Friday, April 26, 2013

Cerita indah hari Jumaat ^_^


Hi semua, Assalamualaikum.. ;)

Salam Jumaat.

Esok hari sabtu. Berjumpa lagi hujung minggu. Minggu terakhir untuk bulan April. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai ke destinasi hari-hari sibuk di bulan April. Sebagai penutup, esok merupakan sekolah ganti. Wahhhh!!! super duper seronok datang sekolah kan bulan April...hihi *klise~

Pagi jumaat sepatutnya sentiasa indah sebab tiada kelas berjadual. Sementara menguruskan, eh..tak sangat lah menguruskan, sekadar memantau Bengkel Menjawab Fizik di dalam dewan. Seorang pembantu pejabat datang membawa surat untuk ditanda tangan. Surat cadangan menjaga SPM tahun ini. 

Erkkkk!!! *jangan tersilap, itu cuma reaksi muka sahaja. Realitinya muka takda perasaan, terus bertanya ; 'cadangan nama siapa yang uruskan? PK 1 ke Pengetua?' .' Tanda tangan dulu, lagipun nama cadangan sahaja'. 'Pengalaman sebelum ini pun begini, kononnya cadangan...tapi akhirnya jaga exam juga, baik saya nak tarik diri awal-awal'.*tegas konon..hihi

Selepas mendapat tahu di bawah kelolaan PK 1, saya terus berbincang sebab penolakkan saya. Tiga tahun berturut saya menjaga periksa. Bukan bermaksud saya menolak kerja, dan terpaksa selama ini. Tapi....biarlah saya sendiri yang tahu kenapa tahun ini, saya kurang berminat...hihi :P


Alhamdulillah, bincang tak banyak mana pun, tak perlu nak sembang sebut-sebut nama orang lain. Akhirnya, tahun 2013 selamat bercuti hujung tahun buat saya. hihi ^_^



Cerita indah hari Jumaat. 

May Allah Bless U.

Tata~







p/s: lepas ni boleh plan cuti-cuti Malaysia. Apa perasaan cuti penuh hujung tahun ek...

3 comments:

  1. dan orang yang menggantikan ko kak intan tak lain tak bukan adalah ain!!hahaha..beliau menerima dengan redha....dan tahniah juga untuk diri aku sebab lagsung tak dicadangkan.agaknya PK1 nk bagi aku jaga anak betul2 kot..heheheh,,gembira!

    ReplyDelete
  2. eh eh....mana tau? tahniah la buat ain..hihi

    ReplyDelete

Terima kasih, may Allah bless you :)