Friday, September 19, 2014

Review: Cinta Suci Zahrana



Cinta Suci Zahrana.

Memang trend kalau kita baca dan ikuti cerita karangan Habiburrahman El Shirazy (HES) mesti tak lari dari pengisian pencarian ilmu. Sama ada latar belakang berkisar di universiti ataupun pesantren. 

Dalam buku ini, banyak konflik tertumpu pada seorang pensyarah perempuan muda yang memegang ijazah S2 (ijazah master kalau di Malaysia) dan sering mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui penulisan ilmiahnya yang bernama Zahrana.

Malangnya kejayaan demi kejayaan. Pujian demi pujian yg diterima oleh Zahrana menjadi luka berdarah dalam hati kedua orang tuanya. Maklumlah perempuan kalau berkahwin lewat memang menjadi buah mulut orang.

Maka, misi Zahrana untuk melanjutkan ke peringkat S3 (PHD) terpaksa dilupakan sementara walaupun telah mendapat penempatan beserta biasiswa dari universiti di China.

Bagi mengembirakan hati orang tuanya, maka Zahrana cuma ikhlaskan hati menerima mana-mana lelaki asalkan boleh menjadi imam solatnya. Zahrana juga terpaksa merendahkan pilihan yang sama taraf pendidikan dan umur yang sebaya atau lebih tua disebabkan kebanyakkan lelaki ramai yang  telah berkahwin, malah mungkin juga sudah beranak dua.

Akhirnya setelah pelbagai dugaan, Zahrana telah menemui jodohnya yang dicarikan oleh Kiai disebuah pesantren. Meriahlah persiapan perkahwinannya yang merupakan anak tunggal keluarga. 

Klimaks ceritanya apabila tunangnya meninggal dilanggar keretapi malam sebelum hari perkahwinan mereka. Tragis bertambah apabila ayahnda kesayangan menutup mata keesokkan harinya disebabkan serangan jantung.

Zahrana merasakan hidupnya dirundung duka. Walaupun berjaya membina syurga di dunia, tapi dia merasakan gagal membina syurga untuk akhiratnya. Zahrana mula mempersoalkan tindak tanduknya menolak pinangan disebabka terlampau fokus dengan kuliah akademik.

Pengakhiran cerita yang semua orang tak menyangka apabila Zahrana dilamar oleh ibu kepada pelajar masternya iaitu Hassan. Pada awalnya juga tiada hint pun Hassan jatuh hati dengan Zahrana. Inilah namanya jodoh.

Panjang juga review saya taip. Ayatnya sangat tersusun cantik. Bagi mendapatkan sorotan cerita yang lebih baik bolehlah beli buku semurah RM14 dimana-mana kedai buku. Jikalau kurang suka membaca, jangan risau ada filem sudah diterbitkan. Saya pernah menontonnya di YouTube. Hampir sama dengan isi novelnya.

Itu sahaja. Selamat membaca dan menonton.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih, may Allah bless you :)