Sunday, March 02, 2014

Jatuh cinta dengan elektrik.


Hi, Assalamualaikum. 

Selamat hari ahad semua. Selamat bersekolah dan bekerja, juga selamat bercuti. Sepatutnya dan memang tak patut pun saya mencuri tulang masa untuk menaip dan meng'update' blog pada hari dan ketika ini. Tapi saya telah pun selamat menunaikan semua tuntutan kewajiban tugasan rasmi, dan baru sahaja dapat duduk dengan selesa ditemani tiupan udara penghawa dinggin. Huiiishh...sejuk dan lega rasanya.

Pada hari ini dan ketika ini, sebenarnya anak pelajar sedang mendudukki ujian 1 untuk sesi persekolahan 2014. Perjuangan pertama bagi mereka. Harapnya dipermudahkan dan berbaloi dengan usaha dan doa masing-masing.


Bulan Februari,  Alhamdulillah selesai mengajar bab elektrik. Semakin menakutkan pula mengajar Fizik tingkatan 5. Nampaknya saya mula jatuh cinta dengan elektrik. Sepanjang empat tahun saya mengelakkan diri membuat eksperimen berkaitan dengan perkara yang melibatkan bekalan elektrik. Tapi mungkin faktor kekurangan barang dan bahan yang sudah lapuk menyebabkan saya pejam mata sebelum ini.

Kebiasaanya,  menarik perhatian anak pelajar untuk mula mencintai Fizik dengan kita menggalakkan mereka dengan mencuba soalan yang Fizik mudah. Kita bagi mereka beberapa soalan dan tunjukkan cara menjawab serta betapa mudahnya menjawab soalan.

Tapi apabila muncul soalan dari bibir anak pelajar.
"Cikgu...ini contoh soalan SPM ke?"

Saya tersenyum. "Awak belajar semata-mata untuk periksa ke?"

Mereka terdiam. Seorang lagi bertanya. "Kenapa macam senang je cikgu....? Kalau periksa mesti susah"

Mukanya menunjukkan tak puas hati dan risau. Saya tidak terus menjawab, namun saya cepatkan paparan pengajarannya saya dan menunjukkan contoh soalan SPM sebenar.
"Ini contoh soalan SPM...awak semua lihat, soalan ini takda beza dengan soalan sebelum ini. Cuma....dia ubah sedikit kedudukan litar sahaja. Kalau awak semua seorang yang rajin membuat latihan, cikgu rasa pejam mata pun boleh jawab"

"Oooo....cikgu lain kali bagi soalan SPM je la...penat salin soalan."

"Kalau nak pandai...kenalah susah-susah dahulu"



Bila terlihatkan gambar ini. Saya tergelak. Kadang bukan soalan yang rumit. Tapi kepala kita yang serabut dan rumit. Lagilah rasa 'nebes' sebab tak cukup 'study' dan buat 'last minutes'.


Kemudian, macam kebetulan sahaja berjumpa dengan perkara berkaitan dengan elektrik. Kreatif kan...kat mana ada jual?


Ini contoh eksperimen mencari hubungan antara arus dan beza keupayaan. Atau lebih dikenali sebagai Hukum Ohm.

Sepanjang empat tahun,  ketakutan saya telah diatasi. Bila saya berjaya membuat eksperimen dan mendapat dapatan yang tak sangka. Sehingga pelajar saya kagum dengan kehebatan cikgu fiziknya....werkkkk, bukan nak kembang dan juga nak muntah rasanya dipuji dilambung tinggi. Takut jatuh.

Semua ilmu dari Allah, kita dipinjamkan seketika dan cuma menyampaikannya. Saya selalu ingatkan sesiapa, sama ada anak pelajar atau rakan dan adik beradik. Nak bertambah ilmu, kita berkongsi ilmu yang ada. Sedikit pun tidak berkurang, malah makin bertambah. Macam sedekah, banyak yang kita sedekahkan, banyaklah nikmat rezeki Allah bagi. InsyaAllah. 

Seperti mana pun perancangan kita. Pasti akan ada yang kita kurang jangkakan. Anak pelajar seramai purata 26 orang bukanlah robot dan bukanlah patung permainan yang boleh kita kawal secara fizikal. Semuanya mempunyai keupayaan, kekurangan dan kelebihan tersendiri.

Maka, janganlah salahkan anak pelajar jika berhadapan dengan perkara dibawah. Mungkin ada lohong-lohong yang perlu kita akui dan baikki.



Lagilah perlu muhasabah diri jika kita sendiri pernah buat semasa zaman persekolahan. Ataupun berbuat demikiaan semasa menghadiri kursus ataupun semasa mesyuarat. Tidak heran jika anak pelajar lakukan perkara sama.

Eh dah jam 2 petang.
Ok....sampai sini sahaja.
Tata, nak baliklah.

May Allah bless u.



2 comments:

  1. tahniah cikgu kerna anda berjaya buat eksperimen seperti pakcik Ohm buat dulu kala :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah je..? Tutti frutti mana? :P

    ReplyDelete

Terima kasih, may Allah bless you :)