Tuesday, June 25, 2013

Masa tingal 13 hari. Adakah kita bersedia?



Hi, Assalamualaikum..

Pagi semua, tinggal 13 hari sahaja sebelum kedatangan Ramadhan. Semalam mungkin ramai yang telah selamat berpuasa sunat nisfu Syaaban. Malangnya saya baru tahu fadilat berpuasa hari tersebut iaitu jika berpuasa nisfu Syaaban tahun sebelum dan tahun ini, diumpamakan seperti telah berpuasa setahun. Kebetulan tahu dah dekat waktu asar masa balik dari bank. Erm...ralat pula. :(

Ayoyo...setahun tu, nak menganti puasa enam tujuh hari pun dah semput. Inikan pula nak puasa setahun. 

Tahniah bagi mereka yang telah selamat berpuasa dengan sempurna semalam. Sempurna. Bukan sekadar mengosongkan perut sahaja. Tapi dijaga adab-adab yang sewajibnya dijaga. 

Bagaimanapun, masih ada segelintir yang masih belum melunaskan puasa ganti bulan Ramadhan. Adeh :/ 




Kalau disebabkan aral melintang berganti puasa sebab bersalin dan seterusnya menyusukan anak. Saya masih dapat menerimanya kalau proses pengantian ini berada dihujung tanduk. 

Malangnya, memang telah menjadi habit menganti puasa dihujung waktu. Bila perancangan tak menjadi, macam-macam ayat membela diri muncul. Erm...puasa pun elok juga untuk orang yang mengandung. Tiada masalah pun. Boleh la membaca beberapa artikel yang saya telah diberikan dengan ikhlas hati oleh pakcik google saya.



Banyak masa, bolehlah baca-baca yabg patut. Sekarang pun dunia dihujung jari. Membaca menambah ilmu. Menjadikan kita lebih tahu dari orang lain. Dah tahu kena sampaikan. Sekian. Wassalam. 





No comments:

Post a Comment

Terima kasih, may Allah bless you :)