Saturday, February 22, 2014

Kempunan tengok layang-layang lagi....


Hi, Assalamualaikum...

Sedikit kerugian lagi. Saya tak berpeluang lagi. Kecewa lagi.....



Cantiknya layang-layang ni........




Sesiapa tengah bercuti hari ini. Meh la datang...saya kempunan, 5 tahun dah....iskkkk, tahun depan wajib kosongkan Februari. Wajib2x!!!

Hari ini ada majlis penutupan pertandingan catur..peringkat negeri johor (MSSJ), dan sekolah jadi tuan rumah majlis penutup. Jam 12 dah kena stand-by depan sekolah....huhuhu


Wednesday, February 19, 2014

Kaki ayam boleh menggantikan susu...?


Hi...

Ada lagi nak kongsi hari ini. Banyak info saya dapat bila luangkan masa ber'deting' dengan pakcik google. 

Rupa-rupanya ada kebaikkan dan benarnya cakap-cakap mak saya masa zaman kanak-kanak. Mak kata orang tua pesan, makan kaki ayam bagus untuk cepat dan banyak berjalan. Ada yang kurang logik bila kata makan kaki ayam orangnya kaki jalan tak reti duduk rumah. Dan juga ada yang kata orangnya pandai berdikari dan cari rezeki.

Apa jua maksudnya, kesimpulannya memang jarang nak jumpa orang makan kaki ayam. Katanya geli, tak lalu sebab kaki ayam selalu kena najis dia. Eh tangan kiri kita pun apa kurangnya...kalau tak kena najis sendiri yang ada anak pun kena cuci najis anak. Dalam Islam pun ada sebut, bagaimana nak memastikan najis telah dicuci, salah satu syaratnya hilang bau, warna dan rasa. Maka? Kaki ayam kita bukan setakat kita cuci, sebelum itu kulit selaputnya yang keras perlu kita buang sebab keras, boleh rosak gigi.

Apa info yang saya dapat? Ada kajian yang mengatakan kaki ayam penuh dengan kalsium. Sama macam susu. Boleh kuatkan tulang. Sebabnya, tulang kaki ayam penuh dengan tulang rawan yang kaya dengan kandungan kalsium. Hebat kan. Baca ini http://sharingdisini.com/2012/12/10/tips-agar-anak-cepat-berjalan/#.UwUVuNjnChI.facebook

Apa rasanya? Rasanya sedap sangat-sangat. Macan-macan menu boleh kita buat menggunakan resepi kaki ayam. Ini beberapa resepi yang saya pernah makan. Gambar dari ehsan kasih sayang pakcik google.


Kaki ayam digoreng ranggup. Kalau sebelum goreng dibuang tulangnya lagi senang nak makan. Ini menu sesuai untuk mereka yang gigi kuat. Jangan berani cuba kalau pertama kali.


Kaki ayam disira sambal. Sebelum sira digoreng dahulu. Sedap macam sambal kupang. Ini pun hanya sesuai untuk mereka yang gigi kuat sahaja. 


Kaki ayam masak kari dalca. Biasanya dihidangkan bersama roti canai atau roti jala. Tak salah pun kalau nak makan bersama nasi putih, nasi goreng, nasi goreng USA pun boleh. Eh?


Kaki ayam kerabu mangga. Apa jenis buah boleh diggunakan. Rasanya macam tawar sedikit. Menu sihat untuk mereka yang diet kononnya. 

 

Kaki ayam dimasak sup. Menu ini paling mudah dan ringkas. Rasanya dimasak sup paling sedap bagi saya. Tapi semuanya saya suka. 


Haaaa...ini kaki ayam original.


Pengalaman ngeri dengan kaki ayam. Pernah saya berjumpa beberapa menu kaki ayam yang kebetulan agaknya pengusaha kedai tidak membuang kukunya. Terlupa barangkali, bukan salah pengusaha, mungkin pekerja tak cukup tidur dan rehat.

Apa yang ngeri bagi saya, bila berjumpa dengan seorang kawan yang masak kaki ayam tak buang kuku. Subhanallah, terperanjat saya. Super malas betul. Errrkkkkkkk? Jangan dia hidangkan begini pada suaminya sudah la...(dengar cerita dah beranak dua orang hero, Alhamdulillah....harap belum ada menu kaki ayam dimasaknya...hihi)


p/s: kalau dah pandai makan kaki ayam, saya pulangkan 5 mangkuk tutti frutti...hihi

Macam-macam kapal terbang...


Assalamualaikum. 

Kebanyakkan orang termasuk saya (kadang-kadang jeee..hehe) selalu memberikan tafsiran yang salah untuk perkara yang baru pertama kali dilihatnya.

Kebetulan tadi membuat soalan ujian, mencari gambar kapal terbang. Maka khidmat pakcik google digunakan. Teringat pula kenangan menaikki kapal terbang. Pertama kali. 

Masih lagi saya ingat bagaimana plan yang agak gila juga bersama teman baik untuk menunaikan imaginasi Ramlee Awang Murshid tentang kundasang dalam buku novelnya. Penangan saya asyik cerita tentang novel, dia juga turut teruja (macam lebih teruja) lalu kami sepakat untuk secara diam-diam menempah tiket kapal terbang ke Kota Kinabalu. Malahan, perancangan dan takwim sekolah langsung tak fikir sebab harga tiket cuma RM 0.50 sen sahaja. 

Kalau ini gambar teruja,  sebenarnya sepanjang perjalanan kami tak tidur atau buat kerja lain. Masing-masing tengok luar, tukar tempat duduk. Masuk toilet. Setakat 2 jam perjalanan, apa la sangat kan. Kawan siap order nasi lemak kalau tak silap, tapi tak makan sebab takut muntah. Ayat dia "kenangan". Saya pesan...."jangan simpan sampai busuk dah la....haha". 


Rasanya yang sempat melukis macam-macam begini mesti dah terlampau bosan dan juga kreatif.  Cute jugak kan,,, hihi


Terjumpa pula gambar komik jawi. Jom cuba baca jawi. Orang kata kalau nak tahu orang tu pandai mengaji atau tidak, cuba minta dia baca karangan jawi. Kata orang....entah betul ke tak..tak tahu la...



Ok, sekian....merepek siang hari. Esok khamis, esoknya cuti....dan esoknya...urmmmm...



Tajamkan mindaaaaaaa......


Assalamualaikum.

Alhamdulillah,  ahad lepas hujan turun lebat. Nampaknya jimatlah duit saya nak membasuh kereta yang berdebu, bertambah dengan setompok tahi burung seminggu yang lepas. Saya biarkan kereta bermandi hujan. Kesian dia kesejukkan main hujan, harap-harap jangan demam la yea. Hari tu kan dah bawa pergi klinik walaupun tak demam, melayang juta-juta rupiah tau...hihi

Alhamdulillah,  saya sudaha selamat menyiapkan soalan ujian bulan Mac beberapa minit yang lalu. Harap takda yang me'reject' usaha keras dalam kesejukan penghawa dinggin ini. 

Terlajak pula, saya nak kongsikan tips menajamkan minda. Petua pakcik google saya sahaja.


Malam tadi, sambil tengok television saya ternampak puzzle sudoku. Erm...rasa lama benar tak main game sudoku. Tak sangka makin lemah skill nak main game sudoku. Last resul tahun lepas entah bila boleh siap dalam masa kurang 2 minit. Malam tadi ambil masa dekat 10 minit. Haru betul laaa.... Adakah saya kurang fokus sebab menyaksikan fear factor ulangan yang dah 3 kali tengok. Atau memang otak saya lemah sangat. Tak boleh jadi ni...

Teringat pula, mendegkar permainan teka teki semasa mendengar radio pagi ke sekolah. Teka teki yang saya suka nak mencuba, tapi tak jumpa jawapannya. Dan sampaikan balik sekolah terus tengok facebook radio terbabit sebab nak tahu sangat jawapannya.

Jom cuba,

Kalau 1 = 4, 2 = 3, dan 3 = 4, berapakah nilai bagi sifar?

Hehe....jumpa ke jawapannyer....?

Saya dah dapat 5 mangkuk aiskrim tuttu frutti....heeee~


Wednesday, February 12, 2014

Satu Ratus Sahaja.


Assalamualaikum. 

Esok sudah hari khamis nampaknya. Hari ini hari rabu. Cuaca masih sama panas terik. Agak terasa sebulan bersekolah kulit macam dah gelap pula. Pergi balik sekolah sejak awal tahun memang tanpa menggunakan penghawa dinggin. Jimat minyak mungkin :P tapi sebenarnya tak mahu badan terkejut, sekejap terlampau sejuk, kemudian terlampau panas...boleh demam pula nanti.


Kalau emosi ok, rasa hari-hari nak menaip. Sampaikan tak tahu apa nak letak tajuk, dan kadang takda isi langsung. Sudahnya terpaksa dilabel sebagai 'draft' sahaja.

Kadang pula, elok ada isi dan tajuk. Tapi bimbang pula menyinggung perasaan dan emosi orang lain. Bimbang juga niat sebenarnya disalah tafsir. Baiknya pun disimpan sebagai 'draft' sahaja juga.

Tapi akhirnya satu persatu terpaksa di'delet' sebab terlampau banyak 'draft'. Selepas ditapis banyak buruknya dari baiknya. Ada juga sesetengah yang ter'post' juga rasa bimbang disalah fahamkan. Semoga Allah mengampuni kekhilafan saya.

Apapun....
Selepas hari ini cuma seratus sahaja lagi...



May Allah bless him ;)

Tuesday, February 11, 2014

yang jernih diambil, yang keruh buang jauh-jauh


Assalamualaikum. 

Minggu lepas, sempat berborak secara maya dengan seorang kawan yang baru dua bulan berkahwin. Mulanya beliau risau kerana rakan yang majlisnya lebih kurang dengan hari bahagianya telah pun hamil. 

Pada mulanya, saya kurang minat nak memberikan sebarang komen lanjut jika melibatkan perkara-perkara yang belum menjadi pengalaman lagi. Cuma kebiasaanya saya sekadar mengingatkan,  rezeki Allah dah tentukan. Harta, jodoh, anak-anak semuanya rezeki Allah dah tentukan. Masing-masing ada rezeki masing-masing. Mungkin kurang rezeki disini, tapi Allah limpahkan ditempat lain pula. Yang penting yakin, usaha dan doa banyak-banyak.  

Kemudian, saja saya ingatkan beliau ada mengambil apa-apa makanan tambahan atau diet tertentu. Vitamin atau mengambil makanan sunnah. Jawapan beliau "nak mencuba secara semula jadi", kalau terpaksa baru ambil set kesuburan.

Macam mana nak cakap kan. Seolah-olah kita nak ambil peperiksaan tapi tiada usaha yang lebih. Kita nak ambil peperiksaan, kita terlampau bergantung pada nota dan latihan cikgu bagi. Tapi tak mencuba soalan peperiksaan dari sekolah, daerah lain. 

Mengamalkan makanan sunnah. Makanan sunnah bukan set subur. Makanan sunnah adalah diet terbaik untuk sistem badan kita. Semua rasanya tahu apadia makanan sunnah. Boleh google. Contoh minum susu, sunnah Rasullullah. Bagus untuk tulang sebab banyak kalsium. Kurma pula bagus untuk penghadaman usus. Nilai gula dalam kurma pula tidak akan menyebabkan kencing manis atau diabetes kalau terlebih diambil. Kismis pula, bagus untuk kecergasan minda, meningkatkan tumpuan. Masukkan makanan sunnah dalam menu harian, insyaAllah dapat pahala dan dapat kesihatan terbaik.

Kurangkan makan 'fast food' dan banyakkan makan sayuran dan buah-buahan. Ini pun salah satu usaha, nak pastikan badan proses makanan yang sihat. Kurangkan toksik dalam badan. Amalkan makan buah setiap hari pagi dan malam dan juga banyakkan minum air insyaAllah semua toksik akan disingkirkan dalam badan. Ada terbaca, amalkan selama seminggu boleh menurunkan berat badan sehingga 5 kg. Cubalah.

Ada juga saya bertanyakan sama ada beliau mengambil asid folik. 'Apa tu asid folik?'

Laaaa........hai isteri, hai suami, bakal-bakal isteri dan bakal-bakal suami. Semasa bujang terlampau sibuk barangkali mencari pasangan dan sibuk membuat perancangan perkahwinan agaknya. Mungkin terlampau sibuk membaca hendak menjadi isteri dan suami solehah. 

Asid folik ni apa? Penting ke?
Asid folik secara ringkas adalah sejenis vitamin dalam kumpulan vitamin B. Asid folik menurut kajian boleh diambil seawal 3 bulan bagi mereka yang merancang kehamilan ataupun sejurus mengetahui dirinya hamil. Sebabnya dapat mengurangkan seterusnya mencegah kelahiran bayi pra matang dan kecacatan bayi. Penting atau tidak bergantung kepada kesedaran masing-masing. 


Saya kurang minat nak komen banyak. Info lanjut boleh google sendiri. Saya tinggalkan beberapa link yang sempat saya kongsikan dengan rakan saya.



Kadang-kadang saya agak pelik mereka yang menggunakan telefon cangih tapi tak menggunakan secara maksimum. Teknologi dihujung jari tapi mencari ilmu sangatlah payah rupanya. 

Mencari ilmu bukan sekadar belajar disekolah, buat ijazah pertama, master dan phd. Bukan sekadar yang dicetak pada sekeping sijil. Mencari ilmu dimana-mana,  tapj perlunya akal untuk bijak menapis maklumat yang kita dapat. Supaya yang jernih diambil, yang keruh buang jauh-jauh. 


Saturday, February 08, 2014

Layang-layang di Sagilllll...


Assalamualaikum. 

Hai semua. Musim panas masih berlarutan lagi. Angin pun bertiup kuat, sesuai main layang-layang. Dalam hati dah seminggu dua juga terfikirkan nak berjalan masuk Kg Sawah Parit Sagil, bukan kat muar yeaa...ni kat Air Hitam.

Alhamdulillah, petang ini dapat sampai juga. Siap rancang nak ber'piknik' tepi sawah. Memang jakun la juga sebenarnya. Angah siap masak laksa penang, saya goreng keropok lekor, along sponsor air oren. 



Paling seronok akhirnya dapat juga menaikkan layang-layang yang dari minggu lepas tak boleh dinaikkan kat depan umah. Bukan salah layang-layang,  tapi angin yang kurang kuat kat depan umah.

Layan budak-budak. Saya dapat naikkan, lepas tu anak buah yang jaga. Bila layang-layang jatuh, kena naikkan balik. Lepas penat, sibuk menyauk ikan sepat. Hihi...

Misi seterusnya, insyaAllah Pantai Minya Beku, Batu Pahat.  Oh yea...tentu juga nak ke sawah padi kat Sagil,  Muar...itu pun kalau ada yang sudi ajak...ajak-ajak ayam pun takpe la...hahaha...:P

Ok, selamat malam semua.

Esok sekolah, jaga diri semua.

May Allah bless u. 





Thursday, February 06, 2014

Kejutan.


"Terima kasih cikgu. Maafkan kami cikgu. Doakan kami dapat Fizik A+ cikgu. Kami sayaaang cikgu. Muah muah."

Terkedu saya. Kalau muka saya jenis cepat merah sebab segan dan malu. Tentu dah macam udang terbakar warnanya.

Anak-anak pelajar suka buat kejutan. Mood sebab tak rasa puas hati diawal kelas tadi sebab mereka tak buat kerja pun jadi lembut sahaja. Balik kelas hati senang. Sebab? Manusia kan....lagi-lagi perempuan. Lemah dengan pujian. Hisshhhh.....

Mudah sebenarnya nak ambil hati orang lain. Buat baik dan berikan penghargaan. Buat baik dengan sekadar memaniskan muka pun cukup berkesan dihati orang lain. Memberikan penghargaan bukan bermaksud memberikan hadiah, tapi penghargaan dengan menghargai orang lain dan yang paling mudah memberikan pujian ikhlas dan mengucapkan terima kasih. Mengalah dengan meminta maaf juga boleh menyebabkan hati seseorang cair. 

Satu lagi yang mungkin kurang kita tekankan dan perasankan. Memberi kepercayaan dan membina kepercayaan. Jangan sesekali kita musnahkan kepercayaan seseorang. Mungkin sekali dua boleh dimaafkan. Kadangkala bagi seorang perempuan, boleh lebih dari dua dan tiga...kadang pun boleh lagi sebab rasa kasih dan sayang. 

Namun bagaimanapun kemaafan diberikan, ingatlah calarnya masih berbekas di dalam hati. 

Hormati guru. Hormati orang lain disekeliling anda. Hargai dan raikan mereka.


Semoga lebih banyak tersenyum.

May Allah bless you. 

Take care.


Wednesday, February 05, 2014

Apakah jarak akan membuat awak berubah?


Assalamualaium.

Seorang pelajar mengadukan perubahan dirinya yang mengalami gangguan fokus pembelajarannya. Itupun setelah diselidik dan disoal siasat sebab dan kenapa keputusan akhir tahun mata pelajarannya sangat memeranjatkan sehingga berduka cita bukan sahaja dirinya, malah guru-gurunya.

Faktor jarak dengan keluarga dijadikan salah satu alasannya. Benarkah jarak boleh mengubah diri seseorang? 

Saya sering juga tertanya-tanya sendiri persoalan ini. Kalaulah jarak jauh yang dipersalahkan, apakah ada jaminan dekatnya jarak akan mengukuhkan keadaan?

Kalaulah jarak jauh dipersoalkan, maka hendaknya perlulah kerajaan membuat perancangan bukan sekadar tadika dan sekolah dibina berdekatan dengan rumah, malah kolej dan universiti harus dibina juga. Untuk menghasilkan generasi muda yang berkualiti dan berwawasan dimasa depan. Mungkin kan.

Kadangkala tidak dinafikan, jarak jauh menyebabkan pelajar lebih bebas dari mata keluarga lalu hanyut dengan dunia mereka sendiri. Ada sebilangan sahaja. InsyaAllah sebilangan sahaja.


Adakah jarak akan membuat awak berubah? 


Tepuk dada, tanya selera...hargai apa yang ada, bersyukur tidak berkira.


Yes!! I'm not sleeping

>.<


Sunday, February 02, 2014

Tasik Y penuh Dinosaur.


Hi, Assalamualaikum. 

Hari ini melayan si kecik yang ini pula. Awal-awal pagi dah sibuk bersiap nak berjalan. Banyak tempat nak berjalan. Selepas tak sedarkan diri bertapa di kedai kain hampir 2 jam setengah, saya layankan mereka semua ke Tasik Y Batu Pahat. 

Warga Batu Pahat, jangan lupa tempat jatuh lagi dikenang. Dulu kecik-kecik mesti tempat 'feberet' kalau berjalan kan.

Tapi budak kecik takut....erm....
Sibuk dalam kereta nak tengok Dinosaur.  Tengok dari jauh, ajak bergambar takut pula. Alahai.....





Eh eh...ada kek pulak...hahaa

Terima kasih daun keladi,

Panjang umur jumpa lagi,

Mudah-mudahan murah rezeki,


May Allah bless u. 

 :)

Saturday, February 01, 2014

'peace' dari Kelantan.


Assalamualaikum. 

Hari ini penghujung bulan Januari. 31 hari sudah tahun 2014. Sekejap sahaja masa berlalu. 

Cuaca sejak Krismas tahun lepas rasanya berangin dan sejuk. Walaupun panas terik, angin kuat bertiup. Bila tiba malam, sejuk sangat. Tapi ada bagusnya cepat sejuk malam-malam, solat Isyak cepat-cepat buat sebab kalau terlewat malam sikit terpaksa la bersejuk air batu nak mengambil wudhuk. Bila malam pun, cepat tidur juga sebab bila dah lewat sangat rasa susah nak lelap sebab tak tertahan sejuk. Stokin memang dah jadi perkara wajib, ditambah selimut dan alas kain batik lagi..kiranya 'double' selimut.

Itu cerita pasal cuaca, setakat bersekolah bulan Januari ini dua kali badan kurang sihat. Sekarang ini pun, seminggu bersakit tekak belum baik. Apabila sudah jemu berpantang itu ini, akhirnya perkena ais coolblog laaaa....hihi

Kemudian, hari ini hiburkan hati berjalan pula. Membawa delegasi kununnya dari Kelantan.... Hari ini cuaca sangat panas, tak pasti sebab ditepi pantai sebab itukah terasa panas atau memang panas hari ini.

Perancangan awal setakat berjalan di Pantai Punggor. Tapi jam 3.30 petang memang sangat panas. Macam nak menjemur ikan masin je datang awal bebenor. Kemudian terus la 'terancang' ke Tanjung Piai, Pontian penghujung benua asia. 



Emak saya pun dah pandai buat 'peace'...hahaha. Saya dah banyak kali sampai sini. Siap dah ada sijil. Harga sijil RM 5 sahaja. Ramai pelancong dari Singapore semalam. Mereka beraya Tahun Baru Cina pun kat Malaysia.

Eh mana delegasi dari Kelantan kan. Mana gambar mereka. Dah terpisah dan buat hal masing-masing. Teruja agaknya. Macam saya masa pertama kali ke sini. Haha.... Walaupun kali ketiga, tetap teruja, gembira dan rasa nak ke sini lagi...hihi. Sesiapa rasa nak menaklukki penghujung benua asia. Bolehlah kita pergi sama-sama. InsyaAllah.

Misi untuk hari ini? Erm....memang biasa tak dirancang.


May Allah bless u. 

Take care.



p/s : bucukkkk