Wednesday, February 05, 2014

Apakah jarak akan membuat awak berubah?


Assalamualaium.

Seorang pelajar mengadukan perubahan dirinya yang mengalami gangguan fokus pembelajarannya. Itupun setelah diselidik dan disoal siasat sebab dan kenapa keputusan akhir tahun mata pelajarannya sangat memeranjatkan sehingga berduka cita bukan sahaja dirinya, malah guru-gurunya.

Faktor jarak dengan keluarga dijadikan salah satu alasannya. Benarkah jarak boleh mengubah diri seseorang? 

Saya sering juga tertanya-tanya sendiri persoalan ini. Kalaulah jarak jauh yang dipersalahkan, apakah ada jaminan dekatnya jarak akan mengukuhkan keadaan?

Kalaulah jarak jauh dipersoalkan, maka hendaknya perlulah kerajaan membuat perancangan bukan sekadar tadika dan sekolah dibina berdekatan dengan rumah, malah kolej dan universiti harus dibina juga. Untuk menghasilkan generasi muda yang berkualiti dan berwawasan dimasa depan. Mungkin kan.

Kadangkala tidak dinafikan, jarak jauh menyebabkan pelajar lebih bebas dari mata keluarga lalu hanyut dengan dunia mereka sendiri. Ada sebilangan sahaja. InsyaAllah sebilangan sahaja.


Adakah jarak akan membuat awak berubah? 


Tepuk dada, tanya selera...hargai apa yang ada, bersyukur tidak berkira.


Yes!! I'm not sleeping

>.<


1 comment:

  1. ya!! berjauhan dengan keluarga boleh mempengaruhi perkembangan akademik pelajar sedikit sebanyak, mungkin kerana fokus dan fikiran mereka sudah bercambah2, jika dulu dengan keluarga mereka rasa selesa dan tenang, fokusnya tertumpu pada pelajaran shj..tetapi setelah berjauhan, mereka kurang tenang sebab kerinduan, tidak mahir urus diri, jika serius dan berterusan mampu beri hasil negatif pada pelajaran.. (pendapat ahli psikologi tak bertauliah)

    ReplyDelete

Terima kasih, may Allah bless you :)