Tuesday, January 11, 2011

biar lenyap diserap bunyi..biar senyap yang tak menyepi...~



hari ini cuti diseluruh Johor sempena cuti Hol Almarhum Sultan Johor.....masih lagi diselubungi mendung...barangkali kemungkinan hujan akan turun, entah bila tak tahu la...tapi sempat juga cuci kereta..untuk menghilangkan debu2 jalan sahaja...juga untuk menghilangkan rasa mengantuk dan bosan dengan suasana sejuk begini...ehehe ;p

penutup AJL (anugerah juara lagu) berakhir ahad lepas...sampai hari ini..masih lagi perkatakan keputusan juri sana sini...disurat khabar, dilaman sembang...disekolah...didalam kelas..dikantin...malah boleh jadik juga dimana2..ditandas pun mungkin kan? haha..tahniah kepada ana raffali...lirik lagu yang puitis bagi saya...banyak rangkap yang tersirat..saya bukanlah peminat lagu2 sangat..apatah lagi lagu ni...serius tak minat..tapi bila tercalon kat ajl..ada la sekali sekala dengar...bila menang malam aritu...ha....baru tersibuk2 mencari lirik dia...housemate serius komen2 malam tu sebelum tido mempertikaikan lagu ana raffali ni...tengok ketua juri pulak..eh?M.Nasir? ha...saya minat M.Nasir...seharusnya saya lihat lirik lagu ana raffali ni...

menurut kata M.Nasir...lagu ini mempunyai rasa...haha..satu rangkap lagu yang saya suka...
"biar lenyap diserap bunyi..biar senyap yang tak menyepi..."

pada pandangan saya la kan..kemenangan sudah menjadi milik ana raffali..rezeki dia tahun 2011..kenapa la kita nak mempertikaikannya lagi...layakkah cakap2 belakang ni mengugat kemenangan mutlak...hehe..da da...jangan mengumpat..tak baik...lalalala~





tolong ingatkan saya kalau saya lupa yea..selamat bercuti semua.. :)

******************************




No comments:

Post a Comment

Terima kasih, may Allah bless you :)