Friday, July 12, 2013

Masjid Biru-Ungu.


Hai....Assalamualaikum ;)


Selamat pagi Jumaat. Hari ini 3 Ramadhan.  Jumaat pertama dalam bulan puasa. Semoga semua yang sedang membaca (jika ada) selamat menyambut keberkatan bersahur pagi tadi. 


Semalam, Alhamdulillah pertama kali berterawih di masjid baru Permas Jaya. Masjid Al-Azim. Motif perjalanan jauh sedangkan ada 2 surau berdekatan? Sebab belum pernah menjejakkan kaki ke masjid biru-ungu yang sangat cantik sejak pembukaannya sebulan dua yang lepas. Masa majlis perasmian pun tak sempat nak datang.


Jujur saya katakan saya jarang sekali pergi terawih secara konsisten 30/29 hari puasa. Selain diberikan cuti yang memang khas untuk orang perempuan. Ada 2 perkara yang paling nak elak sekali ke Masjid/Surau.




PEREMPUAN.
Apa kaitan perempuan? Entah kenapa saya jadi sakit jiwa bila melihat orang perempuan masuk masjid dengan pakaian tak menutup aurata sebaiknya. Dengan baju yang berlengan pendek dan berkaki ayam (saya harap faham maksud kaki ayam:nampak kulit). Memang ada yang siap juga bertelekung, tapi kaki ayam lagi. Mungkin saya sahaja yang gatal mata nak tengok semua itu. Tapi lelaki bagaimana yea?

Kenapa saya sakit jiwa? Sebab keadaan ini menyebabkan hati saya suka berprasangka buruk. Niat diorang baik datang masjid. Tapi saya yang fikir tak baik. 


KENAL.
Saya kurang suka kalau ada sesiapa nampak saya di masjid, surau, mall, kedai, jumpa boyfriend, jumpa girlfriend, beli itu ini dan macam-macam lagi. Waktu kejadian tak pula nak tegur. Kemudian mereka-mereka jumpa saya dimana-mana semasa saya bersama kawan yang tak tahu akan aktiviti saya. Maka mulalah penceritaan mereka didepan kawan-kawan yang tak tahu apa pun. 

Entah, saya tak berminat pula nak ingat balik benda lama. Tak minat juga kalau kawan tahu apa saya buat. Tak semua perkara yang kita lakukan perlu dikongsikan dengan semua orang kan. Errrmmmm...



Eh..ini dikira mengumpat ke? Eh..eh...tak kan, saja memberi pendapat. Yang wajib puasa dan solat. Lagipun solat terawih hanya sunat di bulan puasa. Solat terawih pun boleh dibuat dirumah dan dimana-mana pun. Ramai orang silap. Mungkin juga saya silap. Mohon maaf zahir dan batin. 





2 comments:

  1. jika mahu elak fitnah, taraweh di rumah lebih baik :)

    ReplyDelete
  2. utkwanita, jika dpt elak fitnah bolehlah ke masjid. fitnah tu mcm2 termasuklah fitnah hati. jika tidak, eloklah di rumah. ***saya ttp memilih masjid sebab masjid sini ada tazkirah. majlis ilmu tu wajib. dan bila ke masjid, wanita ttp punya ganjaran berjemaah sama dgn lelaki. lps tu dpt pahala beriktikaf dlm masjid lagi. lps tu lagi, tenaga ibadah luar biasa sikit kalau di masjid ni. tp lg skali, itu jika kita dpt elakkan apa pun jenis fitnah.

    selamat beribadat. Ramadhan hanya setahun sekali. semoga Ramadhan ini jadi point utk kita cari momentum utk istiqamah hingga Ramadhan akan dtg.a

    ReplyDelete

Terima kasih, may Allah bless you :)