Thursday, October 10, 2013

Cita-citaku menjadi tukang jahit..oii


"Makde, baju ni lawa tak?"
"Lawa..."

Sambung balik.... "Buat raya haji ke? Wah...meriah kelantan tahun ni...haha"

"Tapi mahallah, pasar rabu boleh tawar lagi ni..." tak menjawab soalan pula.

"Kalau jahit sendiri lagi murah" ayat bagi sakit jiwa sikit.

Tiba-tiba berfikir. Beruntungnya orang yang rajin. Macam-macam boleh jadi. Baju jahit sikit, bagi design lain sikit. Terus boleh jual.

"Makde..ko nak menjahit ke"
"Haah, berangan dulu...haha"


Kalaulah saya ada sebuah mesin jahit.
Mesti boleh buat macam-macam. Boleh jahit baju sendiri. Ini tak, kalau baju ada masalah. Terpaksa simpan dalam beg balik kampung,  tunggu balik kampung. Tapi sampai kampung cuma keluarkan letak kat mesin jahit tepi. Kunun bila ada masa bolehlah menjahit. Kalau je la..

Selalu buat alasan. Mesin jahit mak pakai kaki. Penat kayuh. Kalau tali putus. Terus putus asa.



Banyak sangat benda simple yang dijual dengan harga yang tinggi. Contoh kain ini. Lebih senang nak dijahit kalau dibandingkan dengan kain baju kurung. Tanpa zip, sangatlah mudah. Kemudian, tailor jual harga mesti lebih dari RM50.



Lepas itu, ternampak jubah paling simple. Leher baju kurung je. Kembangkan bahagian bawah baju, jadilah jubah.



Ada lagi yang mudah. Macam jubah kat bawah ni. Leher buat je sebulatnya.


Semua ini orang yang rajin boleh buat. Tapi saya cakap je. Buatnya tak...haha. Sebagai motivasi nak menjahit, tentulah kena dapatkan mesin jahit. Selalu nampak kat kedai jahit. Mesti jenama Singer.



Macam mesin jahit kat atas ni, macam best pulak. Boleh menjahit macam-macam jenis jahitan. Termasuk sulaman. Wah....bestyer kalau ada. Harganya pun cantik...hikhik. Kalau laaa...

Tapi takdalah mendongak langit sangat. Dapat yang simple macan kat bawah ini pun ok apa. Harga dalam RM900. Tengok masa jalan-jalan dengan pakcik google. Sekadar boleh jahit lurus. Erm....



Jenis yang macam ini tak portable pulak. Tak boleh buat jalan. Tapi nak jalan mana pun je kan. Paling koman, cuma balik kampung. Ok kan kalau portable, sebab mesin jahit tepi ada kat kampung.

Semua ini angan-angan je. Kalau dan kalau. Tapi yang pasti memang hujung tahun buat baju kurung banyak-banyak, kemudian raya pun tak fikir pasal baju macam tahun ni kan...hihi ;)




p/s: target tahun depan untuk mesin jahit portable, jenama SINGER..haha

4 comments:

  1. mereka bukan jual sgt produk, tp mereka jual kreativiti dan sedikit upah.. apabila sesuatu pekerjaan yg dikaitkan dgn kreativiti dan idea, tentu harganya akan tinggi :)

    *cth: tukang gunting rambut, etc.

    ReplyDelete
  2. Potong rambut pun saya pandailah...hahaha, nak try tak?

    ReplyDelete
  3. Spesel for 1st customer, saya bagi free je...tukang rambut amatur..hikhik

    ReplyDelete

Terima kasih, may Allah bless you :)