Friday, November 30, 2012

Kisah Pensel dan Pemadam


Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Kenapa? Awak tak buat salah apa pun dengan saya.

Pensel : Saya minta maaf, disebabkan saya...awak selalu cedera. Setiap kali saya buat silap, awak sentiasa ada membetulkan kesilapan yang telah saya lakukan. Sehingga awak tidak sedar yang awak sebenarnya mengorbankan diri sendiri dan cedera.

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tidak kisah langsung tentangnya. Sebab saya berada disisi awak memang untuk membantu awak memperbaikki kesilapan yang telah awak lakukan. Walaupun saya tahu, suatu masa nanti saya akan hilang, tapi saya berbangga dapat membantu awak. Jadi, janganlah berasa risau. Saya benci melihat awak bersedih :'(




Pernah terbaca kisah pensel dan pemadam?
Saya pernah terbaca suatu masa dulu. Kebetulan ada kawan berkongsikan di'muka-buku' sebentar tadi. Mengingatkan saya tentang dua perkara. Saya dan Kawan. Saya dan Ibu Bapa.

Saya dan Kawan.
Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa hadir membantu dan menegur kesilapan kita. Walaupun pahit mungkin untuk menerima teguran. Tidak salah kita cuba muhasabah diri mencari dan memperbaikki kesilapan diri. 

"Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi. Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya"

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Mas'ud r.a.

Saya dan Ibu Bapa.
Ibu bapa kita sentiasa ada disisi kita walaupun pelbagai kesilapan yang telah kita lakukan. Mereka sentiasa ada untuk membantu kita membaikki kesilapan kita walaupun kadang-kala mereka terluka dan berkecil hati. Walaupun kita sering lupa menghubunginya. Tetapi disaat kita kesusahan, mereka tetap ada datang membantu. 

Kita memang tidak akan terbalas jasa mereka membesarkan kita. Sementara mereka masih hidup dan masih sihat, sentiasalah berhubung dan berusaha membuat mereka gembira dan senang hati. 


Perbezaan.
Perbezaan yang saya dapati. Kawan saling berganti. Hilang seorang, sepuluh yang hadir menanti. Hilang ibu bapa, tiada gantinya...




****************************************

May Allah Bless U

Take Care ^_^


1 comment:

Terima kasih, may Allah bless you :)