Monday, October 14, 2013
Yang Berbeza Kita Hormati.
Seorang profesor bijak pandai menaikki sebuah sampan yang didayung oleh seorang pemuda. Dalam perjalanan menuju sebuah destinasi, profesor tersebut menanyakan soalan kepada pemuda tersebut.
"Pemuda, adakah engkau pandai membaca dan menulis?"
"Tidak tuan, saya tidak pernah bersekolah. Saya buta huruf"
"Malang sekali, anda sudah kehilangan separuh dari kehidupan kamu! Orang yang tidak pandai menulis dan mebaca seolah telah hilang keupayaan untuk hidup dengan berjaya."
Kemudian, dalam pertengahan jalan. Profesor bijak pandai bertanya lagi.
"Pemuda, adakah engkau mempunyai wang simpanan?
"Tidak tuan, pendapatan saya hanya cukup-cukup sahaja untuk sehari. Malah kadangkala hampir tiada apa untuk dimakan"
"Malang sekali, anda telah kehilangan separuh darj kehidupan kamu sekali lagi. Mana mungkin hidup senang di usia tua jika tiada simpanan"
Sampan terus berlalu. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka berdua apabila sampan tersebut melanggar sebuah batu lalu bocor. Mereka berdua berusaha sehabis boleh menimba air keluar dari sampan. Hasilnya tap sama, sampan semakin tenggelam. Pemuda tersebut menanyakan soalan kepada profesor bijak pandai itu.
"Tuan, adakah tuan pandai berenang?"
"Tidak....saya tak pandai berenang"
"Malang sekali, tuan telah kehilangan seluruh kehidupan tuan!!"
p/s: Kekayaan dan kelebihan bukanlah untuk dibanggakan. Harta dunia, pangkat yang tinggi dan kecantikan fizikal hanya pinjaman semata-mata.
Hanya lah amanah utk menjalankan tanggungjawab didunia.
ReplyDelete