Bercuti.
Selamat pulang ke kampung jumaat yang lepas sudah. Di hari jumaat saya menrancang sekadar mengulangkaji sebab selesai sudah menanda kertas Ujian 1 untuk kelas 2KAA 2. Tapi ada kejutan sedikit apabila mendapat berita pengawai JPNJ (Jabatan Pendidikan Negeri Johor) turun nak buat lawatan kelas KAA dan KRK...itupun kalau tak tersilap mendengar. Menyirap juga. Gelabah la juga....SERAM. Sedang2 menenangkan diri...satu panggilan telefon muncul di skrin hanset murah saya... 'alamak' panggilan dari pegawai PPD pulak...ini mesti kes video prasekolah ni...
Melepaskan Diri.
Sah dan sahih memang kes video prasekolah. Encik tu minta saya turun PPD petang ni. Saya membantah...dengan alasan sangat remeh (sebenarnya tak suka memberikan alasan)..alasannya 'saya balik kampung petang ni'..terus encik tu telefon pengetua minta kebenaran saya keluar waktu tu juga ke PPD. Gelabah la juga saya tengok Tn.Hj..dan dengan muka kepelikan bertanya apa tugas saya sebenarnya kat PPD....erm...kerja biase2 je....~
Selamat.
Selamat dipantau oleh JPNJ..saya relakan diri menghadap PPD....bukan melarikan diri dari melaksanakan tugas...tapi tak mau prestasi saya mengugat hasil pemantauan nanti...maka adalah lebih baik saya menyelamatkan diri kan...
Senang Hati.
Yea...sepanjang 3hari dirumah...memang sentiasa senang hati. Walaupun sebenarnya cuti ini membawa saka2 dari sekolah...haha..maksud saya kertas2 ujian tu la saka... Saya terpaksa ignore sementara saka2 tersebut...sebabnya memberikan ruang yang luas2 untuk bersama keluarga...terutamanya Mak saya... Saya ingat lagi kata2 Mak Usu saya...." kalau cikgu ni ada kat umah...sah2 cik mah takde...mesti dia bawak jalan ke mana tah..."
Kegembiraan orang lain...adalah kegembiraan buat saya juga...
Saya sanggup berkorban untuk melihat orang lain gembira dan bahagia...
*********************************************
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, may Allah bless you :)