Assalamualaikum.
Salam Ramadhan 1435H. Selamat berpuasa dan selamat menuanikan teraweh semua.
Bulan puasa gedung pahala. Kalau mampu tingkatkan amal yang sedia ada. Kalau tidak kekalkan kebaikkan yang selalu diamalkan. InsyaAllah, niat yang baik...hasilnya juga akan baik.
Lama tidak menaip. Lama berfikir, rasa seperti mahu melabuhkan tirai blogspot ini. Tapi bila dua kali fikir...rasa tak perlulah. Sebab tujuan asalnya blog ini medan tempat saya berkongsi perkara yang saya baca dan lihat. Mungkin banyak untuk rujukan saya di masa depan.
Setelah yakin tiada isi yang mungkin menganggu hati mana-mana pihak, saya rasa biarkanlah....blog ini merupakan proses kematangan saya sebagai seorang anak, seorang perempuan, seorang adik, seorang kakak, seorang kawan, seorang pendidik dan kini seorang isteri dan seterusnya. InsyaAllah.
Ramadhan ini beza rasanya.
Saya berharap bertambah baik dari tahun sebelumnya. Terkenang semasa berada di Permas Jaya, tiap malam hampir rasanya menjejakkan kaki ke Masjid Biru. Rindunya suasana begitu. Ramai sungguh yang datang. Beza dengan di kampung. Yang datang hanya yang sudah sakit sendi lutut. Tak mengapalah, perempuan bukannya wajib bermasjid.
Daripada Abdullah Ibn Mas’ud r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya.
Semoga Ramadhan ini membuka hati kita untuk menjadi yang lebih baik. Yang baik bukan hanya dibibir, tapi ikhlas jauh dari sudut hati masing-masing.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, may Allah bless you :)