Sunday, September 29, 2013

Hujan Songsang.




Hari ini selamat berakhir Program Seminar Hikmah pelajar melayu tingkatan 5. Berminggu juga memikirkan program ini. Program tidaklah sebesar mana. Tidak juga serumit mana. Cuma memerlukan kerjasama beberapa pihak, berkomunikasi, bertolak ansur dan pemahaman orang. Amatlah dibimbangi.

Alhamdulillah,  bernasib baik sebenarnya hari sabtu semalam merupakan sekolah ganti. Kehadiran pelajar biasa sahaja. Bolehlah menutup kekurangan yang ada. Dijangka hadir untuk sekolah SMK Permas Jaya adalah 50 orang, SMK Permas Jaya 2 dan 3 dalam jumlah 50 orang. Malangnya sekolah sendiri hanya 23 orang. Mujurlah En. Zool, pegawai kemanusiaan dari PPD tidak berkata apa. 

Hari ahad. Jam 5 pagi hujan turun mencurah-curah. Terjaga dari tidur, terus tak boleh lelap mata memikirkan kehadiran hari ini. Apalah kisahnya. Terus susah hati.

Seperti hipotesis saya apabila hujan bermula pagi tadi. Semakin meningkat kadar hujan yang turun, semakin berkurang kadar kehadiran pelajar. Hanya 41 pelajar dari tiga buah sekolah. Hubungan berkadar songsang.

Kadar hujan yang turun berkadar songsang dengan kehadiran pelajar. Hujan songsang.  Urm.....

Esok sekolah daaaa.....senyum banyak-banyak ;)

Sekian.


Monday, September 23, 2013

Sebelum menutup mata.




Selamat Pagi Isnin.

May Allah bless...


Saturday, September 21, 2013

Terlampau Extreeemmmmm.....



Apabila kita mempercayai sesuatu atau seseorang. Kita telah mengetahui atau mengenali sesuatu dan seseorang terlampau lama. Kepercayaan kita akan menjadikan kita seteguhnya akan menyokong sesuatu atau seseorang. 

Apabila dikhabarkan sesuatu yang mencuit kepercayaan dan kesetiaan kita terhadapnya, banyak yang saya lihat tidak dapat menerimanya. Malah menolaknya 100%. Terpancullah ayat 'tidak mungkin'.

Gambar diatas saya kongsikan sebab pengedar, penjual dan pengguna produk Herbalife terlampau extreme dengan kenyataan dan perkongsian Dr. Zubaidi. Sedangkan Dr hanya memberi ingatan supaya berjaga-jaga.

Makan apa pun ada risiko. Dimana pun kita berada ada risiko. Semunya berbalik kepada kesederhanaan. Sederhana  makan, sederhana tidur, sederhana berbelanja. Tapi jangan sederhana amal ibadat yang wajib pula. 

Yang baik kita ikut.



Waktu yang berubah.



Sejak naik sekolah selepas cuti raya. Banyak perkara berubah. Tidak lagi terkejar dengan silibus matapelajaran. Pelajar dah mula dengan peperiksaan percubaan. Selesai percubaan berubah dengam teknik menjawab. Kemudian berubah kepada gerak gempur. Hanya tinggal 5 minggu sebelum spm sebenar.

Sejak menjengah bulan Zulkaedah. Jadual solat juga berubah. Kalau bulan Ramadhan, waktu solat Maghrib perkara paling penting untuk diingati. Sekarang ramai masih terbuai-buai dengan waktu bulan Ramadhan. Sedangkan segalanya sudah berubah. Waktu Syuruk jam 6.55. Apakah terjadi bila solat jam 7.00 pagi kerana terbiasa dengan rutin harian? Termasuk dalam kes sengaja ke? WaAllah ualam....

Semuanya berubah. Kita mengubah jadual belajar disekolah mengikut keperluan semasa. Sebagai persediaan menghadapi peperangan spm nanti. Allah mengubah jadual solat waktu atas kehendaknya yang Dia lebih tahu. Siapa kita nak persoalan perancangan yang diluar kuasa kita? 

Tentunya perancangan Allah yang lebih baik.
Yang menjadi paling penting, kita redha dan bersyukur.

Jaga diri semua..





Friday, September 20, 2013

Salah anggap lagi!!




Surat khabar pilihan pembaca hari ini sepakat keluarkan tajuk akhbar dengan penuh spekulasi. 

Penat lelah cikgu cikgi hari ini tiada nilai dimata sesiapapun. Faktor terpenting dan terbesar adalah guru. Apapun tindakan guru, bukanlah bertujuan menyakitkan emosi dan fizikal pelajar mereka, semua bertujuan mendidik. Guru semua amnya nak pelajarnya menjadi manusia yang dihormati oleh masyarakat dan membentuk masyarakat akan datang. Jikalau sekarang cikgu tidak menegur dan membentuk mereka sekarang. Apakah kesannya masyarakat akan datang?

Baca selanjutnya disini

Salah anggap.



Orang selalu dan banyak salah anggap. 
Bila seseorang belum berkahwin, mereka anggap orang belum berkahwin banyak masa lapang. Boleh bekerja 50% lebih banyak dari orang yang sudah berkahwin. Mereka yang belum berkahwin belum ada komitmen berkeluarga. Mereka yang belum berkahwin lebih bahagia sebab tak perlu memikirkan anak dan suami/isteri. Mereka yang belum berkahwin lebih kaya dan senang hati sebab duit belanja tak perlu nak dibahagikan kepada keperluan keluarga sendiri (sebab fikir orang belum berkahwin tiada keluarga).

Eh? Eh?
Apakah orang belum berkahwin semuanya anak yatim piatu? 
Apakah orang dah berkahwin semuanya menjadi "complicated"?
Apakah orang yang berkahwin menjadi miskin tiba-tiba?

Kalau begini fikirannya, patutlah apabila mereka yang sudah berkahwin mula mengeluh dengan keluarga sendiri dan keluarga mentua. Mula berkata mak ayah sendiri atau mak ayah mentua, juga tidak terlepas ipar duai dan suami/isteri sendiri sukar difahami. Terjadilah situasi "diluah mati mak, ditelan mati bapak". Kerana mereka ini semasa belum berkahwin adalah anak yatim piatu. 

 “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Allah dah janji. Rezeki sentiasa ada walaupun sebelum dan selepas berkahwin.  Jangan lupa mak ayah tiap kali terima gaji. Sedikit pun tak mengapa, kerana nilai yang sedikit dapat mengembirakan tak terkata hati mereka. Banyak mana pun kalau tiada keberkatan, memang tak akan cukup. Itulah timbul mengeluh sibuk bekerja, mengeluh duit tak cukup dan paling tidak munasabah mengeluh dan mempertikaikan orang lain yang belum berkahwin itu dan ini. 




Siapapun dan dimana situasi kita sama ada sebelum dan selepas berkahwin.  Kita kena bersyukur. Rezeki Allah ada dimana-mana. Kita kena redha jika berkahwin dengan perempuan/lelaki yang telah kita pilih. Allah tak bebankan kita dengan dugaan yang tak mampu kita tanggung. Membandingkan diri kita dengan orang lain seolah mempertikaikan rezeki Allah.



p/s:Salah anggap mereka yang kurang bersyukur. Allah dah kurniakan jodoh dengan seorang suami sebagai tempat berlindung. Malah, Allah masih kasihkan mereka dengan mengurniakan anak-anak pula. Dimanakan sifat kesyukuran mereka?

Thursday, September 12, 2013

Khamis : Hari Spontan...



Assalamualaikum, hai...lama tak menaip rasanya. Semalam bukan sengaja memuat naik gambar sekuntum bunga ros merah jambu yang dicuri secara tidah sah melalui pakcik google. (Mencuri ada yang sah ke?)

Apa tujuan memuat naik dan sepotong ayat "Hari Tanpa Kata-kata" ?

Ok, sebenarnya sebelum ini saya tertanya-tanya kenapa setiap hari rabu akan ada banyak post dari blogger berbunyi "Wordless Wednesday" . Kemudian ada sebuah gambar. Kadang saya tak faham pun maksud gambar mereka. Tak taip pun sikit mengenai gambar tersebut. Dalam hati berkata "apa kes?"

Maka, saya berdating la sekejap dengan pakcik google semalam nak tahu sangat sebab dan akibat perbuatan mereka. 

Rupanya, sudah menjadi tabiat dan kebiasaan yang diperkenalkan oleh blogger luar negara, (entah siapa saya lupa) mengalakkan blogger terus aktif menulis blog masing-masing dengan mengadakan hari rabu tanpa kata-kata. Kadang blogger sangat sibuk, lagilah hari rabu yang menjadi puncak hari bekerja. Nak memastikan blogger terus aktif, maka blogger digalakkan upload gambar apa sahaja. Sebab gambar menceritakan seribu patah kata. Maka, sibuk macam mana...blog masing-masing masih lagi bernyawa. 

Kemudian, muncul pula "Spontaneous Thursday". Blogger boleh kemaskini blog masing-masing,  dengan menaip apa sahaja yang terfikir di kepala, atau terpapar di mata.

Tapi saya menaip hari ini bukan sebab secara spontan. Tapi takut terlupa info ini. Memang tabiat pelajar yang mengambil peperiksaan agaknya. Peperiksaan yang mengambil masa 2 jam, satu jam pertama semua merenung syiling macam nak pecah. 30 minit seterusnya mula merenung lantai pula. 30 minit terakhir, mulalah sengal kepala menoleh kanan dan kiri. Tapi bukan sebab sengal yang utama, semuanya sebab mencari peluang. Semua pasti pernah buat. Kan? >, <




Begitulah ceritanya.....jadi, apa maksud gambar saya semalam? Jomlah sama-sama kita berteka-teki membuat spekulasi. Kalau rasa ada, bolehlah berkongsi...hih ;)




Wednesday, September 11, 2013

Hari Rabu Tanpa Kata-kata



Hari Rabu Tanpa Kata-Kata

Apa maksudnya? 




Tunggu.

Monday, September 09, 2013

Sekarang boleh pergi...


Akhirnya, tamat 25 + 1 episod drama bersiri 'Cinta Jangan Pergi'. Bersemangat dan sangat mencabar misi menghabiskan drama bersiri ini. Hampir 5 bulan agaknya dah selamat melabuhkan tirainya di tv9. 



Kisahnya berkisar tentang kisah percintaan Khalil dan Lea Suraya yang terhalang disebabkan keadaan. Kebetulan yang tak disangka menjadi realiti.

Semestinya cerita melayu akan berakhir dengan "hepi ending". Tapi jalan cerita masih mempunyai kelainan. Kalau tak silap adaptasi novel. Mungkin kot...



Sebenarnya,  tersangat teruja nak tengok cerita ini sebab penerbit dan pengarah yang sama drama "Nur Kasih".

Lagi satu, gambar dan pandangan pemandangan lawa sangat. Tengoklah sendiri.....gambar semua lawa.




Walaupun watak Doktor Hudd agak tak disangka dipenghujung cerita. Tapi saya suka....sebab Hudd berani berterus terang dan yang orang sangat penyabar. Sangat baik hati. 




Kalau ada masa..bolehlah tengok cerita ini. 


Wednesday, September 04, 2013

Saya tak tengok....!!


"Cikgu, soalan susah tak..."
Senyum.

"Cikgu...banyak topik apa yang keluar ek.."
Tarik nafas panjang. Senyum.

Soalan bertubi keluar. Sama susah menjawab soalan fizik rasanya. Mungkin juga makin susah. Mereka berbincang. Membincangkan soalan yang bertujuan mendapatkan soalan bocor. Bukan soalan periksa fizik. Empat mata saya sekadar memerhati.


"Cikgu...cikgu tengok tak soalan exam ni...."
Tergelak.....tarik nafas dalam-dalam. Akhirnya soalan yang saya tunggu muncul juga. Soalan yang mampu saya jawab.

"Cikgu tak tengok..."

"Kenapa?"

"Sebab tak sanggup..."

"Tak sanggup apa?"

"Tak sanggup berbohong...kalau cikgu tengok, mesti cikgu kena jawab macam-macam soalan yang awak bagi tadi...kalau tak tengok, jawapannya pendek je.....jangan susah hati....apa pun yang keluar soalan periksa nanti...awak banyak-banyak redha je la..." 

"Alaaa...."

Stategi mereka gagal. Tak mengapa, usaha lagi. :)






Tuesday, September 03, 2013

Wow....jom belajar bahasa Alien..

Hi, Assalamualaikum...

Selamat Pagi..harap semua dah selamat Subuh juga. Semalam hujan lebat...tapi bukan penghalang untuk rakyat Malaysia berpusu-pusu memenuhkan tangki kereta masing-masing. Saya sendiri kurang pasti kepenuhan tangki kereta mereka boleh mencapai untuk berapa km dan bertahan sehingga berapa bulan agaknya. 

Sebab minyak sudah menjadi keperluan wajib. Suka atau tidak, memang kena diisi. Suka atau tidak, tangki kereta saya tidak mungkin dapat menampung minyak sehingga sebulan tanpa bergerak. Maka, tak menjadi kewajipan untuk saya sibuk beratur di stesen minyak malam semalam. Rutin harian saya tetap sama pergi dan balik sekolah. Hujung minggu masih sama masih pasti berada di Batu Pahat. Tiada apa yang berubah. 

Apa pun yang berlaku, jangan mudah melenting. Semua ini bukan perancangan kita, redha dan sabar sebaik-baik pengubat hati. 


Jangan banyak fikir, jangan buat banyak spekulasi. Jom belajar bahasa alien. Pertama di Malaysia. Jangan ketinggalan.





Ok semua, InsyaAllah....siapa yang dapat membaca dengan baik, seorang yang sangat terang hatinya, penuh rahmat dari-Nya.

Kalau sudah tahu baca, kongsikan kepada orang yang seharusnya layak untuk disampaikan. Jangan kedekut ilmu tau...hihi...


Jaga diri semua, terus berlari mengejar mimpi....






Monday, September 02, 2013

Gambar oh gambar...




Saya suka tangkap gambar. Bukan bermaksud sangat pandai tangkap gambar. Dulu ada kamera sendiri, beli guna duit kerajaan bagi. Suka tangkap macam-macam gambar. Tapi masih tetap tak pandai mencari sudut terbaik menangkap gambar. Tapi tetap tak ambil peduli. 

Selain suka tangkap gambar, agak gila juga mengedit gambar. Gila dengan adobe photoshop. Macam-macam teknik semua nak guna. Rasa semua gambar dan peristiwa nak diedit.

Dulu, zaman belajar banyak masa dihabiskan depan laptop. Bukan sebab pulun buat 'teaching software' untuk projek tahun akhir. Banyak fokus pada grafik projek sahaja. Kadang tersasar edit gambar tak berkaitan pun. Sampai rabun bagai pun sebab gambar.

Tapi sekarang, kamera tinggal sejarah. Adobe photoshop juga hanya bayang-bayang. Tapi tetap suka ambil gambar. Suka edit juga, tapi hanya menggunakan software edit gambar yang sedia ada di internet. Secara percuma, mudah dan pantas.

Walaupun semuanya terbatas. Kamera tiada, adobe photoshop pun entah kemana. Hanset biasa pun tak mengapa. 


Prinsip mudah bagi saya. Bukan apa yang menghasilkan gambar. Tapi nilai peristiwa yang berlaku itu sebenarnya yang  paling penting.







* petrol naik 20sen?kecoh betul kat fb....errrm.....