Masa pantas berlalu.
Kadang kita tak terperasan perkara indah yang muncul dalam hidup kita. Sehinggalah kita menyedari sama ada telah berlalu pergi atau mungkin terus kehilangannya.
Al Fatih genap 16 bulan pada bulan Februari.
Banyak perkembangan Al Fatih yang saya kurang terperasan berlaku. Apabila Fatih menunjukkan reaksi tersebut, saya terkejut sebab dia sudah banyak belajar.
Tidur dalam iman..hihi
Gigi dah banyak. Comel bila senyum. Nak marah pun tak boleh.
Ganggu ibu solat. Kita tangkap ajar dia doa sama. Pastu selfie sesama la...
Bergaya dengan telefon bimbit.
Jarang saya membiasakan Al Fatih dengan telefon bimbit. Sebab tak mahu dia ketagih dengan gajet. Nak bagi dia meneroka alam semulajadi. Sebab itulah saya biarkan sahaja dia comot, kotor dan berpeluh. Walaupun kadang memang saya kena hadkan, supaya tak keterlaluan dan keperluan kepada situasi. Oh ya berbalik kepada telefon bimbit, ada dia pegang telefon bimbit dan diletakkan diatas bahu di bawah telinganya. Ketawa jugalah saya melihat aksi dia yang konon sedang bertelefon.
Tapi yang paling saya terkejut, bila ketika saya sedang memasak di dapur. Saya dengar Fatih sedang cakap kuat. Saya fikirkan dia sedang mengadu sakit atau sedang mencari saya. Rupanya tidak. Dia sedang BERLAKON cakap cakap di telefon. Serupa betul macam perangai atuk kalau sedang berbual dengan telefon. Cakap kuat macam orang dalam telefon tak dengar.
Menyepak bola.
Sebelum ini AL Fatih memang belum pandai menggunakan kaki untuk menyepak bola. Mungkin otot tangannya lebih kuat, sebab bila menyepak dia perlu menggunakan sebelah kaki untuk berdiri. Tapi sejak bila saya pun tidak perasan, tapi dia dah boleh menyepak bola dengan baik. Cuma untuk berlari belum pandai. Kalau ada pun hanya berjalan laju yang terkedek-kedek.
Memanjat tangga.
Tangga rumah cuma tiga atau empat anak tangga sahaja. Tapi dua minggu lepas, saya memang terkejut bila saya nampak dia panjat tangga gelongsor belakang umah atok Serom dah sampai atas. Bila saya nampak dia merangkak nak masuk ke tempat gelongsor. Oh maaaiiiiii......anak aku sudah makin berani. Rupanya bila saya adukan kepada papanya, apa yang saya lihat adalah situasi kedua. Sebab papa dah nampak dulu rupanya.
Berpusing.
Haaa...ini memang saya tak jangka. Mungkin terlampau banyak tengok didi n friends. Fatih berpusing banyak kali sampai dia terduduk. Mungkin sebab pening. Dia jadi seronok pula. Makanyaaa.....saya tak galakkan dia tengok didi lagi. Saya banyak buka upin ipin pula.
"Nak"
Ini ayat yang banyak kali dia sebut. Bagi barang, ambil barang semua cakap nak. Paksa orang ambil barang pun cakap nak. Iyelah nakkkk...
Susu formula.
Genap 16 bulan juga ibu dah memulakan susu formula. Untuk tambahan susu ibu. Juga memenuhi kekurangan zat makanan yang Al Fatih tidak dapat semasa makan. Kita orang dewasa pun kekurangan zat makanan disebabkan diet seharian yang tidak seimbang. Apalah salahnya jika kita berikan susu formula untuk menampung kekurangan zat tersebut kan?
Susu lembu atau kambing, mana-mana pun boleh dan tak ada yang terbaik kerana yang terbaik adalah susu ibu sahaja. Jangan cuba nak menyedapkan rasa mengatakan susu kambing terbaik sebab makanan sunnah. Nabi minum susu kambing bila dia dewasa bukan semasa bayi. Penjual susu kambing, mohon baikki iklan awak.
Tapi pengenalan susu formula lebih kepada persediaan untuk Al Fatih boleh berdikari nanti. Nanti? Tunggulah nanti adalah jawapannya.
Ini sahaja perkongsian dari pengamatan seorang ibu anak satu yang berusia 16 bulan. Saya masih lagi belajar dan banyak membaca untuk berikan yang terbaik buat bayi saya. Tapi saya sangat setuju untuk usia 0 hingga 3 tahun yang terbaik adalah perkembangan psikomotor dan pergerakkan otot badan. Bukanlah pengenalan kepada kad imbas yang bermacam jenis rupa. Terpulang kepada masing-masing. Zaman kanak-kanak....adalah zaman mereka untuk bergembira.
Al Fatih baru baik demam. Terakhir dia demam masa bulan 12. Tumbuh gigi geraham 4 biji. Ibu rileks sahaja. Hihi