Thursday, July 17, 2014

Yang tertutup itu lebih indahhhh.....


Setiap perubahan memerlukan pengorbanan.
Setiap pengorbanan memerlukan hati yang cekal.
Hati yang cekal memerlukan sokongan yang kuat.
Sokongan yang dari mereka yang mengasihi diri kita.

Kejayaan, kemuliaan dan kebaikkan kita hari ini bukanlah disebabkan kita ini baik dan terpuji. Tapi disebabkan Allah sangat baik dengan kita. Allah tutupkan aib-aib kita di mata orang lain. Baiknya Allah. Lalainya kita sebagai hambanya.

Jikalau Allah buka aib kita, nescaya kitalah manusia paling hina didunia. Sehingga tak mampu ditanggung cemuhan manusia lain. Nauzibillah...

Semoga kita juga sama-sama jaga aib manusia lain supaya Allah akan jaga aib kita pula.


Sebenarnya saya nak kongsikan kedai online tudung yang baru saya ber'shopping'. Selama ini memang mencari tudung yang selesa dan sesuai untuk ke sekolah dan aktiviti poye2 riadah saya.

Sememangnya dah tanam dalam hati, puasa ini nak cari tudung bawal yang tak jarang dan labuh sedikit. Belum terbuka hati nak labuh sangat. Tapi masih memenuhi syariat Islam. 

Dua tahun dahulu apabila seseorang menegur pemakaian tudung saya, terkesan juga dalam hati. Tak puas hati dua hari rasanya. Kenapa tak berhikmah tegurannya. Atau hati saya sebenarnya yang masih kotor tak mampu menerimanya.

Lama kelamaan saya ubah juga. Pemakaian tudung saya biarkan pin ke bawah. Ramai menegur. Saya senyum dan cover 'nak cepat ke sekolah'..

Dalam masa yang sama, saya telah pun ber'shopping' koleksi tudung Nur Kasih. Memang cukup sedozen. Lama kelamaan kurang selesa dengan tudung tersebut sebab kainnya melekat ke dada. Bahaya tu...

Setahun kemudian, kembali ke tudung bawal. Pemakaian tudung pin ke bawah. Tapi saya alaskan tudung inner di dalamnya. Sebab tudung bawal memang jarang. Serius labuh bidang 50 ke 60 ke..kalau jarang masih belum memenuhi syariat Islam. Lagilah ramai tegur dan puji. Bimbang dalam hati dan takut tak istiqamah. 

Dalam hati pegang ayat ' aku taknak hidup sia-sia memikirkan pandangan orang. Pandangan Allah sangatlah penting."


Akhirnya jumpa juga solusi. Beli kain tudung kat Jakel. Potong dan jahit sendiri. Dapatlah beberapa helai. Tapi sayangnya jahitan tepi tak berapa kemas.....urmm...

Allah maha Baik. Jumpa juga saya dengan penjual tudung yang sama macam saya hendak. Nak kata murah pun boleh, berbaloi jugalah. Lagipun yang jual tentulah muslimah, bolehlah saya bantu dia meniaga. Berniaga kan sunnah Rasullullah. Saya pun minat berniaga. Tapi kecil-kecilan sahaja....hihi..


Banyak pilihan warna ada, rambang mata. Siap ada jualan murah shawl pula....adedehhhh...lemahnya. terbeli la sebanyak ini...siap ada free gift tau....suke......



Sesiapa yang berkenan nak bertudung baru bolehlah google 'zetinorani' kat facebook.https://www.facebook.com/zettyshoppe
Esok hari terakhir untuk buat sebarang tempahan untuk dipakai raya nanti. Jom jaga aurat masing-masing.


Terima kasih Allah.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih, may Allah bless you :)