Wednesday, May 11, 2016

Tarikh Keramat part 1




Awalnya saya merancang menulis perkara ini semasa cuti berpantang tempoh hari. Kengkangan masa menyebabkan impian terkubur. Cuba lagi cari masa untuk menulis. Belum muncul juga. Akhirnya terlupa.

Semalam terjumpa gambar ini. Terus segar dalam ingatan yang hampir puput juga dek kerana masa berlalu yang bergitu lama. 

Oleh kerana hari ini genap 7 bulan Al Fatih. Sementara menjaga peperiksaan, mungkin sedikit sebanyak saya boleh menulis. Semoga penulisan ini menjadi panduan dan gambaran untuk mereka yang baru bergelar ibu.


8hb 10 2015 | khamis
Hari ini sepatutnya kena tahan wad di hospital. Cukup 40minggu mengikut kiraan buku merah. Sebenarnya minggu ke 41 sebab saya tipu tarikh period. Sebabnya stail kakak, emak dan sedara mara....kalau bayi lelaki memang akan terlajak lebih 40minggu. 

Nanti bimbang doktor induce, sebab induce sangat sakit. Mana-mana pun sakit bersalin tetap sakit. Induce ada risiko dan menipu tarikh macam saya pun ada risiko. Saya sedia faham risiko.

Klinik kesihatan minta saya daftar masuk hospital sebab hb saya semakin teruk. Bacaan 8 kalau tak silap. Sedangkan ketika itu, doktor dah tukar kepada iberet folic. Saya pun dah berpantang 3 bulan minuman berkafien.

Selepas periksa macam-macam, doktor bagi saya tempoh seminggu lagi. Doktor kata jika bacaan bawah 7 baru dikira berrisiko pula. 

Suami dah stress sebab dah mula ambil cuti awal. Sayang cuti agaknya. Risau juga sebab kandungan dah masuk 41 minggu. Saya? Tentulah saya lebih takut kena induce, saya kan dah maklum risiko kalau induce tak jalan....nanti akan operation. Saya diam dan rileks. Dapat balik, senang hati.


9hb 10 2015 | jumaat
Sejak ambil cuti awal bermula cuti hari raya aidiladha. Saya memang hari-hari menyapu, mengemop dan berjalan keliling dalam rumah. Tapi tak berjalan juga usaha saya untuk bersalin awal. 

Petang jumaat suami ajak bersenam. Lokasi pilihan berjoging di Tasik Y baru pahat. Okay, anggaplah ini masa untuk kita beriadah dan bermanja. Lagipun sejak suami kerja jauh, jarang ada masa nak berjalan bersama-sama. Perut dah besar makin culas saya nak berjalan, patah lagi ditengah panas. Jalan dalam rumah takpalah, sejuk.

Pusing habislah Tasik Y. Tapi masih takda tanda nak bersalin. Sakit pun takda. Cuma bila sampai rumah, malam nak tidur tengok kaki dah bengkak semangkuk. Adehhhhh......takutnya.

Mak mentua kata jangan risau, sebab anak lelakinya yang risau. Saya ok je. Beby pun masih pusing, seronok berenang lagi.


10hb 10 2015 | sabtu
Sabtu pagi masih rutin sama kemas rumah. Suami macam dah boring menunggu beby tak kuar. Siap merancang nak balik kerja lagi. Saya dah buat muka seposen. Buat muka kat belakang suami je....saya jawab terpulanglah. 

Tapi tengahari dalam jam 11 rasanya, saya tengah mengemop lantai anjung. Saya rasa lain macam, rasa macam sakit tapi sekejap. Tak tahulah nak gambarkan macam mana. Tapi sekejap je datangnya. Bagitahu suami. Dia tanya daah nak bersalin ke. Saya jawab mana la saya tahu. Saya cakap sakit tak boleh nak gerak.

Sempat lagi juga bersiap hendak jemputan kat rumah sepupu mak mentua. Jumpa sedara mara lagi. Pertanyaan nak bersalin je soalan yang muncul. Rumah jemputan kahwin pula depan hospital batu pahat. Suami cakap, kalau nak bersalin dia nak hantarkan terus. Saya cakap nantilah, belum ada tanda. 

Sakitnya semakin kuat. Badan tak boleh gerak sebab dah sakit. Tapi sekejap je datangnya.

Balik jemputan singgah jalan ke Summit Parade. Lama tak singgah summit, sejak buat spek mata masa tahun 3 kat utm rasanya. Ada kedai Mr.DIY lagi. Teruja juga. Tapi tak pusing lama sebab dah sakit banyak kali. Kalau jalan ok je boleh kawal rasa sakit. Taoi kalau sibuk belek barang terus tak boleh. Sempat makan ayam goreng rangup. Balik sampai rumah dekat jam 7 petang.

Maghrib, suami pergi masjid saya cakap dengan mak dah sakit sejak tengahari. Mengelabah pula mak, siap telefon akak semua. Saya rilek pas solat baring. Suami balik tanya lagi. Saya kata nanti. Isyak suami pergi masjid, mak masuk bilik tanya, ok ke tak. Kakak dah suruh pergi hospital. Saya jawab nantilah, belum ada tanda.

Sempat lagi sediakan makan malam, makan dengan suami. Sakit kejap datang makin kerap. Jam 11 lebih saya nak buang air besar, bagitahu mak. Mak takut dah, takut terbersalin. Saya cakap, memang rasa nak buang air besar la mak....

Rupanya bukan setakat buang air besar, kuar tanda darah. Saya dah takut, debar dan macam-macam rasa. Mak lagilah dah gabra. Saya rilek sebab nak mandi dulu. Jam 12 lebih rasanya gerak ke hospital.


Ok, cukuplah sampai sini dahulu.
Saya sambung cerita tarikh 11 oktober nanti.
Lebih tragis.
Lebih drama.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih, may Allah bless you :)