Assalamualaikum.
Hi..selamat hujung minggu. Orang luar banyak yang berfikir mudahnya menjadi guru. Pergi sekolah awal dan balik juga awal. Sampaikan baru-baru ini saya terbaca status facebook rakan yang baru sahaja menjadi guru ganti menganggap kerjaya seorang guru hanya biasa-biasa sahaja jika hendak dibandingkan dengan kerjaya suaminya yang bergelar jurutera.
Bekerja sebagai guru ganti memang mudah. Anda sekadar mengganti guru yang bercuti. Dalam fikiran dan hati anda tidak terbeban dengan tanggungjawab melaksanakan dan menjayakan misi dan visi sekolah. Tekanan dari pihak pentadbir hampir tiada, sebab anda sekadar penganti. Jika masalah kemerosotan juga anda tidak akan tercalar jiwa dan raga.
Saya juga kurang minat hendak mengulas tugas sebenar dan realiti sebagai guru. Sehari semalam pun belum cukup hendak disenaraikan. Hanya mereka yang memahami yang lebih menghargai.
Bagaimanapun, kehadiran guru ganti banyak faedahnya bagi kami yang bergelar guru tetap. Anda membantu kami melaksanakan dan menjayakan program sekolah. Sumbanga tenaga kerja sangat dipeelukan, dikala kesibukan proses pdp. Saya pasti rakan guru semua berterima kasih dengan komitmen anda.
Walaubagaimanapun, jika kita saling bertolak ansur dan menghormati antara satu sama lain. InsyaAllah, kerjaya biasa-biasa juga akan menjadi luar biasa.
Selamat bersekolah orang Johor. Selamat tinggal Bukit Mertajam. Hari ini pdp saya hanya dalam bas.
p/s: saya hanya kerjaya biasa-biasa ini juga.. Alhamdullillah, rezeki kerjaya biasa-biasa ini terlampau banyak untuk dikongsi dan mengembirakan hati famili dan orang tua saya.
saya sekarang kerja jadi cikgu tadika pun rasa susahnya.. barulah terasa betapa beratnya tugas guru ni.. apatahlagi guru sekolah rendah dan menengah.... rasa menyesal dulu sebab tak dengar cakap cikgu..sekarang bila anak murid walaupun tadika tak dengar cakap cikgu hayi ni berdetik..macam ni la agaknye cikgu aku rasa masa aku buat hal... maafkan saya cikgu..halalkan ilmu yang cikgu dah curahkan..doakan masa depan saya cemerlang dan berjaya seperti cikgu... saya jugak doakan ckgu sehat sentiasa dan dapat berbakti kpada anak bangsa ... terima kasih cikgu..
ReplyDeletesaya sekarang kerja jadi cikgu tadika pun rasa susahnya.. barulah terasa betapa beratnya tugas guru ni.. apatahlagi guru sekolah rendah dan menengah.... rasa menyesal dulu sebab tak dengar cakap cikgu..sekarang bila anak murid walaupun tadika tak dengar cakap cikgu hayi ni berdetik..macam ni la agaknye cikgu aku rasa masa aku buat hal... maafkan saya cikgu..halalkan ilmu yang cikgu dah curahkan..doakan masa depan saya cemerlang dan berjaya seperti cikgu... saya jugak doakan ckgu sehat sentiasa dan dapat berbakti kpada anak bangsa ... terima kasih cikgu..

ReplyDeleteabah saya pesara kerja 'biasa-biasa' tu..tapi hasilnya sekarang anak ensem2..eh ada kaitan? :P
ReplyDelete