Thursday, October 25, 2012

Eh! Ketupat?


Asri : Ketupat ni macam haiwan la..
Makude : Eh? Kenapa?
Asri : Sebab ada ekor..
Makude : o_O


Petang sebelum menyambut Hari Raya Aidil-Adha. Biasanya kalau raya haji, memang kurang sedikit meriahnya, kurang sedikit sibuknya kalau dibandingkan dengan raya puasa. Sedang molek menyiapkan anyaman ketupat sebelum masuk waktu Mahgrib, sedang Mak sedang menunggu azan berkumandang. Saya, Adik, Ainul dan Asri sedang gigih. (Ainul dan Asri hanya menyibuk je). 





Lima minit sebelum.....
*
*
*
*
*
Adik : Abang, masukkan ketupat dalam besen.
Asri : Ok.
Adik : Jangan lupa kira.
Asri : (angguk-angguk sambil mengira..) 
Adik : Eh, masukkan kepala ketupat je. Ekor kat luar (sambil menunjukkan caranya)
Asri : Eh?


Begitulah kisahnya. 
Siapa sangka ayat lurus begitu akan keluar dari budak umur 7 tahun. Seingat saya, saya kurang mempersoalkan kenapa? apa? siapa? semasa saya sebaya umurnya dulu. Mungkin telah terdidik untuk menerima apa sahaja yang ada. Tiada/Kurang pendedahan untuk mengembangkan pemikiran. Mungkin juga kurang mempersoalkan sebab Mak Abah sangat tegas/garang, konsep patuh dan hormat serta menerima telah tertanam dalam diri menjadi sebati seperti milo tarik. Eh? Ada kaitan? Entah.


Saya cuba cari beberapa maklumat mengenai ketupat ni melalui pakcik google yang baik hati. Sememangnya belum pernah mengecewakan saya setakat ni (makin sayang kat pakcik google.. :P)


Asal Usul.

Kalau di Johor memang ketupat nasi ini sangat popular dikalangan orang Jawa. Maka, semestinya diciplak dibawa khas dari Tanah Jawa. Kalau dikenali sebagai ketupat, menurut asal usulnya lebih dikenali 'Kupat' (memang dulu pernah dengar nyaii (nenek) sebut kupat-masa kecik2).

Orang yang sangat bertanggungjawab membawa/memperkenalkan ketupat ini dikenali sebagai Sunan Kalijaga (macam novel RAM pulak). Hidangan ketupat ini sangat 'special'. Hanya dihidangkan pada hari raya sahaja. Sama macam sekarang, masih mengekalkan penggunaan daun kelapa muda. 

Oleh kerana hidangan ini sangat 'special', maka ianya dihidangkan kepada saudara lebih tua sebagai tanda silahturahim dan kasih sayang. 


Cara Penyediaan.

Ketupat dianyam menggunakan daun kelapa muda. Teknik menganyam ketupat ini boleh dipelajari dan mudah diikuti. Walaupun agak sukar untuk memahami teknik menganyam ketupat, tapi sekali sudah tahu dan pandai, biasanya penganyam akan menjadi sangat ketagih/gian nak menganyam. Yang peliknya (bagi saya) walaupun menganyam ketupat ni sekali/dua kali sahaja setahun, penganyam masih ingat/mahir untuk menganyam. Pelik kan? Kalau belajar Matematik Tambahan, baru seminggu je mungkin dah lupa...ahaks :P

Seusai siap menganyam, beras dicuci seperti mencuci beras nak masak nasi dan ditapis. Kemudian isi beras kedalam ketupat hanya 2/3 sahaja untuk memberikan ruang 'tumbesaran' kepada biji2 beras nanti apabila masak. Kalau berlebihan mengisi beras, kemungkinan ketupat akan menjadi 'Incredible Hulk' ataupun isi ketupat nanti menjadi 'over' keras. 

Sementara mengisi beras kedalam ketupat, bolehlah didihkan air kedalam periuk besar. Selepas didih, masukkan ketupat yang telah diisi dengan beras kedalamnya. Pastikan ketupat terendam sepenuhnya. Masa diambil merebus pun hanya dalam 4-5 jam sahaja, tapi ini bergantung kepada saiz ketupat dan saiz api yang kita gunakan. Selepas ketupat nasi masak/matang, ketupat itu haruslah di'tos' kan, sebabnya nak bagi kering dan molek untuk dimakan. Juga sebenarnya untuk mengelakkan terlebih masak kalau dibiarkan dalam air panas tadi.


Aksesori lauk pauk.

Kalau makan nasi mesti ada lauk. Begitu juga makan ketupat. Mesti ada lauknya tersendiri. Oleh kerana ketupat ini 'special', maka lauknya juga 'special'. Biasanya ketupat dihidangkan dengan ayam masak kicap, masak lodeh, rendang, sambal kacang, sate, sambal goreng, mee/mihun goreng dan macam-macam2 lagi. Tiada masalah. Lagipun penggunaan ketupat sekarang sudah dikomersialkan dan dipasarkan.


Cabaran.

1 * Kemahiran.
Memang kemahiran menganyam ketupat ini semakin dilupakan. Malah hanya orang kampung dan orang tua sahaja yang masih mengekalkan penggunaan ketupat semasa menyambut lebaran.

2 * Daun Kelapa Muda.
Jarang sekali kita lihat dikanan kiri jalan masa kini dipenuhi pokok kelapa kan? Yang sangat popular ditubing mata kita hanyalah pokok kelapa sawit. Betul kan? Daun kelapa muda memang susah nak diambil dan dicari. Lagi pula, siapalah anak2 muda yang mahu panjat/sabit pokok kelapa nak ambil daun kelapa muda ni lagi.

3 * Ketupat Nasi Plastik.
Arus kemodenan turut sama melanda taufan ketupat nasi daun kelapa. Penggunaan ketupat nasi plastik yang senang dan mudah dimasak sangat popular dikalangan suri2 rumah yang bekerjaya dan juga yang tidak bekerjaya. Tidak perlu susah2 memasukkan beras kedalam kelongsong, hanya masukkan/rendam  ke dalam air yang mendidih, tunggu beberapa jam. Sedia dihidang.



Tapi kan....
Tapi...
*
*
*
Tapi kenapa ketupat ada ekor? Siapa boleh jawab? o_O ?



Segala info rujuk sini : 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, may Allah bless you :)