Sunday, June 30, 2013

Ekspo Mak dan Anak : Danga City Mall



Hi, Assalamualaikum....

Selamat pagi ahad. Ramai lagi yang malas-malas dihari ahad kan. Cuaca pun sangat elok dan baik hati hari ini. Tadi pagi hujan gerimis. Sekarang pun masih lagi mendung.

Kalau ikutkan hati nak lepak dirumah. Tapi temankan juga kawan serumah yang ter 'exited' sangat nak menjejakki kaki ke ekspo barangan beby. Maknanya..agak terpaksa menempuh suasana sesak...adeh..!



Rasanya, banyak info perlu diambil sebelum datang ke ekspo mana-mana barangan. Tak kiralah barang beby, barang rumah, baju, buku dan macam lagi. 

Sementara menunggu ini, saya terfikirkan beberapa perkara ;

1. HARGA

Sepatutnya kita kena tahu harga asal barang yang hendak dibeli. Kemudian bandingkan harga dengan promosi. Jangan lupa ambil kira minyak dan tol yang perlu dilaburkan. Itupun dikira tau. Kalau betul murah, baru beli.

2. KUALITI VS JENAMA

Kita kena pastikan juga mana penting jenama atau kualiti yang menjadi pilihan kita sekarang ini. Tapi kebiasaanya, barang berjenama memang tak boleh disangkal lagi kualiyinya. Tapi kadang  hanya indah rupa dari khabar.

3. KESELESAAN

Kesesakan di ekspo semua sedia maklum. Pada pandangan saya..pandangan saya sahaja. Tidak terikat dengan mana-mana teori pun..(baca betul-betul dato K) Ibu yang mengandung, ibu yang mempunyai beby dibawah umur yang masih belum berjalan, saya rasa kurang sesuai ke ekspo. Suasana sesak, bertolak-tolak bukan sahaja merumitkan, malah boleh mengakibatkan kecederaan. Sangat bahaya pada saya. Kalau terkena perut, tercuit beby kan bahaya. 

4. UDARA

Udara sangat tak mesra alam. Pencemaran bunyi dari PA sistem kat pentas ekspo. Pencemaran asap kenderaan, orang yang merokok lagi. Ibu mengandung, tolonglah jaga beby awak yang belum tahu nak bernafas sendiri yea. Yang sibuk menyorong dan mendukung beby. Kesian saya tengok beby awak, dia tak pandai cakap, kalau dia pandai mesti dah sibuk minta balik..hihi 


Membeli dan mencari kat mana-mana kedai sama sahaja bagi saya. Murah ke mahal semuanya tertaluk kepada perancangan kewangan kita. Berbelanja mengikut keperluan dahulu. Ada duit semua boleh dapat. Ok jumpa lagi. Haus dah.




 p/s: tekak ni nak makan baskin robbin aiskrim la..hihi, gedik :P

2 comments:

  1. diorang sudah rambang mata, tak dihirau semua tu..

    ReplyDelete
  2. Kemungkinan...akan berlaku kehilangan anak...beby dalam troli..isskkkk..

    ReplyDelete

Terima kasih, may Allah bless you :)