Allah mudahkan saya memilikki aset sendiri. Walaupun tak semegah orang lain, bolehlah menjadi simpanan dan kenangan saya sendiri.

Fahamlah saya apabila direnungkan. Allah berikan pelangi yang cantik kepada saya selepas hujan. 

Penghijrahan saya ke kampung halaman. Berbakti kepada ibu bapa telah membukakan jalan bertemu jodoh rupanya. (kalau tahu dah lama pindah batu pahat..hehe)

Alhamdulillah. Semoga Allah terus merahmati saya dan keluarga.


Gambar lama. Sedang merenungi kenangan lama. Kenangan hidup jauh dari famili. Kenangan yang tidak mungkin kembali. Semoga hari yang mendatang, mencoretkan kenangan yang lebih indah. 




Thursday, February 18, 2016

Cuti CNY


Benarlah apabila orang berkata, kurang membaca maka kuranglah menulis. Bila tiada idea, tiadalah ilmu baru masuk ke dalam kepala. 

Saya merasa buntu dengan blog sendiri. Bila ada idea, tapi tiada masa. Bila ada masa pula, ideanya hilang entah kemana.

Sibuk. Tiada masa. Tiada ruang. Tapi sedikit untuk dikenangkan percutian yang berlalu. Cuti Tahun Baru Cina telah berlalu. Kali kedua merapatkan uhkuwah dengan keluarga mentua dengan aktiviti hari keluarga.






Wednesday, February 03, 2016

Apa harapan kita?


Assalamualaikum

Hari ini cuba untuk menaip sesuatu. Pada awal tahun berniat mahu banyak menulis lagi, tapi mungkin tertumpu kepada blog Al Fatih. Sampaikan ke hari ini yang ada hanyalah tapak blog. Belum ada pengisian, mahu pun gambar. Perkara yang makin bertambah, bilangan isian dalam memori telefon sahaja. Seminggu sekali pasti ada aplikasi yang perlu dikorbankan. Malahan nota dan fail sekolah juga dikorbankan.

Hampir setiap hari ada sahaja berita kematian melibatkan anak kecil. Perasaan bertambah menusuk dalam hati apabila sudah bergelar ibu. Semalam bayi 4 bulan mati semasa dalam jagaan pengasuh. Ya Allah, tempoh EMPAT bulan masih terlalu awal dia diambil. Masih belum puas menyusu, memeluk, mencium, memandikan, menidurkan dan bermain dengannya. Penat lelah sakit payah bersalinkan, berjaga malam dan memenuhi keperluan si kecil belum luntur. 

Namun siapalah kita mahu melawan takdir. Sikecil nanti akan jadi penyambut ibu dan ayahnya di pintu syuga. Allah menjaganya lebih baik dari kita sendiri. 

Kemudian, saya terfikirkan apalah perasaan mak semasa kehilangan kedua kekanda saya. Kehilangan Siti Saleha yang keguguran semasa 7 bulan. Kemudian pemergiaan rakan sepermainan saya kak Umi Kalsum semasa umur 6 tahun. Kuatnya hati mak. Kuatnya perasaan mak. 

Saya mudah menangis mengenangkan kak Umi Kalsum. Sebenarnya saya semakin pasif kehilangan kak Umi. Saya jadi takut dengan orang dan takut hendak ke sekolah. Siapa sangka hari ini saya seorang guru dan wajib ke sekolah.

Sebenarnya apa yang kita ada hari ini semuanya hanya pinjaman. Kita pun belum tahu bilakah hari akhir kita. Sampai masa nanti, sama ada bersedia ataupun tidak, kita tak berkuasa menahan dari berlaku. Apa harapan kita? Semoga amalan kita yang tak seberapa mampu memimpin kita ke jalan menuju syurga.