Thursday, June 23, 2011

Perempuan yang istimewa...



PMS itu adalah singkatan kepada Premenstrual Syndrome. Benda alah ini biasanya menyerang ramai wanita dan gadis semasa menstruasi mereka. Di bawah ini adalah senarai gejala-gejala yang menyerang kaum perempuan semasa menstruasi.

1. Perubahan mood secara tiba-tiba
2. Cepat marah
3. Tekanan perasaan
4. Kegelisahan
5. Kemarahan tiba-tiba
6. Keliru
7. Cepat menangis
8. Keletihan
9. Insomnia
10. Perubahan libido
11. Makan terlalu banyak
12. Mengidam, terutama makanan yang masin dan manis
13. Jerawat
14. Gatal-gatal (bukan gatal-gatal yang itu, tapi macam alergik)
15. Regangan perut
16. Pertambahan berat badan
17. Sakit kepala
18. Migrain menstruasi
19. Pembengkakan payudara
20. Asma
21. Sakit tekak
22. Mual
23. Pengsan


Tanda-tanda PMS ni kadang-kala kita sendiri tak perasan..orang disekeliling kita pun kalau tak betul2 peka pun atau buat2 tak tahu pun tak kan perasan..Biasanya PMS ni jarang benar orang perempuan nak mengaku..mesti dia rasa perubahan biasa takde kaitan dengan PMS pun...sebabnya...ada kalanya tanda PMS ni tak menentu....ada sebab yang membantu menaikkan dan menurunkan tanda2 PMS...


Dari pandangan saya, sebenarnya emosi orang perempuan ni..kalau dijaga dengan elok..minggu PMS nya akan dalam keadaan elok...gembira dan senang hati...tapi kalau la...tiba-tiba diganggu dengan mengecilkan hatinya (sebagai contoh)..secara automatiknya...emosinya terus celaru..rasa geram..nak marah..


Perempuan bukanlah se'complicated' mana seperti yang difikir2kan...
Sebenarnya..orang perempuan ni 'istimewa'...


************************************


No comments:

Post a Comment

Terima kasih, may Allah bless you :)