Saturday, July 06, 2013

Hari Sukan : Masa eratkan silahturrahim di sekolah.

Hi... Assalamualaikum.. ;)

Selamat hari sabtu, selamat berehat semua. Semalam penat bersukan. Walaupun jumaat merupakan hari yang pendek, Alhamdulillah....hari sukan berjalan dengan baik walaupun terdapat beberapa spekulasi dan ketidakpuashati pihak lain. 

Tahun ini sekali lagi tugas lain yang dibimbing. Bukan lagi emcee pengacara majlis. Tahun lepas yang tugas atas kertas, tahun ini saya buktikan tugas baru lebih baik dan tiada spekulasi lagi. 

Dibelakang tabir, saya bersama pelajar bekerja santai menyiapkan Papan Markah. InsyaAllah....berharap hari majlis semua akan berpuas hati.



Retetan majlis tengoklah gambar. Tak tahu nak cerita apa. Keseluruhan majlis di hari jumaat yang pendek berjalan lancar. Walaupun banyak sangat kekurangan. Alhamdulillah,  berharap lebih baik di tahun hadapan.





Terima kasih kepada pelajar yang rajin sangat menolong dan tahan telinga kena marah. Walaupun memang kurang meriah dengan ketiadaan pelajar senior tingkatan enam. Majlis hari sukan tetap akan berlaku menjadi majlis wajib setiap tahun.

Memang tak semua yang kita inginkan dapat memenuhi kepuasan hati orang lain. Toleransi dan bertolak ansur perkara paling genting penting dalam memastikan sesuatu perkara dapat memenuhi impian kedua-dua pihak. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih, may Allah bless you :)