Seminggu lepas, seorang teman sebilik guru menyambut hari lahirnya. Beruntungnya beliau sebagai isteri mendapat kejutan sejambak bunga diselitkan kuntuman bunga bertakhtakan coklat ferero rocher.
Beliau berkongsikan kegembiraan dengan rakan meja sebelah saya duduknya. Saya tekun membuat kerja, yang sepatah katanya tidak masuk langsung dalam memori. Sedang sibuk kononnya, saya ditegur rakan meja sebelah menunjukkan sekuntum bunga bertahktakan coklat ferero rocher. Hadiah dari teman tadi.
Kemungkinan besar kerana bimbang saya berkecil hari. Lalu beliau turut titipkan kepada saya juga. Tapi malang sekali bagi saya, cuma coklat jenama kitkat yang tidak berbunga.
Jujurnya saya berkecil hati. Sedih. Tapi bukanlah hendak mengamuk, sekadar berkecil hati. Emosi.
Bertanya saya pada diri sendiri. Seseorang yang saya kira sangat matang dan lebih tinggi ilmu agamanya, melayan orang lain secara berbeza. Ya Allah....seorang bernama ustazah membezakan setiap insan, apatah lagi kita yang kurang ilmu agamanya.
Rupanya, hari ini Allah tunjukkan hikmahnya. Allah gantikan kekecilan hati saya dengan coklat ferero rocher 2 biji dengan bekas yang sangat ekslusif. Terpegun saya.
Cantiknya perangan Allah.
Peristiwa ini mengajar saya untuk munasabah diri. Mungkin saya kadang bersikap seperti kejadian ini. Ampunkan saya membuat pelbagai spekulasi sepanjang minggu lepas.
Semoga saya menjadi insan yang lebih baik.
Semoga Allah redha.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, may Allah bless you :)