Saturday, February 19, 2011

Kenapa kita menguap?




Kita sering menguap. Saya terutamanya. Kenapa kita menguap? Seringkali saya tertanya-tanya kenapa. Fikir2 balik...tidur malam cukup, nak kata te
rlebih tidur pun tak juga...kurang tidur jarang sekali...maka, apa sebabnya saya menguap? adakah saya mengantuk? adakah saya bosan? Jadi apa sebabnya kita menguap?

Melaui pembacaan saya yang kebetulan saya masuk Pusat Sumber hari ini, saya terbaca satu 'KOSMIK' majalah sains dan teknologi. Masih hangat lagi majalah ini..keluaran januari 2011..helaian ke 20 tajuk yang sangat menarik pa
da saya la... 'Menguap Kerana Seronok'

Tak tahu pula menguap kerana seronok...sebab yang terfikir dalam kepala bila menguap mesti sebab malas, lesu, bosan..dan macam2 la...ada juga jadi bahan gelak...tidur lebih ke kurang ke..sama je...menguap...bila menguap je, cepat2 cari air masak..minum banyak2..sebab ada juga yang kata kurang oksigen.... Saya teruskan bacaan saya...

Secara ringkasnya, melalui bacaan seringkasnya...ada banyak sebab kenapa kita menguap;
1. Menguap kerana teruja
Menguap memberikan badan kita satu kejutan tenaga, meningkatkan degupan nadi dan menyebabkan seseorang lebih peka.
2. Kekurangan Oksigen
Ya. Ini ada kebenarannya. Seseorang yang men
guap mengurangkan oksigen dalam badan.
3. Kepenatan Minda
Ya. Ini juga ada kebenarannya. Kita menguap sebab minda kita dah penat. Tapi bukan bermaksud menguap menandakan kita bosan. Tapi menguap sebenarnya adalah proses kita mencernakan maklumat2 yang telah diserap didalam minda.

Selain sebab-sebab menguap, turut diselitkan misteri disebalik menguap.
1. Menguap ni seperti Senyum. Boleh berjangkit rupanya. Dalam satu majlis jika terdapat seorang yang menguap, akan menyebabkan orang lain juga menguap.
2. Menguap adalah komunikasi. Contohnya, semasa mendengar ceramah seorang menguap akan menyebabkan penceramah menerima maklum balas bahawa dia perlu memberikan 'sesuatu' yang berkesan ataupun berehat sebantar.

Memang pelik kan menguap ni....Melihat seseoran
g di dalam gambar ataupun video pun boleh menyebabkan kita berjangkit nak menguap. hahaha....betul tak? Semasa anda yang membaca ni pun rasanya ada yang menguap kan...hihik...saya yang sedang menaip ni pun...menguap juga....

Itu dari segi sains. Saya 'google' pula dari sudut Islam pula...menguap ni tak digalakkan kerana ada hadis mengatakan Syaitan mentertawakan orang yang menguap...dan bila kita tak tutup mulut/meletakkan tangan dimulut...Syaitan akan masuk...dan bersin itu lebih baik daripada menguap...Subhanal
lah.... :/

"Adapun menguap itu adalah daripada syaitan.
Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya..."
(Hadith Riwayat B
ukhari)

"Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka....”
(Riwayat Imam Muslim)

"Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu....”
(Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)


Haiwan pun juga menguap sebenarnya...termasuklah bayi di dalam perut ibu...


menguap seperti senyum boleh berjangkit...
tapi menguap itu lebih buruk daripada bersin.....(",)

********************************************************************


Friday, February 18, 2011

Orang orang yang didoakan oleh malaikat...


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci

"Barangsiapa yg tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan bersuci'." (HR Muslim)
Tidur diibaratkan mati sebentar. Jika Allah menghendaki, bisa saja nyawa kita tidak kembali lagi ketika tidur, alias meninggal. Kalau pada waktu itu seseorang tidur dalam keadaan berwudhu, beruntunglah ia karena meninggal dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu sholat

"Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu sholat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'."(HR Muslim)
Oleh karena itu, disarankan untuk berdzikir dan mengingat Allah SWT.

3. Orang-orang yg berada di shaf depan dalam sholat berjamaah

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang-orang) yang berada pada shaf-shaf terdepan" (HR Abu Daud)

4. Orang-orang yang menyambung shaf pada sholat berjamaah

Merapatkan shaf dalam sholat selain menjaga dari godaan setan. Juga menunjukkan kualitas ukhuwah di antara kaum muslimin. Jika ada yg tidak rapat, ukhuwah kita dianggap tercerai-berai.

5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah

"Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu."(HR Bukhari)

6. Orang yang melakukan sholat Subuh dan Asar secara berjamaah

7. Orang yg mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yg didoakan

"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yg didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin' dan engkaupun mendapatkannya"(HR Muslim)

8. Orang yang sedang makan sahur

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat (berdoa) kepada orang-orang yg sedang akan sahur" (Thargiib wat Tarhib I/519)

9. Orang yang sedang menjenguk orang sakit

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuk bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga shubuh" (HR Ahmad)

10. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan pada orang lain

11. Orang yang duduk di tempat sholatnya setelah melakukan sholat

12. Orang-orang yang berinfak

"Tidak satu haripun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah hancurkanlah harta orang yg pelit'."(HR Bukhari dan Muslim)



Tuesday, February 15, 2011

Salam MauliduRasul



صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم

********************************************************************

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu...


Saturday, February 12, 2011

Larian Perdana Mahkota Johor


Hari ini 12 februari...sabtu...ada sesuatu pada hari ni...hehe, banyak sangat plot hari ni kalau nak ditaip mahu tak bergerak2 saya didepan laptop...

Cuma satu je yang mahu dicoretkan dalam blog hari ni..selain menjadi pengacara majlis Larian Perdana Mahkota Johor...yang sangat debar2 juga rasanya..tapi Alhamdulillah selamat sudah dengan baik...apa yang mahu diceritakan bagaimana keputusan diakhir2 atau lebih dikenali sebagai 'last minutes desicion' juga boleh memberikan sesuatu yang sangat berbaloi...

Tak sangka bual2 kosong semalam mahu buka gerai...menjadi...maka, apa yang kami rancangkan hanya rojak petis dan dadih....memang habis licin semuanya dibeli...cuma kepenatan je yang bebaki...

Semoga usaha yang baik ini dirahmati dan diberkati...

*****************************


Thursday, February 10, 2011

Harap2 Semua Berjalan Lancar


Minggu selepas naik cuti Tahun Baru Cina..blog dah lama menyepi rupanya...sangat sibuk disekolah...saya kuatkan mental dan fizikal untuk bekerja dengan lebih baik...dalam apa jua keadaan..sangat sibuk bila tiap hari balik dekat jam empat kerana meluangkan masa bersama anak murid..jumaat ni pun sudah di'booking' oleh anak murid juga...

Berdebar2 dengan majlis Larian Perdana, ditambah hari ini majlis Pelancaran NILAM sabtu hadapan....dan 5 mac pula majlis Watikah Perlantikan pula....bilakah ketakutan ini akan berakhir...saya tak mampu jadi pengacara majlis dengan baik..berikanlah kepada orang lain...ramai guru baru yang masuk...saya takot pengang mikrofon...huahua.... :(

Sangat2 berharap semua berjalan lancar...may Allah bless me :)

******************************************