Saturday, January 26, 2013

Jemputan Tanpa Nama...



Mendapat surat atau kad jemputan tanpa sampul, bukanlah suatu yang pelik. Asalkan orang yang menjemput (tuan rumah/wakil) bertemu dengan orang yang hendak dijemput. Ataupun sedia sudah nama orang yang hendak dijemput didalam surat atau kad jemputannya.

Tapi...bagaimana agaknya status kalau tiada sampul surat dan tiada tertera nama orang yang hendak dijemput di dalamnya. Malah surat atau kad jemputannya hanya terletak di peti surat.

Siapa yang hendak dijemput? Kalau tidak kenal kenapa harus dijemput? Kenapa berat sangat melanjutkan kaki ke rumah orang yang hendak dijemput? Wajib datang atau tidak?


Hilang nilai-nilai murni orang Melayu atau lebih tepat orang Jawa yang dulu disanjung dengan budi bahasa dan keramahannya. Teknologi digunakan ditempat yang salah. Hubungan silahturahim yang sepatutnya semakin rapat dengan teknologi dimana-mana menjadi semakin jauh dan jauh. Padahal hanset semua dicelah jari. 


**************************************

May Allah Bless U

Selamat Bercuti

^___^


*****************


p/s: Dimana rasa hormat kepada orang yang lebih tua dijemput dengan cara begini? 

Thursday, January 24, 2013

Pesona Cleopatra.




Sebelum ini pernah post seronok beli buku kat MPH. Buku-buku semua ada diskaun sehingga 20%...best tak? Semuanya dah cerita di SINI. Dua minggu lepas menempah, buku pun selamat sampai. Sempat juga cetita cerita panjang dan sebenarnya buku pun sampai tak cukup pun lagi. Bimbang juga tak sampai. Bolehlah baca balik di SINI


Sejak tersangkut penghantaran sebuah buku, saya tertunggu-tunggu dan bimbang kut-kut tak sampai buku tersebut. Rupa-rupanya ada email minta maaf daripada MPH sebab tak dapat hantar buku tersebut. Silap saya sebab tak buka email lama sangat...haha, kan dah fikir bukan-bukan. Tak baik je :P


Sebab lambat pun dah diberitahu kerana stok belum sampai. Saya pun sedia maklum memang buku tersebut susah nak dapat sekarang ni. Dulu masa kat Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) kat UTM Skudai pun, kulit buku pun siap dah berganti lain. Memang belum pernah tengok kulit depan bagaimana rupanya. 



Bila saya gunakan pertolongan Pakcik Google, kulit buku dah ada dua versi rupanya. Jadi bila pergi kedai buku, senang sikitlah nak mencari nanti. Jenuh jugak belek-belek buku, tapi tak jumpa. Akhirnya terpaksa tanya pekerja, rupa-rupanya memang takda pun buku tersebut. Penat cari, tulah malu lagi nak bertanya... >.<




Bila buku selamat sampai selasa lepas, rasa seronok buku yang saya tunggu dah sampai. Kulit muka depan pun dah lain. Nampak sangat memang dah banyak cetakan diterbitkan. Semangat balik nak beli buku kat MPH. Lagi-lagi bila MPH juga menerima baucar buku 1 Malaysia. Siap buat promosi baucar RM 5 kalau menggunakan baucar buku sepenuhnya. Bermakna baucar buku RM 250 + 5. Pandailah promosi, bukan ada pun baucar...ekekeke :P


Salam Maulidur Rasul 1434H


*****************************************




‎"Menyendiri lebih baik daripada berkawan dengan yang buruk, dan kawan bergaul yang soleh lebih baik daripada menyendiri. Berbincang-bincang yang baik lebih baik daripada berdiam dan berdiam adalah lebih baik daripada berbicara yang buruk."
(HR. Al-Hakim)



***************************************************************

May Allah Bless U

Take Care

^__^

Monday, January 21, 2013

Bukan



kita ketawa, bukan bermaksud gembira
kita senyum, bukan bermakna senang hati

kita gembira lahirnya bukan dengan ketawa
kita senang hati belum tentu terjemahannya dengan senyuman

berdiam bukan bermaksud lemah
berkata bukan beerti melawan

ada perkara yang kita tak dapat lakukan 
sepertimana yang kita inginkan...
ada baiknya sesetengah perkara itu
kekal begitu tanpa sebarang jawapan...





Sunday, January 20, 2013

Kita bukan sesiapa...


biarpun kita menjadi tuan, kita tetap bertuhan..
biarpun kita mereka-reka, kita tetap ciptaan..
apalah kita menjadi tuan, sedangkan kita tetap hamba.
apalah guna mengangkat kepala, sedangkan sujud tempatnya..

**************************************************************


Hari Ahad dan Iklan


Hujung minggu semua tahu hari Ahad. Hari Ahad untuk berehat. Bagi yang berkeluarga, hari Ahad adalah masanya. Bagi yang belum berkahwin, juga bersama keluarga...tapi bagi yang rajin menjenguk mak abah dikampung. Tapi kebiasaanya ramai yang memilih istilah hari Ahad masa nak tidur puas-puas. 


Terpulang kepada hak individu masing-masing. Tiada paksaan untuk bekerja pada hari Ahad. Kalau bekerja disektor kerajaan, mungkin juga berpeluang mendapat Cuti Tanpa Rekod. Cuti menggantikan hari ahad yang kena bekerja. Bergantung kepada ketua jabatan masing-masing. Tapi bertuahlah sangat-sangat kalau bekerja disektor swasta, gaji mungkin naik 'double-triple'...eh yeke? tak tahulah... :P


Pusing balik kepada tajuk, 6 jam mencelikkan mata dari pagi tadi. Bagi mereka yang bercuti dan memilih untuk berehat dirumah, mungkin agak kurang selesa saya kira. Hilang kedamaian dihari Ahad. Sedikit terkilan sebab berkira-kira nak balik ke kampung semata-mata menyelesaikan urusan duniawi. Mak Abah rindu kita kat kampung tau....ececehhh... :P




Enam jam penilaian saya berada didalam tembok-tembok batu. Tiada kawasan tanah untuk di'budi'kan barang sedikit. Menghidu udara yang telah diulang-ulang disedut-hembus dari sistem pernafasan sendiri. Gangguan iklan-iklan diluar rumah. Oh! Dimanakah nilai kesihatan orang bandar ek. 


Patutlah makcik-makcik rajin berjongging pepagi buta sama waktu kita ke sekolah kan. Eh! itu orang Cina...orang India. Tapi mana orang Melayu? Semua pergi pusat dialisis ke? Erkkkkk....


Gangguan iklan memang macam-macam. Meh, saya senaraikan enam jam pertapaan saya ;
  1. Lori Surat Khabar Lama
  2. Lori Besi Buruk
  3. Lori Tilam Lama Tukar Tilam Baru
  4. Loceng India (depan rumah)
  5. Lori Majlis Bandaraya (kutip sampah)
  6. Lori Gas 
  7. Jurujual (ini tak pernah lagi dilayan..hihi)


Macam mana la mereka-mereka menghadapi suasana hidup macam ini kan...Balik kampung kurang-kurang boleh siram-siram bunga. Tanam serai ke apa...takpun...balik kampung panjat pokok rambutan lagi best!!



***************************************
Have a splashing weekend

^___^

May Allah Bless U



Saturday, January 19, 2013

Tunggu Transformasi....




Bukan waktu suka-suka sekarang ini. Tapi memang sedang suka-suka nak update blog, sebab dah penat bahu meng'key-in' maklumat pelajar dalam APDM dan SSM. APDM secara online di laman web SekolahMalaysia. SSM secara offline menggunakan sistem yang telah dibangunkan sebelum menggunakan APDM.


Almaklumlah...sistem APDM belum lagi stabil di alam maya. Masih berjalan bengkang-bengkok. Haruslah dibuat 'back-up' menggunakan SSM. Double-triple kerja tahun ini....redha je :/


Gambar diatas tiada kaitan pun dengan dua perenggan sebelum ini. Cuma nak tunjuk pelajar kelas saya sedang bergaya dengan duit bantuan RM100...hihi :P 


Eh bukan juga sebenarnya...nak tunjuk transformasi kelas kami....sedang gigih berkerjasama nak mengindahkan kelas pagi tadi, semoga dipermudahkan....lalala :P


*****************************************

May Allah Bless u

Take Care

^__^


Friday, January 18, 2013

Projek Hari Jumaat :)



Hari jumaat ketiga persekolahan. Sepanjang tiga tahun juga belum pernah saya dapat jadual 'free' hari jumaat. Tahun keempat jadual kosong hari jumaat. Patutnya tak perlu datang kan...ekeke :P  Mana boleh, gaji tetap dibayar untuk hari jumaat. Wajib buat sesuatu yang bermanfaat. :)


Perancangan dalam kepala dah mula hari khamis. Walaupun kelam-kabut hari rabu dan khamis. Cuba juga merancang untuk jumaat. Kalau pun dalam jadual tiada waktu mengajar. Saya confirm pasti hari ini kena me'releif' kelas orang lain.




Ini tugas kecil sebelum hari jumaat. Malam-malam menyediakan label kelas dahulu. Untuk memastikan label yang sama, saya siapkan terus label kelas untuk sesi petang sekali. Lagipun kebetulan 'partner' cikgu sesi petang pula sedang mengandung. Kebetulan juga tahun ini saya dapat 'partner' cikgu baru posting pertengahan tahun lepas. Serasanya.....dia pun belum naik ke perpustakaan lagi untuk tahun 2013. 



Alhamdulillah, bantuan hari jumaat sangat melimpah-ruah. Saya pun tak menyangka mendapat khidmat pertolongan dari pelajar bukan melayu dengan baik sekali. Jarang sekali saya dapat kerjasama sebaik ini dari pelajar bukan melayu.. Terima kasih tak terhingga... ;) Terharu juga sebenarnya. Mungkin benar pesan orang tua-tua 

...buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali.....



Walaupun selepas selesai projek ini, saya diberitahu sebenarnya pelajar-pelajar ini sedang menjalankan 'Projek Kerja Amal' untuk mata pelajaran Pendidikan Moral. Tersentak juga, tapi tak mengapa...sekurang-kurangnya mereka telah menolong saya dengan baik, dan berusaha menyiapkan projek mereka. Kita sama-sama berusaha meyiapkan projek kan... :D

*

*

*

*

*

Taraaaa....inilah projek hari jumaat saya. Membuat penyusunan buku Nilam baru untuk tahun 2013. Tahun keempat menjadi guru Nilam. Tapi hampeh je saya dilantik sebab tak cemerlang pun lagi tahap Nilam pelajar sekolah..huhu :(




Ini buku tahun 2011. Masih banyak yang kosong. Dan masih di'sayangi', disimpan diceruk perpustakaan. Mungkin dah tiba masanya kita serahkan ke pusat kebajikan pusat kitar semula kan... 




Ini pula khazanah tahun 2012. Tentulah dia lebih disayangi dari yang tadi. Tapi mungkin juga akan turut serta ke pusat kebajikan tersebut kan. Lagipun data Nilam sekarang boleh diambil secara maya. Pelajar pindah pun dah mudah, takda macam tahun pertama dahulu, terpaksa pula menyelongkar stor nak cari buku Nilam pelajar. 




Seperti tahun sebelum-sebelum ini, apa yang perlu saya pastikan sebelum pelancaran Nilam, budaya membaca. Pastikan buku Nilam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dicantumkan. Kemudian dapatkan senarai nama setiap pelajar tingkatan. Kira dan susun buku Nilam yang sedia dicantumkan ke dalam rak yang siap sedia dilabel. 


Sebelum itu, bagi tingkatan 2, 3 dan 5 saya telah siapkan nama pelajar ditulis. Tapi bagi tingkatan 1 dan 4, saya biarkan dahulu dari meletakkan nama pelajar, sebabnya kemungkinan besar akan ada pelajar yang berpindah sekolah dan juga yang berpindah kelas. 




Taraaaa....selesai sudah, tak payah nak kagum sangat. Saya tak buat sendiri dengan tangan saya. Semua ini hasil kerjasama pelajar saya. Saya cuma memberi arahan sambil memantau penyusunan buku dalam rak. Hanya memantau...hihi ;)


Alhamdulillah, selamat sudah projek hari jumaat. Mudah-mudahan usaha yang baik akan berterusan dengan lebih cemerlang. Saya bekerja kerana tanggungjawab saya kerana Allah, bukan sebab hal lain. Tiada yang haram selain yang telah termaktub dalam al-Quran dan Hadis.



comel kan... *.*


**********************************

May Allah Bless

Tara Care 

^____^




*****************************



p/s : mengarut betul dengan kenyataan tidak menampal jadual di atas meja dengan label 'haram'. 



Thursday, January 17, 2013

Selamat Sampai tapi kurang....



Sambungan dari cerita dalam Mudahnya dan bahayanyaaaa.... , saya tertunggu-tunggu juga bila agaknya nak sampai buku yang saya pesan di MPH

Kalau mengikut tarikh jangkaan pada 7 Jan. Tapi takda juga. Pelik? Dalam kepala sedikit bimbang, kalau-kalau tertipu ke kan...

Tapi....Alhamdulillah, selamat sampai juga buku-buku saya. Lewat...sangat lewat bagi saya. Sampai tarikh 12 Jan...dan dukacita dimaklumkan ada satu lagi buku pula terpaksa ditangguhkan dahulu kerana takda stok.... :(



La....kalau takda stok, takyah la kata ada. Hampeh la :(

Tunggu lagi sampai hari ini...takde pun....iksssssssss, baru puji-puji best beli buku kat sini. Sebab dapat murah tanpa jadi ahli. Takpe la, lambat satu je pun...memang sealu kat kedai buku takda stok. Optimis la kan, insyaAllah akan sampai juga dipintu rumah nanti...yeaaa ;)




Selamat Malam

May Allah Bless U

Take Care

^___^


*********************************************************



Thursday, January 03, 2013

Gemuk ke Kurus?


Orang perempuan kebanyakkannya sangat sesnsitif dengan perkataan 'gemuk'. Seboleh-boleh nak kurus, sebab perspektif masyarakat kita memandang yang kurus itu cantik dan sihat. Bertubuh gemuk seolah-olah buruk dan tak tidak sihat. Malah ada juga yang menganggap orang gemuk adalah seorang yang malas.

Adilkah anggapan ini? 



** hamster gemuk nampak lagi comel pulak... :P

Kelakar juga apabila ada seorang teman yang selalu merunggut dengan keadaan berat badannya, secara tiba-tiba seronok bercerita dan berasa bangga apabila temannya yang lain memuji dirinya nampak kurus apabila bercuti dua bulan akhir tahun lalu. Sedangkan kenyataannya....beratnya naik 2 kg sepanjang cuti tersebut.  Tapi menurut perhatian saya....setakat 2 kg, tak nampak pun sangat perbezaan ketara yang perlu dibimbangkan. Perempuan kan....pantang dipuji.. :P

Itu cerita seorang teman. Kisah bekas anak murid juga begitu. Kerisauan mula menerjah apabila dirasakan berat badannya yang naik dan selera makan bertambah-tambah. Malah, memberikan pesanan peribadi untuk saya berkongsikan tip-tip menurunkan berat badan...Baiklah, hajat anda sebaiknya saya tunaikan. :)


Kalau menggunakan sumber pakcik 'google', memang banyak sangat pakar penasihat makanan, pakar penasihat kesihatan, doktor dan bakal-bakal doktor, blogger-blogger dan sesiapapun berkongsikan tips untuk kurus. 

Secara ringkas, dibawah ini adalah cara saya yang paling mudah sesiapa pun nak ikut. 


1. Sarapan Pagi.
Ini perkara paling penting yang selalu orang abaikan. Kebanyakkan alasan tidak bersarapan pagi kerana tak sempat dan tak biasa. Mereka yang skip makan pagi memang akan makan secara pukal banyak apabila minum pagi (jam 10). Malah ada juga yang terus merangkapkan ke makan tengahari. 

Sarapan pagi bukanlah sampai kenyang. Sekadar alas perut untuk memulakan rutin harian yang akan kita lalui. Bagi saya cukup sekadar minum susu atau milo. Juga masih ok kalau membancuh oat/nestum. Atau sekeping roti dan air masak.

Sarapan pagi sebagai ALAS perut....bukan ALASan. Baca INI.



** meriahnya sarapan pagi macam ini kan... ;)

2. Jalan Laju.
Memang sejak zaman sekolah, saya suka jalan laju. Seingat saya, saya pernah menang tempat ke-9 atau ke-7 dalam Larian Merentas Desa. Tapi saya tak lari pun, cuma jalan laju. Hebat tak..? haha, mesti tak percaya kan... ;)

Zaman kat kampus, kolej kediaman dengan fakulti pun saya lebih suka berjalan kaki. Bukan bermaksud kolej kediaman dan fakulti sangat dekat. Boleh digambarkan kalau berjalan secara normal mungkin mengambil masa 20 minit. Tapi saya hanya mengambil masa 5-8 minit sahaja. 

Melewati hari bekerja pula, seronok turun naik tangga dari bilik guru ke kelas kalau ada tertinggal bahan-bahan mengajar...semua budak sekolah pun pelik, cepatnya cikgu jalan....haha 

Kiranya berjalan laju ini sebagai senaman 'ayu' bagi mereka yang malas berjogging dan mengeluarkan peluh. ;) Selain itu, berjalan laju meningkatkan kadar metabolisme badan. Baguslah kan... :D

Boleh baca INI dan INI.




3. Rehat Penting
Jika diberi pilihan apabila perut lapar dan badan penat. Saya lebih rela menahan lapar dan mengambil pilihan untuk rehat, iaitu tidur. Kepala penat @ 'tension' pun saya pilih tidur. Biarlah lapar dahulu, asalkan saya cukup rehat. Tapi kenalah berhati-hati, bimbang akan muncul penyakit lain pula. Gastrik contohnya.

Kalau kita makan semasa badan penat, kita mungkin akan lupa diri mengambil makanan. Boleh jadi selepas kita makan, kita terus tidur. Apa lagi...senang-senang je lemak diternakkan... :P


** haha...macam pernah buat la benda kat atas ni....hihi :P

4. Air Masak.
Ini yang terbaru. Dulu memang sangat malas minum air masak. Sebabnya malas pergi 'toilet'. Masa zaman belajar dulu, sangat begang kalau tengah jalan-jalan....kawan tiba-tiba sibuk mencari bilik air. Terbantut mood dah. Tapi bila mula mengajar, dapat pula mata pelajaran sains. Perlahan-lahan barulah faham kenapa badan kita perlukan air. Tapi tak juga berubah.....sampailah dapat ceramah 'free' dari pakar kesihatan tak bertauliah...hihi ^_^

Kenapa air penting? Ok..baca sendiri disini Kepentingan Air.


Sambung terus pembacaan anda pada 'link' dibawah. Banyak sangat info baik disana.

@http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/1773-25-tip-kuruskan-badan.html
@http://honeykoyuki.blogspot.com/2010/08/tips-nak-jadi-kurus.html


*

*

*

*

Photo: An Evening In Abu Dhabi.... with LOVE & FAITH, F.A

** hihi....entah apa kaitan... :P



Oklah, cukuplah sampai disini...jumpa lagi.
Nak bersiap. Jemput Sarapan....Selamat Pagi :D



Selamat Pagi...Mulakan dengan Bismillah

May Allah Bless U

Take Care 


******************************