Assalamualaikum,
Semalam bukan. Dua hari lepas tarikhnya 16 mei. Tapi semalam sambutan di sekolah bersempena sekolah ganti puasa kedua. Yeehaaaa...dapat cuti puasa dua hari. Bulan Ramadhan pun hanya tinggal beberapa hari.
Mengalami sambutan hari guru di sekolah yang mempunyai dewan, suatu pengalaman baru. Majlis hari guru yang dikelolakan sepenuhnya oleh pelajar, memang rasa terbaik setakat 5 tahun mengajar. Baru lima tahun, ada orang dah dua puluh lima tahun. Hehe....
Hari guru temanya......
Semua dari kita adalah guru kepada rakan disekeliling kita. Kita adalah guru kepada diri kita sendiri. Cuma kita kurang menyedari. Tiada sesiapa yang dapat mengubah diri kita kecuali kita yang membenarkan.
InsyaAllah, selamat hari guru semua :)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, may Allah bless you :)