Sunday, November 17, 2013

Selangkah Ke Hadapan.


Assalamualaikum. 

Hi semua. Sihat hendaknya. Alhamdulillah, hari ini dapat berehat dan selamat mengakhiri kursus 5 hari 4 malam di Hang Tuah  World Heritage Hotel, Melaka. Kursus Pembangunan Professional Berterusan (Continuing Profesionalisme Development) ataupun lebih mudah disebut kursus CPD ini merupakan wajib dalam perkhidmatan bagi sesiapa yang berada dalam bidang perguruan yang telah berkhidmat dalam tempoh 3 hingga 4 tahun. 

Bukan senang nak menjadi guru. Walaupun nampak mudah bagi mereka yang hanya bergelar guru ganti ataupun guru sandaran yang hanya berkhidmat selama 3 bulan mungkin. Maaflah kalau saya berkata, yang menjadi guru ganti dan guru sandaran kebanyakkanya sebab dah tak mampu mencari kerja lain dan mengambil jalan mudah. Tolonglah cari kerja yang bersesuaian dengan degree yang diambil. Tapi kalau betul berminat, guna cara yang betul ambil kurus perguruan ataupun diploma perguruan. Bidang pendidikan bukan semudah abc yang boleh sesiapa jadi bidan terjun. 




Inferens awal berdasarkan pengalaman kawan-kawan. Banyak berkata, sangat boring kursus ini kerana terlampau lama tempohnya. 

Sepanjang kurus ini jumpa ramai cikgu dari daerah Batu Pahat, Pasir Gudang, Kota tinggi, Johor Bahru dan Kulai. Dalam kumpulan sepatutnya ada 10 orang. Tapi maklumlah, masing-masing ada kengkangan. Dibahagikan dalam kumpulan beberapa kali, mulanya ikut bulan dilahirkan . Kemudian warna kegemaran dan makanan kesukaan. Akhirnya dibuat secara rawak dengan sebut nombor ulangan. 

Alhamdulillah, mungkin rezeki kami. Menang tempat kedua keseluruhan bagi kerjasama, hasil kerja dan pembentangan. Memang tak sangka sebab ada dua kumpulan lagi yang memang hebat belaka. Tahniah juga kepada pembentang utama kami ustazah Siti Aishah yang berjaya merangkul panel forum terbaik.


Dalam slot pertama terus dikerah mencari nama kumpulan. Pelan sekolah Bestari wawasan yang kumpulan kami harapkan dan idamkan. Kemudian membuat misi dan visi sekolah. Merancang pembangunan sekolah. Dalam masa 10 minit memikir dan bentangkan dihadapan dewan dalam masa 3 minit. Gambar diatas antara hasil kerja kami dalam kumpulan.

Kesimpulan akhir bagi saya. Sama ada kursus ini seronok atau tidak semua bergantung kepada penceramah yang kita dapat. Selain itu, bergantung kepada kesediaan kita untuk menerima input secara positif untuk diterapkan dalam PdP dalam kelas.

Berburu ke padang datar,
Dapat kuda berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

1 comment:

  1. Beli loyang duit melayang,
    Guru cemerlang murid pun sayang :)

    ReplyDelete

Terima kasih, may Allah bless you :)