Zaman sekolah rendah, memang ramai kawan pergi sekolah naik basikal. Saya mula naik basikal masa darjah 1 lagi. Tapi sekadar jadi pembonceng sahaja. Angah masa itu darjah 6. Kebanyakkan masa darjah 1, abah hantar ke sekolah sebab jadual balik sekolah tak sama dengan pelajar upsr.
Bila masuk darjah 3 ke 4, barulah pergi sekolah dapat naik basikal. Sebab ada adik lelaki yang sama-sama boleh merempit...hehe
Macam-macam jenis basikal pernah ada. Tapi semuanya basikal bekas orang punya. Abah beli murah kat pasar 'kuala'. Kalau sekarang nama glamornya pasar karat.
Basikal besar sebiji macam dalam gambar biasanya orang tua yang gunakan. Atuk perempuan aka nyaie biasa guna basikal kalau pergi kedai atau pergi kebun. Kebergantungan dengan basikal memang kuat masa itu. Lain dengan zaman 2020 sekarang ni...
Apabila nyaie mula tak kuat nak mengayuh basikal. Basikal digantung belakang rumah. Ada ura-ura mak nak mengecek basikal nyaie untuk bagi saya dan adik-adik pakai untuk pergi sekolah atau pergi mengaji. Saya ingat lagi peristiwa tersebut. Nyaie datang bagi mak duit. Pelik saya tak faham. Masa kecil lagi saya kurang faham bahasa jawa mak dengan nyaie. Kemudian, barulah saya faham yang basikal nyaie dah diambil orang lain. Makcik sendiri yang ambil, ipar kepada emak. Entah apa tujuan dia nak ambil, saya kurang faham....tapi yang saya faham anaknya semua masuk asrama. Kepenggunaan basikal memang tiada langsung. Manusia....huhu
Sedih.....kalau mak takda ura-ura nak basikal nyaie, mesti masih dapat gunakan lagi. Walaupun sekadar untuk bermain. Tapi sejak itu, terus tidak merasai basikal tua nyaie. Al Fatihah untuk Hajah Marpoah binti Hj Abdul Ghani. Semoga tenang disana.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, may Allah bless you :)