Sekarang ni sedang sibuk menyiapkan menanda kertas peperiksaan Fizik Tingkatan 5. naik juling kepala perut memahamkan ayat2 bahasa inggeris budak2 ni... Al-maklumlah...saya ni kurang sedikit bahasa inggeris...bila pemahaman saya salah (memang faham maksud budak ni memang salah) nanti mereka akan sungguh2 menegakkan benang yang basah..hehe, takpe..walau macam mana pun hujah2 beliau...jawapan saya tetap muktamad...hehe ;p
Hari ini, hari pertama sepupu saya 'nur athirah' melangkah keluar dari alam rumah-sekolah. dia melangkah ke matrikulasi...mengingatkan saya kenangan saya mula2 menjejakkan kaki ke alam matrikulasi...sama sepertinya selepas je mendaftar..mak abah terus balik..takda nak tunggu2 lagi...masa tu?? Rasa sebak2...haha, bukan nak menangis ditinggalkan..tapi menangis..kerana entah apa entah..
Kawan? hanya berdua bilik yang sepatutnya berempat...sejujurnya saya tak rapat pun dengan roomate saya sehingga sekarang...memang buat hal memasing..mungkin kami tak serasi....tapi kami OK sebenarnya...betullah bukan dalam percintaan je perlunya keserasian...dalam persahabatan..malah dalam adik beradik pun penting keserasian...
Berkawan baik dengan suhaila samson, orang parit gambir Muar...insan yang bermula dari murah hatinya meminjamkan duit sebanyak rm200 untuk bayaran yuran bahasa inggeris..mana ada kawan baru yang sudi meminjamkan duit sebanyak itu kepada sesiapa pun...tapi beliau sudi...saya sendiri tak sangka sampai ke hari ini....sampai sekarang walaupun hubungan kami kadang2 nampak jauh...kami masih BAIK seperti dulu..doa saya untuk beliau...supaya dipercepatkan JODOH..saya nak tengok dia naik pelamin dulu... :)
Jadi apa yang paling penting dalam persahabatan adalah KESERASIAN...
Kalau kita nampak sombong dimata seseorang, bukan bermakna kita sombong....mungkin kurang keserasian untuk bersahabat dengan orang lain...
Tapi lain orang, lain pandangannya...
Asalkan kita sentiasa berbuat BAIK....
***************************************
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, may Allah bless you :)