Friday, September 20, 2013

Salah anggap.



Orang selalu dan banyak salah anggap. 
Bila seseorang belum berkahwin, mereka anggap orang belum berkahwin banyak masa lapang. Boleh bekerja 50% lebih banyak dari orang yang sudah berkahwin. Mereka yang belum berkahwin belum ada komitmen berkeluarga. Mereka yang belum berkahwin lebih bahagia sebab tak perlu memikirkan anak dan suami/isteri. Mereka yang belum berkahwin lebih kaya dan senang hati sebab duit belanja tak perlu nak dibahagikan kepada keperluan keluarga sendiri (sebab fikir orang belum berkahwin tiada keluarga).

Eh? Eh?
Apakah orang belum berkahwin semuanya anak yatim piatu? 
Apakah orang dah berkahwin semuanya menjadi "complicated"?
Apakah orang yang berkahwin menjadi miskin tiba-tiba?

Kalau begini fikirannya, patutlah apabila mereka yang sudah berkahwin mula mengeluh dengan keluarga sendiri dan keluarga mentua. Mula berkata mak ayah sendiri atau mak ayah mentua, juga tidak terlepas ipar duai dan suami/isteri sendiri sukar difahami. Terjadilah situasi "diluah mati mak, ditelan mati bapak". Kerana mereka ini semasa belum berkahwin adalah anak yatim piatu. 

 “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Allah dah janji. Rezeki sentiasa ada walaupun sebelum dan selepas berkahwin.  Jangan lupa mak ayah tiap kali terima gaji. Sedikit pun tak mengapa, kerana nilai yang sedikit dapat mengembirakan tak terkata hati mereka. Banyak mana pun kalau tiada keberkatan, memang tak akan cukup. Itulah timbul mengeluh sibuk bekerja, mengeluh duit tak cukup dan paling tidak munasabah mengeluh dan mempertikaikan orang lain yang belum berkahwin itu dan ini. 




Siapapun dan dimana situasi kita sama ada sebelum dan selepas berkahwin.  Kita kena bersyukur. Rezeki Allah ada dimana-mana. Kita kena redha jika berkahwin dengan perempuan/lelaki yang telah kita pilih. Allah tak bebankan kita dengan dugaan yang tak mampu kita tanggung. Membandingkan diri kita dengan orang lain seolah mempertikaikan rezeki Allah.



p/s:Salah anggap mereka yang kurang bersyukur. Allah dah kurniakan jodoh dengan seorang suami sebagai tempat berlindung. Malah, Allah masih kasihkan mereka dengan mengurniakan anak-anak pula. Dimanakan sifat kesyukuran mereka?

1 comment:

Terima kasih, may Allah bless you :)