Tiba sudah harinya.
26 Oktober.
2009-2012.
3 Tahun.
*
*
*
*
*
*
*
*
Apakah?
26 Oktober 2009. Hari isnin peristiwa itu berlaku. Lepas subuh bertolak dari kampung. Adik dan Abah yang hantar ke SMK Mohd Khalid dekat-dekat area larkin, dekat-dekat area RTM Johor. Lapor diri dapat 'posting'. Rasa lega sangat terpilih dan dapat tempat untuk mula mengajar. Ramai juga kawan-kawan yang tak dapat. Mungkin takda kekosongan dan takda rezeki orang kata kan.
SMK Permas Jaya. Pasir Gudang.
Dah tahu nama sekolah dua hari sebelum. Serius takda perasaan langsung pun pasal sekolah ni.
Google juga, tapi maklumat tak banyak. Yang pasti sekolah ni kategori baru je. Baru 15 tahun.
Kawan 'dok' cete sekolah 'wanted' la....ada kes jenayah itu ini.
Tapi sikit pun tak terkesan kat hati. Cuma terfikir...
"yeke, teruk sangat sekolah ni?"
Peristiwa nak cari sekolah ni lepas tamat taklimat kat SMK Mohd Khalid tu yang rasanya sampai hari ini berjanji tak nak ambil mudah walaupun untuk hal-hal kecil. Masa tu adik je free nak menghantar. Dah minta/ajak survey jalan sehari sebelum. Tapi biasalah laki...mana la layan benda-benda macam ni. Last sesat dekat 3 jam semata-mata nak cari jalan masuk ke Permas Jaya. Kebetulan dengan buat 'renovation' gile2 kat Permas Jaya ni. Memang confirm la tak jumpa.
Pengajaran :
Jangan ambil mudah walaupun untuk hal yang remeh-temeh.
Selalu ingatkan Mak dan Abah, Along dan Adik2...dan juga diri sendiri.
Tadi tu iklan kejap. Sampai dekat jam 5. Pengetua dah bercakap 3 jam semata-mata tunggu saya. Memang sesat. Sampai sekarang kawan asyik menyakat cerita sesat saya tu. Nasib..nasib...nasi dah jadi bubur. Terima jelah... :P
Keseluruhannya sepanjang 3 tahun di SMK Permas Jaya. Saya tak terlihat pun potensi nak berlaku jenayah besar kat sekolah ni. Walapun dulu, awal-awal penubuhannya memang ada sejarah hitamnya tersendiri (nanti saya cerita kat post lain). Sekolah ni dah berada dalam kelasnya tersendiri.
1- 5 yang terbaik di Pasir Gudang.
2- Cemerlang diperingkat PMR, SPM dan STPM.
3- Kelas sains tulen menengah atas ada 3 kelas.
4- Kelas sains tulen tingkatan 6 ada 2 kelas.
Hebat tak?
Setanding dengan SMK Perempuan Temenggung Ibrahim kat Batu Pahat kan..
Yang 'dok' dicanang orang BP kalau masuk sekolah tu, bangga gile orang kampung kan.
So?
Saya boleh bangga la ek?
Rasa bersyukur yang amat-amat dapat posting kat sekolah ni. Dapat peluang mengajar opsyen sendiri. Sedangkan kawan-kawan lain 'bercinta' nak dapat mengajar opsyen sendiri. Dapat mengajar dua kelas lagi. Memang Allah sentiasa mudahkan saya selama ni. Sepanjang saya belajar...sampai la saya bekerja. Semuanya dipermudahkan.
Alhamdulillah.
*
*
*
*
Tiga tahun.
Alhamdulillah.
Syukur Ya Allah.
Sesungguhnya hanya-Kau yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih kepada hamba-hambanya.
********************
Tei Guan Kun : Matematik
Thay Chew Peng : Bahasa Melayu
Noor Atiqah Sulaiman : Kemahiran Hidup
Noor Hidayah Sulaiman : Seni
Noor Intan Suryani Ngatiman : Fizik / Sains
Norul Hidayah Ali : Seni
Rajeswaran a/l Krishnan : Geografi / Ekonomi
Nor Nadiah Mohd Nazri : Ekonomi (dah pindah)
Hamizah Sabtu : Kimia / Sains
Idahwati Banin : Seni (dah pindah)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete