Tuesday, August 26, 2014

Bukan Musim Durian.


Assalammualaikum. 

Selamat Hari Raya.  MAAF ZAHIR BATIN. 

Hari ini 30 Syawal. Tahniah kepada yang sempat menghabiskan puasa sunat enam tahun ini. Semoga diberkati dan bertambah rezeki.

Rezeki memang besar maksudnya. Mendapat kesihatan yang baik juga rezeki. Mendapat kemudahan pergi dan balik kerja juga rezeki. Kadang kala mendapat sedikit kesukaran untuk ke sesuatu tempat dan diganti dengan yang lain juga rezeki. Cuma cara kita melihat sesuatu dengan hati terbuka dan redha.

Kadang apa yang ditangan orang lain nampak indah dimata kita. Tapi sebenarnya apa yang ditangan, belum tentu jadi indah jika berada ditangan kita. Semua ketentuan, Allah perancang terbaiknya.

Minggu lepas, saya dapat surat insurans dari Etiqa. Selama ini surat dari Etiqa saya jarang tengok. Etiqa adalah insurans kereta saya. Petang itu dapat surat, rajin saya buka. Baca dahulu ayat pendahuluan yang berbunyi "imbuhan". Malas baca ayat yang berjela, saya buka lagi lipatan bawahnya...... eh eh....ini bukan cek ke? Saya ulang banyak kali siap tunjuk kat adik. Saya ulang sekali lagi ayat berjela. Sah ini cek betul. Ini duitlah. Nilainya tak besar, tapi entah kenapa rasa terkejut sebab dapat duit tanpa diduga...ehehheeee



Kemudian, saya buka surat yang lain. Tebal sangat suratnya. Ooo...surat dari kawan lama. Surat penghantaran borang tuntutan saguhati daripada Takaful Ikhlas. Wah.....durian runtuh ke apa ini?  


Betul rupanya orang sebut-sebut sebelum ini. Tak perlu takut nak kahwin kalau disebabkan duit tak cukup. InsyaAllah,  Allah akan cukupkan dan malah tambahkan lagi. 

May Allah bless. 


Sunday, August 24, 2014

Biti dan binti


Biti
Perkataan biti jarang sebenarnya digunakan secara tunggal. Biasanya digunakan dalam perkataan gandaan iaitu biti-biti. Biti-biti memberi maksud dayang-dayang/pelayan/gundik raja di dalam istana. 

Binti
Kebanyakkan kita memang sedia maklum binti merupakan tanda pengenalan diri seseorang yang merupakan anak perempuan kepada si polan. Contohnya Aisyah binti Ahmad. Aisyah adalah anak perempuan kepada pakcik Ahmad. 

Namun begitu perkataan gandaan binti-binti juga ada sebenarnya dalam kamus bahasa melayu lama. Apa dia binti-binti? 

Binti-binti adalah nama bagi sejenis burung yang banyak terdapat di sekitar Asia Tenggara. Cuba teka? Saya sendiri baru tahu, burung Raja Udang nama lain bagi burung binti-binti. 

Hari ini dapat tatabahasa baru. Semakin jauh kita dengan masa lalu, semakin pupuslah bahasa Melayu kita nampaknya.



Selamat berpagi minggu semua.

May Allah bless us.



Saturday, August 23, 2014

Terima Kasih dan Kasih diterima.



Terima Kasih dan Kasih telah diterima.

Masih mengenal ABC
Menulis dengan tangan kiri
Tahi lalat dibibir manis sekali
Senyuman manis bila nampak gigi


Berbaju melayu lengkap berseri
Mata melihat pasti terkesima
Hadirnya untuk mengikat janji
Menyimpul Kasih yang telah diterima


Kekok beraya disekolah sendiri.


Assalammualaikum.

Hi semua. Selamat Hari Raya.  MAAF ZAHIR BATIN.

Masih lagi beraya sebulan. Hari ini 23 ogos sekolah sekitar Batu Pahat semuanya bersekolah ganti. Awal minggu yang lepas dapat tahu. Nasiblah nampaknya bersekolah disini, dapat tahu apa aktiviti dan program sekolah semuanya dihujung-hujung waktu. Sangat kritikal...huhu

Bagi menaikkan semangat datang sekolah, hari ini aktiviti PdP pelajar tengah diagihkan kepada panitia tertenyu untuk program tertentu. Tak ambil tahu, sebab kalau berkaitan dengan Fizik tentulah saya sibuk kena tahu. Hari ini mahu rehat.

Kebetulan pula, UMNO bahagian Batu Pahat buat sambutan Hari Raya pada hari ini. Bagaikan jatuh dapat bunga. Bolehlah perumpamaan begitu kan...hahaha...hari ini makan sedap!!! Tiada lauk kantin lagi (padahal jarang sangat makan kantin)


Nampak macam ramai kan. Memang ramai, ini yang salam dewan. Diluar dewan ada balai makan lagi 3 buah. Makanan sangat banyak dan macam-macam.


Ok, ini gambar Dr. Fuad Zarkashi dengan isteri. Malu-malu kami disekolah sendiri semasa nak masuk dewan. Macam berada dimpat asing pula.


Menu paling menjadi tumpuan, cendol dan lemang. Cendol sangat lemak manis dan lemang. Lembut betul lemang, selalu beli keras dan kental. Selama ini tak minat lemang, tapi tetiba boleh ambil lebih....eh eh..


Rasanya inilah kali pertama pergi rumah terbuka dalam dewan. Selalu pergi rumah kawan-kawan sahaja. Itu pun esklusif sebenarnya. Kagum mereka yang rajin datang. Sebab bagi saya baik duduk rumah kalau hari cuti. Berteduh dari matahari..hihi



Agak-agak ada lagi rumah terbuka? Meja terbuka



p/s: genap 3 bulan rupanya hari ini...kenapa masih terlupa eh..

Wednesday, August 20, 2014

Ketidaksefahaman.


Assalammualaikum. 

Hi, selamat hari raya. MAAF ZAHIR BATIN. 

Hari ini dua tiga kali tengok jam tangan. Sempatkan juga buka telefon sebab nak banyak kali yakin hari ini hari rabu atau khamis. Sah, hari rabu. Tapi kenapa guru lelaki depan saya ini berpakaian melayu siap bersamping? Ada majlis apa? Dia silap hari ke? Patutkah saya tegur? Patutkah?

Akhirnya saya tegur. Jawapan pendek sahaja "ada jamuan diatas". Jamuan? Jamuan apakah? Teringat maklumat yang hanya masuk telingan kanan dan keluar telinga kiri dari seseorang semalam, bilik guru bahagian guru lelaki buat jamuan hari raya. Inilah dia kalau dengar maklumat selalu tak ambil tahu. Kalau mengumpat pun sama, bukan simpan dalam memori pun. Kalau cukup 'hots' baru ingat, itupun hanya di memori jangka pendek.

Oleh kerana tak tahu dan kecewa ketidaksefahaman antara guru lelaki dan perempuan. Pagi tadi dapat surat jemputan. Ok, takpe...takpe.......sabtu ini jamuan hari raya...makan freeeee.....hehehe

Bagus juga sebenarnya kalau tidak ada kesefahaman. Lihat dari sudut positif. Kalau jamuan biasanya, guru perempuan yang kena usaha menyusun dan mengemas untuk sebelum dan selepas. Bila dah tak sama, makanya pandai-pandai guru lelaki untuk mengemas...kan kan...hehe


Friday, August 15, 2014

Mee Goreng Pantas Kilat


Assalammualaikum. 

Hi semua. Selamat Hari Raya. MAAF ZAHIR BATIN. 

Hari ini emak cuti masak, sebab ada jamuan rumah terbuka jiran sebelah. Makanya, malam baru nak mulakan aktiviti masak. Malam ini saya fikirkan adik lelaki yang akan masak, rupanya dia didapur menyiapkan bahan katering untuk esok. Hampessss.....

Ok, tak mengapa. Sesiapa rasa nak follow menu ringkas dan cepat pantas untuk makan malam. Meh sini saya tunjukkan. Kurang dari 20 minit sahaja.

Mee Goreng Pantas Kilat.

Bahan-bahan
Mee Kuning - 500g 
Udang
Bebola ikan
Taugeh
Sawi
Daun sup
Daun saderi
Lada merah - 2 biji (dihiris)
Bawang merah - 2 ulas (tumbuk)
Bawang putih - 3 ulas (tumbuk)
Serbuk cili - 2 sudu (bancuh dengan air)
Ikan bilis - 10 ekor (tumbuk)
Sos cili - 2 sudu
Sos tiram - 2 sudu
Kicap - 1 sudu
Telur - 2 biji

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang. 
2. Naik bau dan masukkan bancuhan serbuk lada. 
3. Masukkan ikan bilis yang ditumbuk.
4. Masukkan udang dan gaul sekata.
5. Masukkan bebola ikan dan gaul rata. 
6. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau lagi dan masukkan telur.
7. Letak garam, gula dan ajinomoto. Ikut selera lidah masing-masing. 
8. Masukkan mee kuning dan gaul sekata sampai naik bau.
9. Masukkan sawi, lada merah dan taugeh.
10. Masukkan daun bawang dan daun saderi.


10 langkah sahaja boleh siap kurang dari 20 minit. Terkejar-kejar nak buat semua..hehe..sebenarnya ada menu rahsia untuk lagi sedap. Saya letak 3 sudu sambal kacang yang kebetulan ada dalam peti ais. Makin naik rasanya...wallaaaa...




Ok, sedia untuk dijual dimakan. 



Review 1: Veil Sanding


Hi, Assalammualaikum.

Selamat Hari Raya. MAAF ZAHIR BATIN.

Selamat hari jumaat semua. Hari ini cuti negeri johor. Belum ada plan untuk kemana. Sebabnya hujan turun lebat dan berganti-ganti reda dan lebat kembali sejak jam 5 pagi tadi. Bayangkan bila tertidur dan terjaga hujan turun masih konsisten lebatnya, tapi rupanya menurut emak baru sahaja lebat kembali...heheh, tidur tak ingat dunia. Jam menunjukkan 12 tengahari.

Pagi tadi dah diingatkan saya untuk mencari tudung untuk majlis kedua. Arghhh....hujan begini bagaimana nak cari tudung. Tapi hanya alasan, sedangkan balik sekolah boleh singgah kedai kain.

Alasan utamanya, saya belum ketemu idea bagaimana jenis dan stail tudung untuk majlis kedua nanti. Idea belum muncul.

Maka, saya googlekan sedikit tudung yang mudah dan ringkas untuk dipakai. Oleh kerana belum pernah buat mana-mana review berkenaan majlis pertama. Saya fikir, baiklah saya buat supaya saya tak lupa tahap kesungguhan dan kerajinan saya menjahit...hihi. Sehinggakan sangat dikagumi oleh makcik dan sepupu perempuan saya. Kembang la gamaknya...

Review 1 : Veil Sanding

Memang plan nak veil / layar warna krim. Supaya nampak soft sedikit setelah memilih warna merah terang sebagai baju sanding.

Panjang veil dan bentuk pemotongan saya google sahaja. Panjang kain 2 meter 1.5 meter dan lerang kain 45. Ini untuk mereka yang nak labuh paras punggung.

Kemudian pilih lace saya beli secara online sahaja. Kedai online ada dua saya beli. Saya lupa yang mana satu sebab ada yang beli lace baju ada beli lace tudung dan ada yang beli manik. Boleh buka facebook dan cari Veil by Adria dan....lupa :(



Cara nak buat veil bukanlah susah mana. Bentangkan kain 2 meter kemudian potong mengikut huruf D. Kalau kurang yakin dengan tangan sendiri, gunakan surat khabar lama dan potong dahulu pada kertas baru tekap pada kain.

Kemudian susun lace yang nak dijahit. Ikut kehendak sendiri nak yang bagaimana lace terletak. Saya nak yang simple sahaja. Sebab rasanya baju dah crowded dengan lace dan manik...hehehe


Jahit dahulu lace yang hendak diletakkan. Jahit jelujur ringkas kalau nak mudah. Cuma kurang sesuai untuk dijual sebab orang jual jahitannya hanpir tak nampak. Hebat betul, kagum saya sebenarnya. Maka, terkantoilah yang saya jahit asal boleh...hikhik

Selepas itu, susun manik dan tengok kesesuaian. Ini manik pilihan saya yang telah sedia ada dalam pakej manik kedai facebook Veil by Adria.

Hasilnya?
Simple kan kan. Sebab memang nak yang simple dan waktunya dah suntuk. Maaflah gambar tak berapa jelas sebab nak rendahkan resolutionnya supaya mudah upload.

Ini pula gambar berdiri. Terpaksalah nampak baju juga, sebenarnya nak buat review baju nanti baru tunjuk. Veil labuh sampai punggung. Tak mahulah orang tengok dari belakang dan fokus pada punggung dan pinggang sesuka je.

Review seterusnya baju merah tu yea...kemudian baju nikah, tudung nikah. Tengah cari mood berkreatif. Jadi kena selam betul-betul, baru dapat idea menarik untuk majlis kedua.

Terima kasih membaca...selamat menjahit dan berkreatif. Serius sangat seronok walaupun anda fikirkan tak cukup masa. Saya hanya ada 5 bulan sahaja dengan kesibukan sekolah. Semua orang boleh kalau kita yakin kita boleh. InsyaAllah. Good luck :)



Wednesday, August 13, 2014

Misi BOM udang disebalik batu.


Hi...hi semua, Assalammualaikum. 

Selamat Hari Raya,  MAAF ZAHIR BATIN.

Seperti yang dirancang dan dijanjikan. Hari ini misi seterusnya membuat bom (sila baca sebagai cucur). Setiap waktu terluang, asyik berfikir bahan apa yang diperlukan lagi dalam bom nanti. Rasanya udang besar tak perlu, beli udang baru yang kecil sedikit. Takut pula tak cukup..maklumlah, selalunya berkaitan dengan menu udang cepat habisnya.

Kurangkan merepek yang bukan-bukan. Kita terus tengok apa bahan yang diperlukan. Oh yea, untuk pembetulan yang bom udang tak perlu pun telur sebenarnya. Tapi saya gunakan juga telur untuk lebih sedap dan adunan jadi gebu.

Sebelum itu juga. Seperti biasa dimanakah inspirasi resepi saya jumpa? Bukan lagi buku resepi emak, saya gunakan khidmat pakcik google yang baik hati. Tekan sahaja kata kunci 'cucur udang' berlambak akan jumpa. Saya rujuk blog ini sahaja - Dapur Tanpa Sempadan.


Bom Udang disebalik batu

Bahan-bahan
Tepung gandum
Yis segera (mauripan)
Udang
Lobak
Daun bawang
Daun saderi
Daun kucai
Taugeh
Lada merah
Bawang merah
Telur ayam

Bahan-bahan untuk sos
Lada merah
Bawang putih


Cara membuatnya
1. Siapkan bahan semua, udang dibersihkan dan lap guna tisu untuk kurangkan air. Sayur dipotong semua macam dalam gambar atau ikut suka hati.
2. Kemudian campur tepung, garam, gula dan yis. Ukuran ikut suka hati masing-masing. Gaul rata.
3. Pecahkan telur. Gaul rata dan sebati.
4. Masukkan air dan agak-agak sahaja, jangan terlampau lembik atau keras. Macam adunan buat jemput-jemput biasa...hihi, macam bom pisang semalam. Boleh tengok gambar dibawah.
5. Masukkan bahan selebihnya dan gaul rata.


6. Lupa nak bagitahu, saya bagi sedikit serbuk kunyit. Entah nak bagi warna kuning sedikit kot..hihi
7. Gaul sebati seperti dibawah. Biarkan sekejap tunggu yis berkerja dengan efisien.


8. Ok sekarang dah naik. Gaul lagi sebelum goreng. Seperti saya bagitahu semalam, supaya bila masuk kuali panas bom akan naik lagi cantik dan minyak tak masuk.


Tadaaaaa.....wah, best tak? ;)


Eh lupa nak bagitahu cara buat sosnya. Kisar guna blender lada merah dan bawang putih. Masak sehingga pekat, masukkan sos cili maggi, cuka jalen dan kicap jalen. Garam dan gula jangan lupa. Semua ukuran ikut suka lidah...hihi



Alhamdulillah,  selamat dibedil oleh mulut anak buah yang kebetulan balik. Siap plan boleh dijual dengan harga sebiji seringgit sebab besar sangat saiznya...hahaha


p/s : ekkk....dato tak jeles ke...hikhik

Menu ringkas untuk beraya.


Hi, Assalammualaikum. 

Selamat Hari Raya.  MAAF ZAHIR BATIN. 

Tulisan pantas ini dihasilkan. 
Untuk mengatasi masalah kurang oksigen.
Menu berhari raya semalam dikongsikan.
Untuk mood raya sentiasa diabadikan.

Bersama emak misi berpuasa.
Rasanya lama tak kongsi berdua.
Entah mungkinkah tahun depan masih ada.
Hanya Allah maha kuasa.





p/s: misi Bom Udang petang ini.....jangan lupa beli telur

Tuesday, August 12, 2014

Misi BOM kampung pisang.


Hi, Assalammualaikum. 

Selamat Hari Raya semua. MAAF ZAHIR BATIN. 

Jika siang tadi mata asyik nak melelap. Selepas dicuit, mata terus segar. Otak terus cari idea nak berfikir. Berfikir menu berbuka sempena berakhirnya misi berpuasa enam hari ini. Alhamdulillah.


Masih teringat masak lemak cili padi udang besar minggu lepas. Terkecewa tak dapat membeli ketam biru sebab sudah diborong pembeli lain. Ada baki udang lagi. 

Misi membuat cucur udang. Keluarkan udang dari peti ais. Kemudian mencari buku resepi kuih emak. Alamakkkkkkk....telur ayam takda.

Pening pening. Bebel sorang kat bilik belakang. Sambil kepala ligat fikir, takda telur tak menjadi ke cucur udang nanti?

Oleh kerana bimbang misi gagal. Terus tukar ke Bom kampung pisang.

Bahan-bahan :
Pisang
Tepung gandum
Soda bikarbonat
Yis kering (mauripan)
Gula
Garam

Cara membuat :
1. Pisang siap kupas. Letak sedikit gula dan garam untuk tambah sedap. Agak sendiri. Sudu kecil soda bikarbonat. Sudu kecil yis kering. 
2. Ramas semua bahan sampai lumat.
3. Tambah tepung. Pandai agak sahaja. Jangan terlampau lembik nanti goreng berminyak. Jangan terlebih tepung, nanti boleh buat bom ayam belakang rumah pula.

Kalau sama dengan cara saya, anda mungkin dapat hasil seperti ini. Tinggal sebentar nak beri masa untuk soda bikarbonat dan yis bekerja dengan efisien. Lebih kurang 20-30 minit. Bergantung masing-masing. Sebab saya tak set jam...hihi


Selepas tinggal sebentar, kacau lagi bahan diatas. Jangan risau kalau menurun sedikit. Macam buat donut, kena bagi turun sikit baru boleh goreng. Supaya dalam minyak akan naik cantik.

Tadaaa....cantik bulat Bom Kampung Pisang saya. Lalallaa....



Selamat Hari Raya semua. Selamat berpuasa enam di bulan syawal. 


p/s: hari ini percubaan spm peringkat sbp subjek fizik. Tahniah anak murid semua. Ada dua cabaran lagi. Jaga kesihatan, jaga diri yea..



Nota untuk ke toilet.


Hi, Assalammualaikum. 

Selamat Hari Raya semua. MAAF ZAHIR BATIN.

Hari ini sangat mengantuk.
Saya rapatkan pintu belakang.
Tarik kerusi biru.
Tuliskan sesuatu atas kertas putih.

Ok.


Eh, tak menjadi rupanya.
Baru lelap sekejap.
Jiran sebelah dah mencuit.
Huuuuuu....malu je ><


Monday, August 04, 2014

Teruja Aidilfitri 2014


Assalamualaikum. 


Sebulan berpuasa, Aidilfitri tiba.
Dahulu seorang, saat ini sudah berdua.

Hari raya, kita bergembira.
Bertemu mesra dengan sanak saudara.

Genap sebulan kita berpuasa.
Zakat fitrah jangan dilupa.

Ketupat rendang semuanya ada.
Jangan dilupa, makan berpada-pada.

Hulurkan tangan, kemaafan dipohon.
Agar tiada hati yang tersinggung.

Duit raya bukanlah kewajipan.
Berkongsi rezeki itu kegembiraan.
Biarpun kecil, itulah sedekah.
Yang menjadi amalan berkah.



Masanya masih panjang.
Perjalanan masih jauh.
Matlamat hingga ke Jannah.

Bimbing kami jika kami khilaf.
Maafkan kami andai tersilap.
Hati tersinggung dan terkecil harap dimaafkan.
Dari insan biasa yang sentiasa bersalah.




Maaf zahir batin.
Semoga Allah memberkati kita.