Saturday, July 19, 2014

Ingatlah orang yang tersayang.

Assalamualaikum, 

Selamat hari sabtu. Selamat berpuasa dan selamat berhujung minggu semua. Bagaimana persiapan raya semua? Apa yang paling penting sekali agaknya.

Berhari raya tahun ini masih lagi tak fikir baju raya. Sebab penggunaan duit sedang beratur secara rapat menjelang raya. Kenalah tunggu baki yang ada...hehe

Walaubagaimana pun, sempat juga menjengah http://www.colorblast.my sebelum puasa lagi...hehe. Perempuan nak menyambut raya mesti nak baju hampir seminggu kan. Harapnya ada rezeki la nanti....harap sangat :D

Sabtu sebelum berpuasa yang lepas, saya telahpun membuat servis kereta di Toyota Kluang. Memang kebanyakkan servis saya laksanakan disini kecuali raya tahun lepas, kesibukan sangat terpaksa buat di Johor Bahru. 

Sebenarnya hal berkaitan dengan kereta saya sangat malas ambil tahu. Malah mencuci kereta pun sangat malas ambil tahu. Berharap hujan turun untuk membuang habuk degil.

Apa bagusnya servis kereta di pusat servis bertauliah? Selain mendapatkan warranty 5 tahun pertama, pusat servis juga akan memberi khidmat nasihat penjagaan yang telah dilaksanakan sebelum ini, semasa di pusat servis dan seterusnya untuk akan datang. 

Mungkin harga perkhidmatan mencecah RM 200 agak besar nilainya. Namun bagi saya, untuk mereka yang memang tak tahu ianya sangatlah berbaloi. Memang tidak dinafikan hartar ke bengkel biasa boleh berjimat banyak. Dan nilai RM 200 boleh dialirkan ke tempat lain. http://www.toyota.com.my


Tapi jika ada kemungkinan lain suatu masa nanti,  kita juga yang akan menanggung akibatnya. Boleh jadi juga akan mengakibatkan kehilangan nilai tinggit yang lebih besar.

Kemudian, kadang-kadang sempena kesetiaan kita ke pusat servis yang sama, kita akan diberikan khidmat servis percuma. Ada masanya diskaun 50% untuk alat ganti tertentu. Terbaru saya dapat penjimatan minyak apatah...ok la kan. http://www.toyota.com.my

Terpulang masing-masing apapun, hanya pandangan peribadi sahaja. 

Terima kasih kepada Dato sebab sudi bangun seawal pagi. Berkerut memikirkan hal politik barangkali...hehe


Eh jangan siap, sabtu sebelum puasa yea. Paling best sebab disediakan minum pagi dan biskut..itu pun nak kira best ke...haha :P 

Sesiapa nak sarapan pagi percuma datanglah mana-mana cawangan http://www.toyota.com.my



Jeng...jeng..lepas tunggu satu jam dan setengah..kita makan eh eh...tengok tu dah senyum lebar..seronok dapat makan. Esoknya dah puasa. Hari ini makan puas-puas eh...eheheh...



p/s: macam nak makan kek la....adedede....canner tu.. ><



2 comments:

Terima kasih, may Allah bless you :)