Monday, October 28, 2013

Apabila hujan turun, pulun doa banyak-banyak.



Hujan turun. Lebat seperti semalam. Lama dan panjang. Juga seperti semalam. Jangan jadi manusia ego. Ambil kesempatan. Perbanyakkan berdoa. Waktu hujan turun, adalah waktu mustajab kita berdoa. 

Teruskan usaha. Teruskan berdoa.

Kesenangan dan kejayaan tidak datang bergolek. Rezeki orang masing-masing. Ada yang usaha sedikit, tapi mendapat rezeki yang melimpah ruah. Ada yang usaha banyak-banyak, tapi sedikit pun belum menunjukkan hasil. Jangan sedih, rezeki Allah berikan bersesuaian dengan keperluan kita dan dapat pada masa yang sesuai. Yang penting kita ikhlas dan kerana Allah kita laksanakan tanggungjawab kita. 




p/s: saya ada banyak payung, meh la pinjam kalau sudi :P


Sunday, October 27, 2013

Ponteng.



Ponteng perkara biasa kalau sudah terbiasa. 
Cikgu pening hari-hari buat kira-kita. 
Cukup hari cikgu hantar surat 'cinta'.
Tapi ibu bapa ada buat tak apa. 


Sementara menunggu kereta yang dah dekat 3 bulan tidak dicuci...hihi. Musim hujan pula, tapi kereta dah semakin berdebu. Hari ini dan esok nak guna buat jalan jauh.

Tunggu.



Saturday, October 26, 2013

Baru Empat Sahaja.


Assalamualaikum.

Hari ini 26 oktober. Kelihatan tiada apa-apa. Sekadar hari ini hari sabtu, cuti hujung minggu. Ada juga majlis kahwin dihujung kampung bertemakan merah dan putih. Cantik. Mak dan abah tentulah rewang. Hari ini memang tiada apa, sekadar rutin menonton tv.

Hari ini 26 oktober. Hampir saya terlupa pentingnya tarikh ini. Sempat saya lihat status rakan di mukabuku. Juga tiada apa. Namun beberapa minit kemudian, saya jumpa juga. Hanya seorang dan dua sahaja. Semua barangkali terlupa. Seperti saya.

26 oktober tarikh diberikan penempatan ke sekolah. Hari pertama pada tahun 2009. Sekarang genap 4 tahun. Baru sahaja empat, mungkin tiada apa-apa bagi mereka yang telah terlebih makan garam. Masih banyak yang perlu dipelajari. Masih banyak yang perlu dibaikki. Masih banyak lagi yang kena ditempuhi. Semuanya perlukan kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Keikhlasan yang tidak berbelah bagi. Semoga Allah redha.





Ada 33 tahun lagi....

Friday, October 25, 2013

Ya Allah, berikan kesenangan dihati ibu ini.



Petang tadi, berkesempatan melawat seorang ibu kepada seorang kawan. Ibu ini menderita sakit kanser payu dara tahap empat dan angin ahmar. Dan baru-baru ini, mengalami komplikasi sehingga mengorbankan tangan kanannya. 

Ya Allah....Tidak dapat dibayangkan perasaan apabila melihatnya terlantar keseorangan....

Ya Allah, ringgankanlah beban ibu ini. 
Ya Allah, berikanlah kesenangan dihatinya.

Ya Allah, berikan kesempatan dan kelapangan kepada anak-anaknya untuk bersamanya.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pengasih dan penyayang.

Ya Allah,  berikan kesenangan dihati ibu ini.
Ya Allah,  berikan kesenangan dihati ibu ini.





p/s : hanya gambar hiasan....



Thursday, October 24, 2013

Monday, October 21, 2013

KUKUP : Ternak Lebah.


Hi, Assalamualaikum.

Masih lagi berkenaan trip ke Kukup.  Ala....janganlah boring pulak. Ini yang terakhir. Sebab ini memang tak dirancang. Ini saja singgah dan kebetulan jumpa. Kami semua telah ke tempat penternakan lebah. Eh betul ke? Atau pusat pembuatan madu? Tak kisahlah macam mana...lebih kurang begitulah.

Untuk bayaran hanya RM 3 sahaja. Dapat tengok demonstrasi dan merasa madu segar lagi. Bolehlah telan kalau mampu nak makan.

Pusat ini diusahakan oleh seorang pakcik, namanya Pakcik Ahmad (eh? Ahmad?) Bukan Fahrin Ahmad yea. Dah lama juga dia buat projek iks, dan banyak juga kursus yang dia pergi. Ada juga dia bagitahu nama lebah yang dia ternak. Saya dah lupa. Biasalah banyak makan semut, beginilah jadinya.



Proses pertama, pakcik Ahmad menghidupkan unggun api menggunakan sabut kelapa. Kemudian, mengasapkan kotak ternak lebah. Tujuannya supaya lebah tidak menjadi liar sangat. Sebenarnya lebah pun macam tak kisah pun, saya dekat dengan kotak itu pun takda apa yang berlaku (belagak beranilah kononya).




Selepas buka penutup kotak, ade lapisan-lapisan rumah lebah. Pakcik Ahmad keluarkan 2 keping dan bagilah sesiapa nak cuba pegang. Semua penakut...haha. Kemudian, pakcik sapu lebah yang masuh ada pada bingkai supaya kita dapat lihat rumah sebenar lebah tersebut.


Ok, kemudian sampai ke part yang semua orang teruja. Pakcik potong rumah lebah dari bingkai dan potong macam wafer je. Semua takut nak makan. Rasanya memang lain dari madu dalam botol. Rumah lebah tu pun lembik macam gula getah je. Dua kali suap dah tepu tekak dengan madu. Pengalaman pertama nampak dan makan madu segera...hihi



Sesiapa yang belum cuba, bolehlah cuba singgah mana-mana pusat ternak lebah. Kemudian, bolehlah promote kat kawan-kawan pula. Ok semua, jaga diri yea....elok-elok kerja.... ;)



Sunday, October 20, 2013

KUKUP : Ke Penghujung Benua Asia.


Assalamualaikum.

Hi, selamat malam. Hujan gerimis malam ini. Esok pagi baru gerak ke sekolah. Esok pagi baru fikir hal sekolah. Tapi ini pun sedikit cerita hal sekolah...hahaha, mungkin dah boring baca semua hal sekolah. Nasiblah labu, ada mungkin 33 tahun lagi nak menghadap cerita sekolah..hihi

Selepas bergerak balik dari homestay di Kukup. Kami semua bergerak ke Tanjung Piai. Tanjung Piai adalah penghujung benua asia. Semua pelajar teruja nak bergerak ke sana. Tapi air pasang dah naik pula, saya bantutkan sahaja niat sebab taknak berbasah-basah. Tambahan saya sudah pun menapak ke dataran penghujung benua asia. Biarlah budak-budak mencipta rekod masing-masing.




Sebelum masuk ke kaunter ini. Perlulah beli tiket di kaunter pintu masuk. Ramai juga saya lihat tak tahu kaunter depan untuk beli tiket. Maka, terpaksalah patah balik ke kaunter hadapan beli tiket. Patutnya letaklah papan tanda besar. 




Batu besar tempat paling banyak tumpuan. Ramailah beratur mengambil gambar. Cuaca pun sangat panas masa ini. Satu perkara yang saya agak kecewa dengan perkhidmatan Tanjung Piai. Pekerja wanita sangatlah sombong dan tidak mesra dengan pelanggan. Saya dan kawan berminat dan bertanya tentang baju tshirt yang digantung. Jawapan yang diberikan berbunyi begini.

"Harga ada ditulis kat baju tu"
"Design sama semua"

Wahhhh.....memanglah saya nampak harga dan design baju. Dengan tak sedikit pun turunkan baju tersebut untuk ditunjukkan kepada kami. Oklah....



Sepanjang perjalanan sebelum sampai ke dataran tanjung piai, penhujung benua asia. Semua pengunjung perlu berjalan sejauh 653 m ke arah pantai. Dalam perjalanan nanti nampak lagi pokok bakau dan beberapa keta, dan siput berongan. 



Sebagai ingatan kepada semua pengunjung,  jangan buang sampah merata. Sebab? Banyak monyet dan lotong disana. Silap hari bulan mungkin anda menjadi mangsa mereka. Jangan bawa makanan. Berhati-hati semua.

Sebelum balik. Boleh dapatkan sijil pengunjung anda seelah menjejakkan kaki ke penghujung benua asia. Rm 5 sahaja.

Selamat bercuti. Jaga diri semua.

Wassalam.


Saturday, October 19, 2013

KUKUP : Disebalik wajah yang indah.


Hi, Assalamualaikum. 

Kukup seterusnya, kita lihat aktiviti harian masyarakat setempat. Oleh kerana Kukup berada disekitar kawasan berair, tentulah aktiviti mereka banyak tertumpu kepada air. Kebanyakkan bekerja sebagai nelayan, penternak makanan laut, berniaga, bertukang dan menyediakan kemudahan seperti homestay, hotel, motel, spa dan refleksologi.



Sebagai tambahan cerita yang lepas, dimana hendak mendapatkan tiket ke Pulau Kukup. Kita boleh dapatkan di Pejabat Taman Negara Pulau Kukup yang bersebelahan dengan surau dan berhadapan dengan bus stand kukup.

Berapa harga? Sebenarnya malang sekali saya tidak ambil tahu harga tiket menaikki bot untuk ke Pulau Kukup...hihi, minta maaflah, walaubagaimanapun tidak mahals mencecah RM 10. Maaf banyak-banyak semua. 

Tapi ada berita baik untuk semua, sebab semua pekerja Taman Negara Pulau Kukup ramah dan baik hati semua. Sangat banyak info telah disampaikan mengenai penubuhan projek Taman Negara Pulau Kukup. Alhamdulillah,  walaupun hujan lebat mereka tetap turun sama ke Pulau Kukup.  



Ini saya tunjukkan gambaran pemandangan dari rumah air homestay kami. Bilik berbentuk dorm asrama bertingkat dua. Berdekatan dengan kelong penternakan ikan dan udang. Lokasi di Kampung Air Masin, Kukup. Banyak lagi homestay atas air seperti ini, lagi cantik pun ada. Kemudahan kedai runcit pelbagai keperluan juga dekat. Ada juga disediakan makanan, tapi saranan saya baik cari sahaja diluar sebab lagi banyaka pilihan. Harga? Terus terang saya katakan mahal sangat. Enam bilik dalam satu rumah dengan harga RM 800. Bilik boleh memuatkan 8 orang. Sesak sangat, muat untuk solat sahaja lorong antara tilam. Tak tahulah kalau ada yang lebih selesa dan murah. Nak mudah, rajinlah berkawan dengan pakcik Google. 


Selain dari itu, ada juga pemandangan sakit mata pada saya. Kawasan rumah semua diatas air dengan kurang proses air keluar masuk. Memang bawah rumah kotor dan sangat kotor. Lagi bertambah parah bila kedai makan buang sampai kotor dapur merata di bawah rumah.  Air memang keruh. Kualiti air memang tahap parah. Silap hari bulan mungkin ada aedes.



Satu tips apabila berada di Kukup. Kalau hendak melihat pemandangan yang cantik dimata, teruslah mendongak langit. Tapi andai ingin melihat realiti, banyakkanlah melihat rumput dibumi. Terus tunduk dan ambil ikhtibar.

Begitu juga dalam realiti kehidupan kita. Kalau kita masih mampu berpura, maka teruskan bermanis wajah. Tapi andai ingin berlaku jujur, bercakap benar dan mengaku salah.

Penat. Nanti sambung lagi.

Jaga diri semua.

Wassalam.




KUKUP : Paya Bakau Terbesar Di Dunia.


Hi, Assalamualaikum. 

Selamat datang ke Kukup. Sebelum ini pernah dua kali ke Kukup. Tapi sekadar pergi pagi pulang petang. Jauh dari Johor Bahru dalam 40 minit. Jarak dari bandar Batu Pahat pun dalam 40 minit juga. 

Memang kalau tak menjadi sukarelawan sebagai guru pengiring. Memang tak tahu langsung ada kehidupan disebalik pekan Kukup. Sebelum ini hanha tahu, pekan Kukup ada jeti pelepasan. 


Penghujung jalan dari pekan Pontian, kita akan berjumpa dengan jeti pelepasan ini sahaja. Kalau tengok kanan dan kiri adalah beberapa buah kedai makan seafood dan kedai jajan. Ikan bilis, ikan kering dan macam jenis benda kering ada. Harga? Macam sama ada diluar, tapi keistimewaanya mungkin teksturnya lebih lembut, warna cerah dan kurang habuk. Dan tentulah fresh dari laut...hihi



Tujuannya saya kalau ikut sebagai guru pengiring, biasanya hanya sebagai pengikut dan pelengkap program. Tapi ada sedikit tugasan perlu membantu memastikan keselamatan pelajar semasa proses kajian geografi mereka. 

Inilah yang saya kagum. Rumah sebesar banglo didirikan diatas air. Diatas tiang konkrit sahaja. Laluan masuk ke rumah hanya jalan bersimen semuat kereta viva comel. Tapi jangan bermimpi hendak membawa masuk kereta. Memang mencari nahas dengan jiran tetangga..hihi. Pengangkutan utama hanyalah sebuah basikal dan motosikal. Untuk lebih sihat, tentulah mengalakkan berjalan kaki. Entah bagaimana proses menyiapkan rumah banglo ini, dengan proses mengangkuta batu, simen dan sebagainya hanya menggunakan troli dan kereta sorong.

Kemudian, aktiviti santai waktu petang. Sebenarnya, cuaca tidaklah mengizinkan. Tapi Alhamdulillah,  selepas solat zuhur matahari tak malu keluarkan cahayanya selepas menghalau awan gelap. Maka, kami semua bergerak naik bot ke Pulau Kukup. Ini pun pertama kali. Pelik juga kenapa sebelum ini saya tidak tahu. Rupanya memang baru juga dibuka. 



Apa yang seronok di Pulau Kukup? 
Di Pulau Kukup,  kita akan dapat melalui jalan berpapan sepanjang 600m dan dipenghujungnya ada menara meninjau. Sepanjang perjalanan kita akan melihat proses penyemaian dan penanaman pokok Kayu Bakau. Bermacam jenis yang tam pernah saya tahu ada disini. Dan untuk pengetahuan saya, rupanya Pulau Kukup merupakan pulau paya bakau terbesar di dunia.


Selain berjalan kaki, boleh juga mencabar keberanian menaikki jambatan gantung sepanjang 30m sahaja. Tak bergayat sangat sebenarnya. Cuma terpsiko dengan air deras dari sungai ular dibawah itu sahaja. Rasanya jambatan gantung di Sabah 3 tahun lepas lagi mencabar. Ataupun menaikki skyway di Genting Highland,  lagilah seram.



Ini pengalaman sepanjang hari pertama di Pulau Kukup. Esoknya akan bergerak ke Tanjung Piai, penghujung benua Asia. Sesiapa yang rasa nak bercuti ke sini, jangan risau boleh je datang dan terus tempah. Sebab banyak homestay, motel, hotel budget disekitar Kukup. Kalau nak lebih selesa, bolehlah pergi mana-mana resort berdekatan. 

Ok semua, selamat bercuti. Jaga diri masing-masing.


Wednesday, October 16, 2013

Enam sahaja.


Assalamualaikum.  Hi Salam Aidiladha.

Mohon maaf salah dan silap. Mohon maaf juga andai ada salah dan ada silap yang tidak terperasan, dan ada buat orang berkecil hati. Siapalah saya, insan lemah yang selalu lupa dan leka. 

Sempena Hari Raya Aidiladha dan 3 Hari Tasyrik. Jangan ada yang terlupa yang hari-hari diatas adalah hari haram berpuasa. Hari ini dua kali berhadapan dengan kes puasa. 

"Intan, kau nak makan kul berapa? " belum sempat saya jawab.

"Eh, kau puasa ke...ala...." saya masih lagi berfikir sambil melihat jadual kelas dimana dan waktu free nak makan pagi. Tapi sudah pun dibalas dengan ayat ini.

"Eh, mana kau puasa..haha, apa la aku ni..." saya tak dapat tangkap maksud ayatnya.

"Eh, kenapa tak boleh puasa pulak?" saya masih lagi berfikir. Serius, memang tak faham langsung.

"Lupalah tu..kan hari Tasyrik 3 hari..haram puasa"

"Oh, haah...lupa...kita beraya haji 4 hari!! Nasib baik kau ingatkan" nasib baik diingatkan, esok pula hari khamis.

Kemudian, dapat mesej pula.

"Mak ude...esok puasa boleh ke?"

Ya. Semua orang terlupa. Dan ini masanya untuk saling mengingatkan. Jadi, sama-sama kita ulangkaji pelajaran sekolah agama.

Hari haram berpuasa ada enam hari sahaja.
1. 30 Syaaban
2. Hari Raya Aidilfitri
3. Hari Raya Aidiladha
4. Hari Tasyrik 3 hari

Kemudian, jangan terlupa ada juga hari yang dimakruhkan berpuasa dan disunatkan berpuasa. Bila? Kenalah usaha sedikit. Buat latihan sambil-sambil buka 'facebook' tu kan.







Tuesday, October 15, 2013

Salam Aidiladha.




Kalau pura-pura baik, dah macam mana eh?


Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.


Monday, October 14, 2013

Yang Berbeza Kita Hormati.


Seorang profesor bijak pandai menaikki sebuah sampan yang didayung oleh seorang pemuda. Dalam perjalanan menuju sebuah  destinasi, profesor tersebut menanyakan soalan kepada pemuda tersebut.

"Pemuda, adakah engkau pandai membaca dan menulis?"
 "Tidak tuan, saya tidak pernah bersekolah. Saya buta huruf"

"Malang sekali, anda sudah kehilangan separuh dari kehidupan kamu! Orang yang tidak pandai menulis dan mebaca seolah telah hilang keupayaan untuk hidup dengan berjaya."

Kemudian, dalam pertengahan jalan. Profesor bijak pandai bertanya lagi.

"Pemuda, adakah engkau mempunyai wang simpanan?
"Tidak tuan, pendapatan saya hanya cukup-cukup sahaja untuk sehari. Malah kadangkala hampir tiada apa untuk dimakan"

"Malang sekali, anda telah kehilangan separuh darj kehidupan kamu sekali lagi. Mana mungkin hidup senang di usia tua jika tiada simpanan"

Sampan terus berlalu. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka berdua apabila sampan tersebut melanggar sebuah batu lalu bocor. Mereka berdua berusaha sehabis boleh menimba air keluar dari sampan. Hasilnya tap sama, sampan semakin tenggelam. Pemuda tersebut menanyakan soalan kepada profesor bijak pandai itu.

"Tuan, adakah tuan pandai berenang?"
"Tidak....saya tak pandai berenang"

"Malang sekali, tuan telah kehilangan seluruh kehidupan tuan!!"




p/s: Kekayaan dan kelebihan bukanlah untuk dibanggakan. Harta dunia, pangkat yang tinggi dan kecantikan fizikal hanya pinjaman semata-mata.


Sunday, October 13, 2013

Misi sebelum Raya Haji: Bukit Perdana


Assalamualaikum. 

Semakin meningkat umur, semakin malas kita bersukan. Semakin sibuk bekerja, semakin liat kita mengeluarkan peluh. Semakin bertambah umur, semakin bermalas-malasan, stamina menurun. Menaikki bukit sejauh 750m mengambil masa 3 jam. Kalau zaman universiti menaikki balai cerap dalam keadaan begini, rasanya mungkin ambil masa satu hari agaknya. Kemudian, tak nak berjalan balik dah sebab tak larat...hahaha.

Pagi ahad, hujan lebat sebenarnya seawal azan subuh. Memang jatuh merundum semangat nak riadah kononnya. Tapi tawakal sahaja tetap meneruskan perancangan nak menaikki Bukit Perdana, Taman Soga Batu Pahat. Sepanjang 27 tahun, belum pernah naik dan baru tahu...hahaha.

Kalau ikutkan bukanlah tahu sangat lokasi Bukit Perdana. Main redah, dan rupanya kawan pun tak tahu.

"Sebenarnya kan aku tak tahu jalan tau. Hebatlah intan, tak sangka kau tahu" saya terdiam. Tengok kawan disebelah kiri. Senyum.

"Sebenarnya,  aku pun tak tahu. Cuma tahu taman soga kat sini. Lepas tu kebetulan ada signboard kan...jadi kau tertipu dengan confident aku...hahaha"

Tinggi Bukit Perdana, Taman Soga sejauh 750m. Mungkin bagi yang sudah biasa. Mungkin ambil masa kurang dari satu jam. Sebab sepanjang perjalanan kami berjumpa pakcik berketurunan cina yang sudah ulang alik entah berapa kali agaknya. Kemudian, setiap kali itu juga kami berjumpa dengan orang yang berbeza. Kalau nak dikira, lebih dari 5 kali berhenti berehat...hahaha. Yang terakhir sebelum patah semangat, berjumpa 2 orang budak sekolah.

"Adik..selalu tak naik? Jauh lagi tak?"
"Selalu...erm...sikit lagi je ni"

Sampai dataran puncak. Terasa bangga, selamat menamatkan matlamat menakluki Bukit Perdana. Yea.....kemudian rehat lagi setengah jam agaknya..hihi. Sambung "deting" tambah lemak di Rengit Coffee.  ;)


Jangan terpedaya. Semua gambar penat. Tapi muka nampak comel sebab dah edit. *perasan. Kaki mengigil turun bukit. Nak tekan pedal minyak pun mengigil. Bawa setakat 30km/j mungkin tak cukup glukosa...haha



Esok Hari Arafah. Kalau mampu, jom puasa. ;)

Saturday, October 12, 2013

Saya!!


 
Untuk saya yang selalu sangat lupa dan leka. Semoga Allah sentiasa dekatkan saya dengan kawan-kawan yang baik-baik. Kawan-kawan yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Kawan-kawan yang menerima kelemahan saya seadanya. Kawan-kawan yang boleh bersabar dengan saya. 






p/s: kawan yang boleh belanja tutti frutti juga..hihi

Thursday, October 10, 2013

Cita-citaku menjadi tukang jahit..oii


"Makde, baju ni lawa tak?"
"Lawa..."

Sambung balik.... "Buat raya haji ke? Wah...meriah kelantan tahun ni...haha"

"Tapi mahallah, pasar rabu boleh tawar lagi ni..." tak menjawab soalan pula.

"Kalau jahit sendiri lagi murah" ayat bagi sakit jiwa sikit.

Tiba-tiba berfikir. Beruntungnya orang yang rajin. Macam-macam boleh jadi. Baju jahit sikit, bagi design lain sikit. Terus boleh jual.

"Makde..ko nak menjahit ke"
"Haah, berangan dulu...haha"


Kalaulah saya ada sebuah mesin jahit.
Mesti boleh buat macam-macam. Boleh jahit baju sendiri. Ini tak, kalau baju ada masalah. Terpaksa simpan dalam beg balik kampung,  tunggu balik kampung. Tapi sampai kampung cuma keluarkan letak kat mesin jahit tepi. Kunun bila ada masa bolehlah menjahit. Kalau je la..

Selalu buat alasan. Mesin jahit mak pakai kaki. Penat kayuh. Kalau tali putus. Terus putus asa.



Banyak sangat benda simple yang dijual dengan harga yang tinggi. Contoh kain ini. Lebih senang nak dijahit kalau dibandingkan dengan kain baju kurung. Tanpa zip, sangatlah mudah. Kemudian, tailor jual harga mesti lebih dari RM50.



Lepas itu, ternampak jubah paling simple. Leher baju kurung je. Kembangkan bahagian bawah baju, jadilah jubah.



Ada lagi yang mudah. Macam jubah kat bawah ni. Leher buat je sebulatnya.


Semua ini orang yang rajin boleh buat. Tapi saya cakap je. Buatnya tak...haha. Sebagai motivasi nak menjahit, tentulah kena dapatkan mesin jahit. Selalu nampak kat kedai jahit. Mesti jenama Singer.



Macam mesin jahit kat atas ni, macam best pulak. Boleh menjahit macam-macam jenis jahitan. Termasuk sulaman. Wah....bestyer kalau ada. Harganya pun cantik...hikhik. Kalau laaa...

Tapi takdalah mendongak langit sangat. Dapat yang simple macan kat bawah ini pun ok apa. Harga dalam RM900. Tengok masa jalan-jalan dengan pakcik google. Sekadar boleh jahit lurus. Erm....



Jenis yang macam ini tak portable pulak. Tak boleh buat jalan. Tapi nak jalan mana pun je kan. Paling koman, cuma balik kampung. Ok kan kalau portable, sebab mesin jahit tepi ada kat kampung.

Semua ini angan-angan je. Kalau dan kalau. Tapi yang pasti memang hujung tahun buat baju kurung banyak-banyak, kemudian raya pun tak fikir pasal baju macam tahun ni kan...hihi ;)




p/s: target tahun depan untuk mesin jahit portable, jenama SINGER..haha

Wednesday, October 09, 2013

Mula-mula panggil nama, lepas tu panggil awak...kemudian?


Mula-mula panggil nama.

"Abu...datang rupanya hari ini, sihat dah?"
"Sihat cikgu....cikgu sihat? Tiap hari jawap soalan....boringlah cikgu...bosan"
"Aikkk...cuti dekat 3 minggu, tak puas ke?"
"Saya sakitlah cikgu, bukan cuti suka-suka"
"Jom ikut cikgu pergi bilik guru"
"Ada apa cikgu...?"
"Laaaa...tadi kata boring, bosan...jom la...bawak beg sekali"

Lepas itu panggil awak.

"Awak asyik menjawab bila cikgu tegur sikit"
"Cikgu yang layan saya macam ni....memanglah saya jawab"
"Apa? Cikgu salah?"

Kemudian?

"Abu...kau ni kenapa?"
"Apa saya dah buat? Cikgu yang paksa saya buat latihan fizik dalam bilik guru, saya tak nak..cikgu la...orang lain takda pun cikgu buat gini...qamarul, afiq...vishan pun teruk jugak."

Kemudian lagi?

"Cikgu rasa cikgu dah tak boleh nak fahamlah. Cikgu tanya baik-baik, ajar satu-satu. Cuba nak faham apa sebenarnya berlaku, cuba nak faham situasi awak. Cikgu dah caring macam ini pun, awak layan cikgu macam member bertepuk tampar je. Kau cakap dengan cikgu dengan takda hormat langsung. Kalau ko tak suka cikgu, cubalah hargai masa cikgu luangkan dengan ko ni... Ko tahu ke tak....semua cikgu risaukan ko...bukan cikgu risau prestasi subjek kitorang tercalar sebab ko...tapi risau ko nak jadik apa kalau semua result ko gagal......ko faham tak?"


Ini hanyalah singkatan beberapa perbualan panjang seorang cikgu dan pelajarnya. Seorang cikgu yang risaukan keadaan prestasi pelajar yang tiada perubahan langsung semenjak awal tahun perpindahan dia ke sekolah. 

Bermula dengan perbualan memahami keadaan kesihatan, keluarga, pengisian masa lapangnya, pergaulannya. Sehinggalah kondisi kewangan keluarga dan faktor perpindahannya. 

Kesimpulan ringkas. Abu seorang lelaki yang sangat tinggi egonya. Meletakkan diri sekadar lebih baik kerana ada orang lain yang lebih rendah tarafnya berbanding dirinya (pada pandangannya sahaja). Sentiasa mempunyai modal untuk mempertahankan dirinya dengan memanipulasikan kenyataan yang dia tak boleh terima. Bagaimana hendak memanipulasikan Abu?

"Abu solat 5 waktu cukup?"
"Eh...mestilah cikgu, cikgu ingat saya apa..."
"Eh...cikgu tak cakap apa pun, reaksi muka pun cikgu tak buat.. Alhamdulillah,  baguslah Abu jaga solat"
"Selalu solat apa yang tertinggal?"
"Erm....zuhur"
"Sebab?"
"Penat balik sekolah" 
"Tiap hari kena tahan datang lambat kenapa...rumah dekat sini je kan..."
"Bangun lambat...."

Bangun lambat? Tapi tertinggal solat zuhur sahaja. Dan solat 5 waktu cukup. Ermmm....

"Abu....terus terang cikgu cakap, awak mungkin boleh tipu kawan awak, famili awak...dan cikgu awak. Tapi awak tak boleh tipu diri sendiri. Awak ego sangat Abu. Awak kena belajar banyak perkara tentang orang disekeliling awak. Bagaimana hendak dihormati dengan menghormati orang lain. Awak fikir dulu sebelum bercakap. Cikgu minta maaf kalau memang cikgu silap menilai Abu."







Monday, October 07, 2013

Jangan benci ISNIN...



Saya suka isnin. Suka suka isnin. Suka isnin...suka isnin..haha...sebab isnin saya cuti..lalala

Selalu terbaca dari blog ke blog fenomena 'monday blues' atau kalau kita terjemahkan 'biru isnin' haha...salah la...pepandai je direct translation...

Fenomena dimana orang menjadi stress tibanya hari isnin. Mungkin sebab selesa bercuti sabtu dan ahad. Jadi masih dalam mood bercuti. Tak puas lagi bercuti. Mulalah ambil cuti sakit...tetiba sakit, kang sakit betul...badan sendiri yang susah.

Kalau dah stress bekerja, seharusnya berehat sungguh-sungguh dihujung minggu. Bukannya berjalan sakan dihujung minggu. Kualiti masa bersama keluarga bukannya dikira tempat yang seronok dan jarak yang jauh dari rumah. Badan penat, mengeluh duit keluar macam air dan esok isnin pun menjadi masalah.

Bersyukur.
Bersyukurlah mempunyai keluarga. 
Syuga kecil didunia.

May Allah bless.



Sunday, October 06, 2013

13 hari berkerja, malam untuk makan.


Semalam 5 oktober 2013. Malam ahad, sekolah buat majlis makan-makan ala dinner kononnya. Genap 13 hari sekolah dan tak dapat balik kampung hujung minggu. Kepala dah ter'jem' jugalah sebab semua orang asyik 'push' kerja. 

Tapi masih lagi santai dan relaks. Mana yang penting didahulukan. Dah faham sangat sekolah, dah hujung tanduk baru nak kejar itu ini. 

Paling penting tugas masuk kelas, jaga anak murid, latihan dan markah semua selesai. Setakat laporan itu ini, takpalah lambat kan...hahaha (ayat orang malas buat laporan).

Tempat makan pilihan majlis akhir tahun 2013, Hotel Grand Paragon. Bunyi macam dah grand, hebat kan. Tapi sayang mimpi indah nak makan pencuci mulut yang comel, koktel, abc, makanan yang pelik-cute, yang saya tak dapat nak buat sendiri......saya tak jumpa. Apa ni....kecewa tau..


Bertambah juga kecewa bila hadiah tukar-tukar dapat yang tak best. Tu yang kecik numbor 62. Paling kecil di meja hadiah. Rasa kecewa sampai tak nak buka pun. Tapi kawan buka kan sebab nak tengok. Memang seperti disangka. Hanya sepeket serbuk kopi. Kopi apatah, tanya pada pakcik google, kopi dari vietnam. Takda cop halal. Adesssss!! Sampai hati cikgu tu...

Rasa nak cepat balik, sebab makan tak best dan hadiah tak best. Tapi memikirkan grand prize tv lcd sony bravia. Saya gigihkan...hahaha (poyo)

Tapi kan......baru je mula cabutan bertuah, tiba-tiba nama saya dipanggil. 

Eh? Taknak menang lagi la...nak tunggu tv besar tu...alalalalala.......


Dapat set pinggan. Set untuk dua orang. 
Seperti kata pengacara, cepat-cepatlah cari teman buat makan bersama..(amboi...laser)


Set ini halal dimakan. 


p/s: baju merah pegang baby tu, bf saya kat sekolah. Simple je pakai t-shirt, tak peliklah dia ada 3 buah rumah...hihi ;)



Friday, October 04, 2013

Jumaat datang lagi...




Pengalaman banyak mengajar seseorang untuk berfikir dan bertindak dengan lebih matang. Tapi nak menjadi seorang yang matang bukanlah melalui apa yang difikirkan untuk membuat tindakan. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Pelik.

Kadang tanpa membuat apa tindakan juga adalah lebih baik. Bergantung kepada situasi. Ramai beranggapan umur menunjukkan kematangan. Ramai juga yang berfikir, mereka seorang yang matang setelah melalui beberapa pengalaman. Kadang tanpa pengalaman juga seseorang boleh bertindak secara matang. Pelik.

Mengenali seseorang kawan bukanlah bermaksud kita memahami mereka. Berkawan rapat juga belum tentu kita benar memahami mereka. Kadang kita sendiri kurang memahami diri sendiri. Pelik.

Kadang meluahkan rasa lebih baik dari disimpan. Kadang tanpa bicara adalah lebih baik sebenarnya. Bergantung kepada keadaan dan masalah. Ada berita gembira perlu dikongsi, ada juga baikknya jika disimpan. Ada juga berita buruk wajar disorokkan, mungkin juga baik dikongsi sebagai pedoman untuk yang lain. Pelik.

Pelik.

Jumaat datang lagi.
Semoga sentiasa diberkati.


Tuesday, October 01, 2013

Siapa buang sampah ni?



Hari ini selasa. 
Selamat pagi semua.

>. <