Friday, January 18, 2013

Projek Hari Jumaat :)



Hari jumaat ketiga persekolahan. Sepanjang tiga tahun juga belum pernah saya dapat jadual 'free' hari jumaat. Tahun keempat jadual kosong hari jumaat. Patutnya tak perlu datang kan...ekeke :P  Mana boleh, gaji tetap dibayar untuk hari jumaat. Wajib buat sesuatu yang bermanfaat. :)


Perancangan dalam kepala dah mula hari khamis. Walaupun kelam-kabut hari rabu dan khamis. Cuba juga merancang untuk jumaat. Kalau pun dalam jadual tiada waktu mengajar. Saya confirm pasti hari ini kena me'releif' kelas orang lain.




Ini tugas kecil sebelum hari jumaat. Malam-malam menyediakan label kelas dahulu. Untuk memastikan label yang sama, saya siapkan terus label kelas untuk sesi petang sekali. Lagipun kebetulan 'partner' cikgu sesi petang pula sedang mengandung. Kebetulan juga tahun ini saya dapat 'partner' cikgu baru posting pertengahan tahun lepas. Serasanya.....dia pun belum naik ke perpustakaan lagi untuk tahun 2013. 



Alhamdulillah, bantuan hari jumaat sangat melimpah-ruah. Saya pun tak menyangka mendapat khidmat pertolongan dari pelajar bukan melayu dengan baik sekali. Jarang sekali saya dapat kerjasama sebaik ini dari pelajar bukan melayu.. Terima kasih tak terhingga... ;) Terharu juga sebenarnya. Mungkin benar pesan orang tua-tua 

...buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali.....



Walaupun selepas selesai projek ini, saya diberitahu sebenarnya pelajar-pelajar ini sedang menjalankan 'Projek Kerja Amal' untuk mata pelajaran Pendidikan Moral. Tersentak juga, tapi tak mengapa...sekurang-kurangnya mereka telah menolong saya dengan baik, dan berusaha menyiapkan projek mereka. Kita sama-sama berusaha meyiapkan projek kan... :D

*

*

*

*

*

Taraaaa....inilah projek hari jumaat saya. Membuat penyusunan buku Nilam baru untuk tahun 2013. Tahun keempat menjadi guru Nilam. Tapi hampeh je saya dilantik sebab tak cemerlang pun lagi tahap Nilam pelajar sekolah..huhu :(




Ini buku tahun 2011. Masih banyak yang kosong. Dan masih di'sayangi', disimpan diceruk perpustakaan. Mungkin dah tiba masanya kita serahkan ke pusat kebajikan pusat kitar semula kan... 




Ini pula khazanah tahun 2012. Tentulah dia lebih disayangi dari yang tadi. Tapi mungkin juga akan turut serta ke pusat kebajikan tersebut kan. Lagipun data Nilam sekarang boleh diambil secara maya. Pelajar pindah pun dah mudah, takda macam tahun pertama dahulu, terpaksa pula menyelongkar stor nak cari buku Nilam pelajar. 




Seperti tahun sebelum-sebelum ini, apa yang perlu saya pastikan sebelum pelancaran Nilam, budaya membaca. Pastikan buku Nilam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dicantumkan. Kemudian dapatkan senarai nama setiap pelajar tingkatan. Kira dan susun buku Nilam yang sedia dicantumkan ke dalam rak yang siap sedia dilabel. 


Sebelum itu, bagi tingkatan 2, 3 dan 5 saya telah siapkan nama pelajar ditulis. Tapi bagi tingkatan 1 dan 4, saya biarkan dahulu dari meletakkan nama pelajar, sebabnya kemungkinan besar akan ada pelajar yang berpindah sekolah dan juga yang berpindah kelas. 




Taraaaa....selesai sudah, tak payah nak kagum sangat. Saya tak buat sendiri dengan tangan saya. Semua ini hasil kerjasama pelajar saya. Saya cuma memberi arahan sambil memantau penyusunan buku dalam rak. Hanya memantau...hihi ;)


Alhamdulillah, selamat sudah projek hari jumaat. Mudah-mudahan usaha yang baik akan berterusan dengan lebih cemerlang. Saya bekerja kerana tanggungjawab saya kerana Allah, bukan sebab hal lain. Tiada yang haram selain yang telah termaktub dalam al-Quran dan Hadis.



comel kan... *.*


**********************************

May Allah Bless

Tara Care 

^____^




*****************************



p/s : mengarut betul dengan kenyataan tidak menampal jadual di atas meja dengan label 'haram'. 



1 comment:

Terima kasih, may Allah bless you :)