Thursday, May 15, 2014

Kenapa nak pisahkan.....


Assalamualaikum.

Hi semua....hampir berapa lama agaknya kurang menonton tv. Banyak juga program tv yang dulu jadi kegemaran, tapi akibat antena astro yang bermasalah. Terus tak tahu apa yang berlaku. Semua berharap pada akses internet sahaja.

Seminggu ini baru berkesempatan menonton tv. Oh ya sebenarnya antena dah dibaikki 2 minggu lepas setelah 3 bulan merajuk. Selepas maghrib, terperasaan tajuk drama yang macam sama tapi tak serupa. Dahulu ada cerita tajuknya 'sebenarnya saya...isteri dia'. Saya fikirkan sambungan agaknya drama 'aku isterinya'. Rupanya langsung tak sama, yang sama hanya heronya sahaja.

Sebelum itu, terkejut juga paparan astro dah berubah banyak sangat. Saya belek-belek rancangan tv yang ada. Eh eh dah kenapa pula tajuk drama yang ada ini. Ada pula drama 'dia suamiku'.

Laaa....suami dan isterinya kok dipisah-pisahkan..ermmmm...



Drama Malaysia asyik sama sahaja plotnya. Bosannya tengok drama sekadar suka-suka,  tak mengembangkan minda positif dan memberi impak dan pedoman pun. 

Wanita mana yang hendak ditakdirkan hidupnya menjadi isteri secara sembunyi? Oppsss....mungkin memang ada. Terlupa. Manusia macam ragam dan perangai. 

Banyak lagi isu boleh diketengahkan rasanya. Isu menangani masalah sosial remaja macam-macam jenis. Kadang yang tak saya terfikirkan pun boleh berlaku. Tak terfikir saya pelajar sekolah boleh bertindak begitu.


Ok la...semalam malam. Selamat hari guru. 

Guru pencetus kreativiti, penjana inovasi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, may Allah bless you :)