Pagi jumaat ini sempat menonton tv. Kebetulan pula ada drama melayu. Susah sekarang nak mencari masa menonton rancangan tv. Kalau ada masa, tapi rancangan dan drama tak berapa ilmiah. Banyak cerita yang tak logik dan mengarut.
Saluran Oasis Astro memaparkan drama bertajuk 'Ayah'. Agak berat juga mesej yang hendak disampaikan. Saya kongsikan sedikit sinopsis yang sempat ditonton. Maklumlah, bukan sepanjang 2 jam depan tv, sambil buat kerja rumah juga.
Ayah ada 3 orang anak. Anak sulong lelaki, kedua perempuan dan yang bongsu lelaki. Abang long duduk rumah mewah dan menjalankan perniagaan sendiri. Anak kedua juga bekerja membantu ekonomi rumah tangganya dan menetap di rumah pangsa. Adik yang bongsu pula baru mula bekerja dan sekadar mampu menyewa bilik.
Isunya apabila, abang long mula merungut menjaga ayahnya yang agak uzur. Manakala kak ngah pula kesempitan rumah, masa dan duit hendak menjaga ayahnya. Namun terpaksa juga sehingga ayahnya masuk hospital sebab dah lama tak makan ubatnya. Akhirnya mereka berdua bersepakat hendak meletakkan ayahnya dengan adik bongsu. Dengan alasan, memang permintaan ayahnya dan mahu mendidik adiknya belajar bertanggungjawab.
Memang ada silap didikan ayahnya. Semasa kecil selalu melebihkan abang long berbanding angah dan adik. Sebabnya along lelaki, sekolah tinggi nanti dapat kerja dah senang boleh tolong adik-adik. Tapi disebaliknya, bukan sahaja tak menjaga kebajikan ayah dan adik-adik, tapi semakin kedekut apabila semakin kaya.
.........
Rumusan saya.
Ibu bapa yang mendidik anak. Jangan membezakan anak-anak. Jangan lebihkan yang itu dan mengurangkan yang ini dengan alasan berbeza jantina. Anak lelaki atau anak perempuan sama haknya. Jangan disekat haknya selagi tidak melampaui batas.
Ibu bapa juga janganlah berharap anak akan menjaga kita seperti mana kita menjaga anak semasa kecil. Jangan berharap. Sebab mendidik dan menjaga anak itu adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Bukan sebab anak membalas jasa kita. Itu seperti anak terpaksa menjaga kita sebab hendak membalas budi.
Jadi siapa yang hendak jaga kita apabila tua?
Anak-anak perlu menjaga ibu bapanya. Bukan sebab kita terlebih mewah, bukan sebab kita tidak bekerja, bukan sebab kita belum berkahwin, bukan sebab anak lelaki/perempuan atau hukan sebab anak yang tua/bongsu. Semua itu bukan kayu ukur untuk menjaga ibu bapa.
Anak-anak menjaga ibu bapa sebab tanggungjawab terhadap ibu bapa. Bukan kerana membalas jasa. Tapi kerana tanggungjawab.
Semoga saya tidak lupa.
Semoga Allah redha.
Salam jumaat.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, may Allah bless you :)