Beberapa hari ini, saya belajar suatu perkara. Betul rupanya. Kalau hendak seseorang itu berubah, bukanlah boleh dipaksa.
Rahmat hidayah Allah yang berikan.
Pada insan yang dikehendaki.
Tapi adakah salah Allah kalau seseorang itu masih ditempat yang sama, tanpa ada hati untuk berubah? Adakah kerana mereka belum dirahmati untuk mendapat hidayah?
Allah tak salah. Tapi kita yang salah. Tak berusaha untuk berubah. Hendak berubah, kita perlu ada matlamat. Perlu ada kesederhanaan dan istiqamah.
Ada yang berubah. Pada luarannya nampak berubah, berkata yang baik-baik dan nampak baik. Memang banyak yang begini. Tapi sebenarnya hanya lakonan semata. Sebabnya? Kerana dalam hati tidak ada perkataan IKHLAS. Bercakap banyak tapi hanya tin kosong.
Ada yang berubah. Merapati orang yang baik-baik. Belajar membaikki perkara yang dianggap kecil dan istiqamah. Mereka ini sentiasa berusaha untuk memperbaikki diri. Mereka IKHLAS, tanpa perlu dipaksa, tanpa perlu menonjolkan penghijrahan mereka. Orang yang disekelilingnya yang akan menyedari.
Indah rasanya bila kita juga turut menarik orang untuk sama-sama berhijrah. Tanpa paksaan. Hati yang bersih akan mudah mengikut perkara yang baik. Terima kasih Allah. Berikan segenap rakan-rakan yang baik dan kondusif untuk mendekati-Mu. Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati kita semua.
Hatta insan berdosa pn tidak dijadikan Allah dgn sia-sia..terdpt tanda rahmat dan kasih syg nya..kerana Allah mencintai org2 yg berdosa lalu memohon ampun kepadaNya..andai tiada lg insan berdosa pasti dijadikan 1 lagi kaumyg berdosa lalu memohon ampun kepadaNya..lalu diberikan keampunan..dongak ke langit luas,rahmatnya lebih luas..laillahaillah..
ReplyDeleteberubah sudah semestinya kepada yang lebih baik..
ReplyDelete