Sunday, March 05, 2017

Hantu Laksa.


Ada satu perangai pelik saya tentang makanan.
Kalau meminati sesuatu makanan, saya akan makan sepuasnya sehingga saya jemu. Kalau setiap hari makan, selagi ada saya akan makan sehingga tahap jemu dan bosan.

Contohnya semasa di UTM Skudai. Ada satu kedai yang jual makanan yang berasaskan sup aka kuah soto. Kalau sebelum ini, saya hanya mengenali soto dimakan bersama nasi impit. Tapi di kedai ini, soto boleh dipasangkan dengan pilihan sendiri sama ada bihun, mee kuning, kuetiaw ataupun nasi kosong. Salah satu sebab kenapa saya menjadi pelanggan tetap sebab makan soto ni merupakan menu mudah. Mudah dihadam. Juga harganya yang masih dibawah budget. Senang cerita lebih murah berbanding makan nasi goreng pataya.

Itu cerita zaman dahulu. Sekarang seja dah pandai menggunakan sudip dan kuali. Saya dah meningkatkan skill memasak menu lain pula. Saya berjinak memasak laksa penang dan seterusnya laksa johor. 

Bagaimana boleh terjebak?
Semuanya bermula apabila bulan Ramadhan, di bazar Ramadhan banyak orang jual laksa. Tapi kualitinya sekadar bersesuaian dengan harga budget.


Oleh kerana banyak sangat kata negatif berkenaan dengan mee laksa penang yang kononya boleh mengembangkan urat dan boleh menyebabkan sakit urat apabila tua nanti. Dan ibu yang baru lepas bersalin perlu berpantang 2 tahun dari menjamu laksa. Maka, saya mencuba pula membuat laksa johor. 

Resepi? Main agak sahaja. Cara yang sama seperti laksa penang, yang berbeza saya tumiskan sekali rempah kari. Pada mulanya saya nak masukkan sedikit santan pekat. Tapi apabila melihat warna kuah dan rasanya yang kaw, saya batalkan. Sedap juga tanpa santan. 

Saya kongsikan resepi saya sendiri.

Lada kering direndam. Dikisar bersama minyak dan air dan ditumis sehingga naik minyak. Bawang besar dan 3biji bawang putih. Dikisar juga dan ditumis selepas lada kering ditumis. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan ditumis lagi sehingga naik bau n minyak. Masukkan daun kesum, serai dan bunga kantan.

Selepas itu, masukkan isi ikan yang telah dikisar lumat. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan air jika nak banyak kuah. Saya suka pekat sebab apabila digaul dengan spageti, timun, daun salad dan nenas. Kuah laksa akan berair. Yummy....

Senang proses membuat laksa. Perkara yang merumitkan mengasingkan ikan dari tulangnya dan memastikan tiada sebiji tulang pun tertinggal. Bahaya kalau ada, kang tercekik orang yang makan.


Hari ini pun makan spageti. Sebab Al Fatih pun tengah mood makan makanan berasaskan mee. Jemu makan nasi. Spageti bologness. Esok lusa mungkin cabonara pula....hihi

Maaflah banyak post pasal makanan. Mood mengantikan puasa bulan Ramadhan...hihi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, may Allah bless you :)