Friday, June 21, 2013

Perancangan menjadi jerebu..




Hi, Assalamualaikum...:)

Salam Jumaat yang indah. Memang agak indah sebab sekolah dicutikan untuk daerah Batu Pahat, Muar, Pasir Gudang dan Pontian.

Tapi perancangan Hari Koko/Kantin hujung minggu ini semua terpaksa dibatalkan. Mungkin ditunda untuk menyedapkan hati yang kecewa. Kecewa kerana banyak persediaan nak dijual telah dibeli. Maklumlah tak nak bekerja dihujung masa, maka barang kering dan basah dah siap beli. 

Malam tadi sebelum kecoh pasal surat siaran PPD Pasir Gudang, saya sempat ke Jusco Permas Jaya semata-mata mencari pengisar. Tujuan nak memudahkan proses buat sambal nasi lemak..haha, memang gelak/kecewa/spekulasi muncul malam tadi.

Itu belum lagi ditambah panggilan pelajar sekolah nak membuat pengesahan tentang penutupan sekolah. Macam kaunter pertanyaaan. Maaflah kepada pelajar yang mesej, memang tak sempat nak menaip. Tangan bukan sahaja nak mengangkat panggilan, turut digunakan untuk mengemas keadaan rumah yang memang sama macam tokang pecah.

Memang kita haya merancang, tapi perancangan Allah juga yang lebih baik. Mungkin hari jumaat yang direhatkan ini adalah anugerah buat warga sekolah, selepas warga sekolah bertungkus-lumus menyiapkan persiapan Hari Terbuka sepanjang minggu ini. 

Minggu depan hujung minggu mungkin akan diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Minggu seterusnya akan diadakan Hari Sukan pula...hihi...seterusnya kita berehat memberi laluan Ramadhan. InsyaAllah. 


May Allah bless us..
Take care.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, may Allah bless you :)