Sunday, September 18, 2011

saya yang EGO..mungkin...~


esok.
adik bongsu akan memulakan kuliah sebagai pelajar 'degree' di UTM.
saya sahaja yang menghantar.
mak dan abah hanya doa dari jauh.
lagipun along dan angah tiada cuti.
saya? mencuri masa nanti.

sekali lagi.
dia menjadi pilihan kedua.
semasa diploma pun menjadi pelajar rayuan.
degree pun. saya mohonkan 'fizik industri'

tak tahu.
sama ada maaf atau tahniah.
maaf sebab memohonkan kursus yang entah dimana akhirnya nanti.
tahniah sebab dapat menjadi siswi lagi.

sepatah perkataan pun tak terluah.
sukar untuk berkata.
egokah saya?
jujur.
saya tak mudah nak berkata.
mengucapkan sayang. apatah lagi meminta maaf.
terima kasih jarang sekali.
egokah saya?

tapi.
bila saya mengucapkannya.
maknanya ia betul2 lahir dari hati.
jujur sedalamnya.


**************************************************

tahniah adik.
minggu depan tahniah sekali lagi.
untuk..
konvo diploma.


*************************************************

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, may Allah bless you :)