Thursday, March 07, 2013

Salah Anggap BOS Terhadap Pekerja yang Melaksanakan Kerja Lebih Awal

Pernah berkongsi Kebaikan Melaksanakan Kerja Lebih Awal, kali ini saya berkongsikan sedikit pandangan yang mungkin kurang tepat berkenaan salah anggap Bos apabila berhadapan dengan pekerja yang suka melaksanakan kerja lebih awal.


1. GUNA
Bagi Bos pekerja yang cepat melaksanakan tugasan dianggap suatu aset yang paling bernilai untuknya. Apabila mendapat pekerja rajin, Bos akan berasa lega dan selesa kerana mendapat sokongan pekerja rajin dan boleh diharapkan. Pada waktu-waktu sukar nanti atau disaat meruncing, pekerja ini boleh digunakan  untuk kepentingannya sendiri.

2. TAMBAH
Apabila tugasan yang diberikan dapat diselesaikan sebelum waktunya, Bos akan menganggap pekerja ini sedang dalam keadaan kurang kerja. Maka, bagi Bos tak salah kalau pekerja ini ditambahkan lagi tugasan tambahan yang lain. Walaupun kadang-kala tugasan tersebut bukanlah dibawah bidang kuasa pekerja itu.



Kerajinan dan kecekapan pekerja ini dimata seorang Bos adalah seorang pekerja yang sangat suka bekerja. Apa juga tugasan yang diberikan tentu tiada masalah bagi pekerja ini. Maka, layaklah pekerja ini mendapat tugasan lain untuk diselesaikan.

Walau apa pun anggapan Bos terhadap pekerja yang terawal melaksanakan tugasannya. Seharusnya, Bos tidak mempergunakan mereka untuk kepentingan dirinya sendiri. Seterusnya, Bos tidak wajar menambahkan beban tugas lain yang bukan di bawah bidangnya dengan menggunakan pelbagai alasan. 

Mereka mungkin melaksanakan tugasan A sebaiknya kerana sememangnay disitu minat dan kebolehanya, tetapi belum tentu mereka dapat cemerlang dalam tugasan B. Bertambah lagi jikalau tugasan B merupakan tuagasan yang bukan dibawah bidangnya. 




p/s: sekadar pandangan dari seorang yang berfikiran cetek

2 comments:

Terima kasih, may Allah bless you :)