Assalamualaikum.
Hi semua. Selamat petang Jumaat. Petang ini hanya hendak berkongsikan gambar jalan-jalan bersama anak buah. Jalan tak jauh pun, dekat Pantai Punggor, menghadap selat Melaka. Tentulah tak boleh nak dibandingkan dengan Pantai yang menghadap selat China Selatan. Bagai langit dengan bumi.
Kesinambungan gambar yang dimuat naik rabu lepas. Agak jakun semua orang bila terjumpa kulit kepah ke kerang berwarna ungu. Kali pertama tengok...hikhik. .
Itu baru kulit kepah warna ungu. Tiba-tiba anak buah jumpa seekor ikan. Eh? Mana munculnya? Pelik ni...air dah surut. Ada ikan gelama pulak. Kalau ikan belacak masih boleh diterima. Dulu zaman saya sekolah ikan belacak masih ada lagi.
Anak buah sibuk berusaha mengumpulkan kulit kerang, siput, kupang. Masing-masing nak tunjukkan keunikan dan kepelikan hasil tangkapan mereka. Balik semua bau masam dah.
Itu sahaja bahagian 1 untuk cuti sekolah tahun 2013. InsyaAllah, panjang umur boleh jalan pantai lain pula.
jalan2 situ x jumpe dato ke :P
ReplyDeleteDato takde...g oversea dengarnya...Hihi
ReplyDelete