Kita sering menguap. Saya terutamanya. Kenapa kita menguap? Seringkali saya tertanya-tanya kenapa. Fikir2 balik...tidur malam cukup, nak kata te
rlebih tidur pun tak juga...kurang tidur jarang sekali...maka, apa sebabnya saya menguap? adakah saya mengantuk? adakah saya bosan? Jadi apa sebabnya kita menguap?
Melaui pembacaan saya yang kebetulan saya masuk Pusat Sumber hari ini, saya terbaca satu 'KOSMIK' majalah sains dan teknologi. Masih hangat lagi majalah ini..keluaran januari 2011..helaian ke 20 tajuk yang sangat menarik pa
da saya la... 'Menguap Kerana Seronok'
Tak tahu pula menguap kerana seronok...sebab yang terfikir dalam kepala bila menguap mesti sebab malas, lesu, bosan..dan macam2 la...ada juga jadi bahan gelak...tidur lebih ke kurang ke..sama je...menguap...bila menguap je, cepat2 cari air masak..minum banyak2..sebab ada juga yang kata kurang oksigen.... Saya teruskan bacaan saya...
Secara ringkasnya, melalui bacaan seringkasnya...ada banyak sebab kenapa kita menguap;
1. Menguap kerana teruja
Menguap memberikan badan kita satu kejutan tenaga, meningkatkan degupan nadi dan menyebabkan seseorang lebih peka.
2. Kekurangan Oksigen
Ya. Ini ada kebenarannya. Seseorang yang men
guap mengurangkan oksigen dalam badan.
3. Kepenatan Minda
Ya. Ini juga ada kebenarannya. Kita menguap sebab minda kita dah penat. Tapi bukan bermaksud menguap menandakan kita bosan. Tapi menguap sebenarnya adalah proses kita mencernakan maklumat2 yang telah diserap didalam minda.
Selain sebab-sebab menguap, turut diselitkan misteri disebalik menguap.
1. Menguap ni seperti Senyum. Boleh berjangkit rupanya. Dalam satu majlis jika terdapat seorang yang menguap, akan menyebabkan orang lain juga menguap.
2. Menguap adalah komunikasi. Contohnya, semasa mendengar ceramah seorang menguap akan menyebabkan penceramah menerima maklum balas bahawa dia perlu memberikan 'sesuatu' yang berkesan ataupun berehat sebantar.
Memang pelik kan menguap ni....Melihat seseoran
g di dalam gambar ataupun video pun boleh menyebabkan kita berjangkit nak menguap. hahaha....betul tak? Semasa anda yang membaca ni pun rasanya ada yang menguap kan...hihik...saya yang sedang menaip ni pun...menguap juga....
Itu dari segi sains. Saya 'google' pula dari sudut Islam pula...menguap ni tak digalakkan kerana ada hadis mengatakan Syaitan mentertawakan orang yang menguap...dan bila kita tak tutup mulut/meletakkan tangan dimulut...Syaitan akan masuk...dan bersin itu lebih baik daripada menguap...Subhanal
lah.... :/
"Adapun menguap itu adalah daripada syaitan.
Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya..."
(Hadith Riwayat B
ukhari)
"Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka....”
(Riwayat Imam Muslim)
"Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu....”
(Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)
Haiwan pun juga menguap sebenarnya...termasuklah bayi di dalam perut ibu...
menguap seperti senyum boleh berjangkit...
tapi menguap itu lebih buruk daripada bersin.....(",)
********************************************************************
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, may Allah bless you :)