Monday, March 28, 2016

Kerana sekuntum bunga.



Seminggu lepas, seorang teman sebilik guru menyambut hari lahirnya. Beruntungnya beliau sebagai isteri mendapat kejutan sejambak bunga diselitkan kuntuman bunga bertakhtakan coklat ferero rocher.

Beliau berkongsikan kegembiraan dengan rakan meja sebelah saya duduknya. Saya tekun membuat kerja, yang sepatah katanya tidak masuk langsung dalam memori. Sedang sibuk kononnya, saya ditegur rakan meja sebelah menunjukkan sekuntum bunga bertahktakan coklat ferero rocher. Hadiah dari teman tadi.

Kemungkinan besar kerana bimbang saya berkecil hari. Lalu beliau turut titipkan kepada saya juga. Tapi malang sekali bagi saya, cuma coklat jenama kitkat yang tidak berbunga.

Jujurnya saya berkecil hati. Sedih. Tapi bukanlah hendak mengamuk, sekadar berkecil hati. Emosi.

Bertanya saya pada diri sendiri. Seseorang yang saya kira sangat matang dan lebih tinggi ilmu agamanya, melayan orang lain secara berbeza. Ya Allah....seorang bernama ustazah membezakan setiap insan, apatah lagi kita yang kurang ilmu agamanya.

Rupanya, hari ini Allah tunjukkan hikmahnya. Allah gantikan kekecilan hati saya dengan coklat ferero rocher 2 biji dengan bekas yang sangat ekslusif. Terpegun saya.

Cantiknya perangan Allah. 

Peristiwa ini mengajar saya untuk munasabah diri. Mungkin saya kadang bersikap seperti kejadian ini. Ampunkan saya membuat pelbagai spekulasi sepanjang minggu lepas. 

Semoga saya menjadi insan yang lebih baik.

Semoga Allah redha.







Wednesday, March 09, 2016

Gerhana 21 tahun



Hari ini 9 Mac 2016. Peristiwa gerhana matahari yang berlaku selepas 21 tahun. Kalau ditolak umur sendiri, ketika berlaku dahulu semasa umur kita 9 tahun. 

Sembilan tahun ketika itu, apalah yang kita dapat ingat. Sedangkan tahun lepas bercuti bulan 10 pun kita sendiri lupa mengajar budak kelas mana. Ai la otak, lembap pulak nak mengingat sekarang. Petang tadi pun lupa tempat parking kereta. Pusing ke kanan ke kiri, baru jumpa kereta. Huh...dalam hati berdebar dan tak sudah istigfar, sebab ligat berfikir sempat tekan alarm kunci ke tidak.

Berbalik cerita gerhana. Kali pertama dalam hidup yang semakin menghampiri 30 tahun ini, baru tahu solat sunat gerhana. Kita ingatkan solat sunat semua sama, yang beza niat sahaja. Terlajak faham, nasib baik imam sempat bagi panduan solat sunat gerhana pagi tadi. Sumpah....memang kenangan seumur hidup. 

Ketika sibuk solat gerhana pagi tadi, selepas solat mungkin ada yang mencuba untuk menegakkan telur. Ketika gerhana, tarikan graviti lebih kuat dari kebiasaan. Selain mengagumi kekuasaan Allah, jangan lupa juga gerhana merupakan amaran dan tanda Allah mengingatkan kita tentang hari kiamat. Sebab itu digalakkan mendirikan solat sunat, dan bukanlah digalakkan 'bersuka-ria'.

Mungkin ada menganggap sebagai tanda kekuasaan Allah. Mengangumi kekuasaan Allah. Tapi gerhana ini gambaran hari kiamat, wajarkah kita bersuka-suka? Fikirkan...

Salam malam 


Gambar orang bagi. 



Tuesday, March 08, 2016

Kemaskini


Andainya ternampak banyak sangat kerajinan menulis blog, harap maklum ketika itu sedang menjaga peperiksaan ataupun ujian. Ooiii...semestinya kita sama rajin dan tekun dengan anak murid. Tapi kita tekun menatap skrin, sebab itulah kita rabun. Cermin mata lebih 5 tahun belum bertukar kanta mahupun menaikkan kuasanya. Kedekut sangat nak menukar, hasilnya pening kepala kalau kurang rehat.

Semalam sempat juga kita menatap skrin laptop kecil warna merah. Laptop itu pun dah masuk lebih 5 tahun. Kalau ikutkan boleh beli lagi dan selamat dapat pelepasan LHDN. 

Sebut pasal LHDN, kita belum lagi kemaskini maklumat diri. Masih status bujang. Memang patutlah tahun lepas kita kena banyak cukai. Redha sahaja.

Redha bukan sebab kita kaya. Sebab salah sendiri yang ambil mudah hal berkaitan cukai. Akhirnya sebab malas nak menyimpan resit, awal tahun ini juga kita terus buat potongan zakat. Senang dah. Eh...jangan salah faham, bukannya kita tak pernah bayar zakat sebelum ini. Tapi malas nak menyimpan resit. 

Tahun ini tak mahu terlepas kemaskini maklumat diri. Rasanya 1 Mac dah dibuka. Ok kawan-kawan, laksanakan tanggungjawab masing-masing.

Oh yeahhhh...meleret jauh pula. Gambar dikepilkan diatas ada kat ceruk blog ini. Heh semua dah kemaskini...ok la babai, nak kemaskini e-filing. Tata



Monday, March 07, 2016

Ucapan berharga di hari lahir


Saya suka meraikan hari lahir orang lain. Saya boleh ingat hari lahir orang lain, sebenarnya dengan harapan orang lain juga begitu tethadap saya. Walaupun kadang kala tiada siapa yang ingat hari lahir saya, saya bukanlah seorang yang mudah berkecil hati. 

Kalau dahulu ucapan hari lahir berkisar dengan doa panjangkan umur, bertambah sihat, dilimpahkan rezeki, bertambah berjaya, cemerlang dunia akhirat dan sebagainya. Namun kini ada satu lagi ucapan paling berharga yang perlu diucapkan pada hari lahir.

"Jangan lupa renew lesen"

Inilah ucapan paling berharga. Jika dahulu kita sering kali terlupa tarikh memperbaharui lesen kereta. Kerajaan telah pun melancarkan tarikh memperbaharui lesen kereta pada tarikh lahir sendiri. Mudah kan.

Maka begitu kawan-kawan, tiada ucapan paling berharga selain ayat diatas. Kita saling mengingatkan untuk mengelakkan rakan kita dari di saman...hehe

Kalau lagi baik, bagi duit bernot RM100 untuk memudahkan rakan kita memperbaharui lesen kereta. Untung 3 tahun tak perlu pergi ke pejabat pos kan. 

Hujung minggu lepas, sambut hari lahir Makngah dan Makucu. Al Fatih kali pertama, teruja jugakkkkk......


Sabar Al Fatih. Nanti besday ibu kita sambut makan ramai-ramai. Eh kena ajak papa jugak tau.


Bulat-bulat. Qawi dan Al Fatih tak faham konsep. Tengok kek la...