Wednesday, November 14, 2012

Apple vs Samsung


Isu saman menyaman syarikat gergasi antarabangsa Apple terhadap Samsung sangat hangat dilaporkan penghujung bulan lapan yang lepas. Tapi sikit pun saya tak ambik tahu...ekeke...senang betul hidup, tak ambik tahu langsung perkembangan semasa kan :P



Hari ini dengan mood rajin yang amat, saya terjah-terjah ke blog-blog entah sesiapa. Terbaca sedikit isu saman menyaman Apple terhadap Samsung. 

Secara ringkasnya, Apple telahpun memenangi saman tersebut dan Samsung diarahkan membayar $1.05 billion terhadap ganti rugi menciplak produk Apple.

Bahagian paling best yang saya nak kongsikan, sangat kreatif cara Samsung membayar saman tersebut. Samsung telahpun menghantar 30 truk duit syiling. Bukan duit syiling seposen ke dua posen, tapi syiling lima sen. Rasa macam 'sweeeeeettttt' je Samsung ni kan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjV1gNdLROwqHbQsV3pRrLVxcZyOf5zZy1ErHOnoWYP71h3d9BZlVLEKiHW5DRbuLDL45KqGrzVRdBeu88Gosgy4Yp_d-Ro2-e_8K6YekbOEM8CYqoIelqQgbeU_N_lL5EQX2v7LeVLw_o/s320/1069640_0.jpg


Bagaimanapun, pihak Samsung pun tak perlulah nak goyang kaki sangat tengok Apple kira duit syiling. Apple pun tak lepaskan peluang dengan menfailkan saman lagi terhadap produk Samsung yang kononnya menciplak Apple. http://billyinfo.blogspot.com/2012/09/apple-sekali-lagi-saman-samsung-kali.html#axzz2CCZzVcjg


Sampai bila pun isu ciplak-menciplak ini tak kan sampai kemana pun akhirnya. Sebenarnya hanya memalukan diri sendiri sahaja. Tak perlulah kita nak ikut sangat perangai Apple, Samsung dan siapapun. 

Kadang-kala ada juga saya terbaca ayat / nasihat dari orang-orang yang agak ada nama, mula mempertikaikan tulisannya di 'copy-paste' secara sengaja tanpa kebenarannya. Alahai...... perlukah meminta kebenaran? Alasan diberi, bimbang tulisannya disalah gunakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. La....pulak kan.

Bagi saya, tulisan yang ditaip dan di 'copy-paste' itu tentunya hal-hal baik (tak tahu pula jika kurang baik). Semasa tulisan itu ditaip penulis tentunya menaip dan memikirkan hal-hal baik, supaya tulisannya memberi manfaat ummah. InsyaAllah, Allah akan melindungi tulisannya.


Ilmu, kejayaan, kelebihan, kecanggihan, kemodenan dan sebagainya yang kita ada didunia ini bukanlah hak milik kita semata-mata. 
Semua milik Allah. 
Yang Maha Berkuasa.




Redha segala ketentuannya. 
InsyaAllah.



**********************************************************


p/s: Kalaulah duit hantaran dihantar pakai duit syiling...bagaimana ek? :P

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, may Allah bless you :)